Monday, September 04, 2006

Isnin, minggu 2, bulan 9 '06

Salam,

Apa cite hujung minggu hari tu? Aku ok je...Sabtu pagi kat rumah, petang kat dewan besar, malam kat tamu gad*ng (tapak pesta konvo)...Alhamdulillah majlis konvo*syen kali ni cepat selesai...lega sebab kepala masih pening-pening...dan yang haru tu aku dan 2,3 orang kenkawan lagi tersilap 'spot' kami duduk depan sekali...so nak ber'sms' pun tak boleh la, kena kontrol la sikit pergerakan...graduat dan mak bapa dok tengok je tu...masa berarakan keluar ada gak orang ambik gambar kami he he he ok la tu...jangan mak bapa tu pelik dah, awatlah macam budak-budak je pensyarah ni...(isk perasan plak...)

Sabtu malam, lepas Isyak pi jalan-jalan kejap, beli sate, ikan bakaq...habislah diet abang bulat, makan sambil tengok Cereka*ama dan sekali sekala tengok Gil*ore Girls... pukul 2 lebih baru naik tido kat atas sebab ada bola kot...ntah la aku terlelap depan TV ke ke ke...

Pagi Ahad pi brunch...abang bulat sudah mengamuk dengan satu kedai ni sebab kain baju melayu dan kain seluar dia masih elok dalam plastik tak bergunting lagi...kena 'ban' la kedai tu lepas ni...solat kat Masjid Neger*, pi 2,3 shopping complexes cari kedai jahit semua tak berkenan, ada yang mahal sangat ada yang macam tak konfiden...lepas Asar tertido la kami, penat berjalan-jalan konon...bangkit tidoq lapaq la pula...buat sandwich lepas maghrib makan lagi. (makan tido je keja kami ni...isk isk isk...) abang bulat pi driving range, malas nak ikut basuh baju lagi bagus.

Malam tadi aku tengok 'adik manis' bersanding di kampung dia, she's so sweet!. Hujan rahmat ke hujan sebab dia nyanyi pun tak tau la...tapi memang T*3 ni layan dia bagus sungguh...sanggup injakkan masa berita pukul 11pm ke 11.03pm, lepas tu 11.04pm plak ke ke ke layan je la. Tapi sekali sekala tukar juga tgk movie, biasalah kadang tu sebanyak-banyak channels tu semua hampeh...kalau best semua best. Sebelum tu tengok konsert 'Jomhe*oh', yang aku perasan baju-baju 'budak botak' tu memang ngam la dengan dia, smart je ramai yang sponsor dia agaknya... aku suka baju bendera masa Konsert Mer*eka kat KLCC tu, untung sungguh dia. Penyanyi lain pakai jeans je, ntah-ntah koleksi sendiri...tapi baju dia bertukar memanjang...rezeki tu.

He he he...ada je cerita pasal 'adik manis' dan 'budak botak' kan? Habis tu kat s/khabar asyik-asyik citer depa dua ni je... tapi aku baca s/khabar utama je, tak la membeli tabloid semua tu... buang duit dan buang masa membaca je. Baiklah baca benda lain yang lebih berfaedah. Tapi aku risik-risik juga dengan maid jiran aku kot-kot dia beli majalah hiburan tu ke ke ke nak tumpang baca je, aku selalu bagi dia pinjam majalah yang aku beli kira macam sistem barter la.

Oklah...berhenti kat sini dulu. Nak solat dan lepas tu rehat kejap...ngantuk la :) bye all.
Ta ta.


~dariBMkeKK~

12 comments:

Sherin de Souza said...

hehehe.. sedapnya sate. One of my fav tau. Alamak sherin tak tgk la adik manis kat tv haritu.. tengok newspaper today je. Cantik kan warna baju dia.

ibuVouge said...

IV mmg ngelak je cite adik manis...kekekke
tapi kat blog alin baca jugak
alin penah makan satay goreng tak..sedap tau...
IV kalau raya selalu buat

Anonymous said...

alah sedapnya satay...
kak lyn, adik manis tu saya bulih assume sapa. but budak botak tu sapa ah?

Alinlai said...

sherin,
ye...memang sedapkan sate makan panas2 :) tapi tak bleh lawan sate kajang la. Iye cantik pulak kaler baju tu...cuma DK nampak penat je, tak larat bersanding dah kot kwang kwang kwang.

IV,
sate goreng? tak pernah try lagi...ada jual ka? ke ke ke citer adik manis tu sikit hari lagi senyap la...harap2 senyap la...dah banyak sangat citer pasal dia lama-lama muak juga kan?

Alinlai said...

mar,
ke ke ke budak botak = maw1, dah pernah tgk muka dia? hmmm ok la sate malam tu sebab makan panas2 :) beli 10 cucuk je sebab dah dekat midnite, kalau masih awal silap2 20 cucuk kwang kwang kwang...

Cik Tat said...

salam kenalan..
ingatkan sapa la budak botak tu..

Kaklong Syikin said...

hehe..mmg makan tiduq n jalan aje awak suami isteri..tak pe, smentara belum ada anak ni.. tidur puas2..nanti dah ada anak ni, bab tidur cukup tu yg rasa susah nak dpt

simah said...

sate dengan ikan bakaq pun boleh rosakkan diet ka? first time dengaq hehehe..eh abang bulat ni bulat sangat ka sampai kena diet?

Alinlai said...

mama singa,
aummmm...ke ke ke kan ke dia tu botak sokmo, jarang le berambut :) botak-botak pun dah kayooo pakcik, rezeki botak ... salam kenal to u too :)

syikin,
ha ha ha...chek yang rajin tido sebenarnya...pantang ada masa lapang, depan TV pun bleh lelap. Hobi tido kwang kwang kwang...tak pe kalau ada anak pun ajar dia tido juga la...sunyi je rumah kami ke ke ke...

Alinlai said...

simah,
dia diet sebab nak kurangkan sikit berat, Dr tak la suruh pun sajalah mencegah daripada sbrg penyakit :) kurangkan daging je, ikan OK. Tapi masa kami makan2 tu kira macam supper la..., makan sate hmmm tak ke hancus diet dia ke ke ke...

Mummy Rizq said...

memang.. memang.. semenjak aku kenai hang.. dan aku rasa sampai la sekarang, hang memang macam student memanjang.

Alinlai said...

Achik,
kui kui kui...biasalah tu ntah bila la orang nak nampak kita macam orang dah keja...kalau atas flight tu sokmolah orang tanya study mana? terkedu gak kadang-kadang tu...