Merdeka...merdeka...merdeka...
Esok insyaAllah genap 49 tahun M'sia merdeka. Alhamdulillah...syukur. Diharapkan akan berkekalan kemerdekaan negara kita ini. Tapi bila baca suratkhabar hari ni tak ada pun berita/ rencana pasal kemerdekaan dll...rasanya kalau kita tanya budak-budak tingkatan sekarang ni bagaimana negara kita merdeka pun tak boleh jawab, negara mana yang pernah menjajah negara kita pun silap-silap tak dapat juga...silap kat mana sistem persekolahan kita sekarang ni? Seingat aku masa darjah kita dah tahu bila Portug*s serang Melaka (1511), Belanda dan kemudian British, Jepun dan British...sampailah ke tahun 1957 British setuju memerdekakan Tanah Melayu...
Aku suka subjek Sejarah masa sekolah dulu-dulu...ingatkan masa SPM boleh dapat elok...ntah silap kat mana dapat 5 je, tapi oklah tu... (bukan study sangat pun masa nak exam tu...jangan nak berangan dapat result elok-elok ke ke ke....).
Hari ini dah keluar rating penonton CT&DK dan M&I...hmmm nak komen ke? Tak payah la kan... baca suratkhabar je la. Cuma nak komen pasal CT&DK je... awat DK tu macam gabra je atas pelamin, macam tak biasa plak? CT macam snow white... bukan macam Cinderella :) ehhh anak DK pun ada malam tu, yang chubby tu, agaknya dia rapat dengan DK kot sebab tu dia balik. Tun M pun ada... duduk sebelah TPM lagi, awat tak bersembang?
Oklah cukuplah komen-komen tu...tak boleh komen banyak sebab aku dok tekan remote sana sini...bila iklan tukar tengok M&I kat Ria, boring isu M&I tengok majlis kahwin plak...abang bulat tak tengok TV malam tu, dia menaip nota kuliah...aku pun apa lagi sakan la zapping sana sini.
Dalam dok tukar sana sini tu ter'tengok' juga si I nyanyi lagu 'Penawar Rin*u' tu alahai, pitching ke laut...keras perut gelak dengan abang bulat. Isk pompuan ni awatlah jadi lagu tu...boleh tak jangan nyanyi ka apa ka...tak pun panggil sapa-sapa nyanyi isk isk isk...lawak antarabangsa sungguh. Sapa-sapa yang tengok sure boleh la recall balik macam mana stail dia nyanyi ke ke ke... ntah apa-apa la.
He he he...nak stop sini dulu aku selsema sekarang ni...kepala pun pening=pening lalat sikit, petang kelmarin lepas lunch terus balik rumah dan tido sampai petang, lega sikit. Today, I feel better and hoping that tomorrow will be fine and great :) sempena merdeka weh...nak gak pi berpoya-poya esok pagi...petang abang bulat pi Labua*, ada majlis apa ntah...plan asal aku ikut tapi tiket mahal sekarang ni...dan Jumaat tengahari dah kena balik sini...isk tak sempat nak bershopping baiklah duduk rumah lagi bagus.
Sampai sini saja...selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-49 dan selamat bercuti esok :)
~dariBMkeKK~
10 comments:
salam.
harap dah ok.
nampaknya mentaliti penerbit2 akhbar ni pun kena dibaiki, kisah artis mengatasi berita kemerdekaan..apa jadik? itu belum stesen tv yg keluarkan citer malatop artis2 ni..camner anak2 muda nak ada jati diri yg kuat, kalau yg tua n berpengaruh kurang mengajarnya kan?
patutnya muka depan citer pasal merdeka, muka dlm or tgh barulah citer pasal artis2 tu..tak kisahlah 1 muka or bermuka2..yg penting tu muka depan akhbar..
syikin,
agree with ur comments...terukkan tahun ni, berita2 gosip yang lebih hebat berita merdeka tak dak pun. Kena merdekakan juga media M'sia ni rasanya...media cetak dan elektronik sama je, kurang berperanan dalam menaikkan semangat merdeka. Harap-harap tahun depan tak jadi mcm ni lagi :)
lyn, semoga hang cepat sembuh. esok hang tido lah puaih puaih!! achik pun tak kemana. dok umah melayan anak jer rasanya. kalo kamarul golf, achik ikut bawak anak pi swimming pool...
merdeka..merdeka..merdeka...
Moga cepat sembuh la. Selamat Menyambut Hari Merdeka Alinlai! Hehehehe, M tu dah merdeka sekarang tapi DK dah tak merdeka le... hheheheehee
Achik,
thank you thank you...Alhamdulillah dah ok sikit, cepat pi ambik ubat kot. Selamat berenang-renang...wah merdeka pun pi golf juga ka? layannnnnnnnnnn je la kan :)at least boleh enjoy dengan Ridz di kolam renang.... best tu.
Puteri 1,
iye...marilah kita sama-sama laungkan merdeka pukul 12am nanti, jangan lupa ajak jiran-jiran sekali ke ke ke....
Sherin,
Thank you :) insyaAllah mudah-mudahan cepat OK. Iye merdeka tahun ni Datuk dah tak merdeka lagi...kena jaga adik manis :)M pulak boleh jerit merdeka sepuas-puas hati kwang kwang kwang...kita layannnnnnn je semua berita tu :)
dah baik dah ka?
laaa alin citer la sket..orang kat turki mana tau gossip pasal kat mesia..
yg kawin tu..ct n laki dia.. yg sorang tu sapa lak? kena tinggal ketapi jauh sangat ni hehehe :0)
merdeka cuti..hang tidok lagi ka satu hari? *wink*
saya pun donwload sessi M&I itu. Mmg betul part si minah tu nyanyi lagu tuh yang paling tak tahan. saya dengan abe pun gelak pecah perut.
selamat hari merdeka.
simah,
M & I tu ialah (Mawi & Ina his ex-fiancee), ke ke ke...ehh hang tak buka berita harian or utusan online ka? Banyak ooo cerita pasal depa ni... cuti merdeka tak tidoq tapi makan banyak kwang kwang kwang....
zakiah,
he he he lawak sungguh kan...macam tak 'sihat' je Ina tu...tapi rasanya lebih baik dia jgn buat album la kalau suara macam tu je, org beli pun pasal kesian je nanti... apa la minah isk isk isk...pelik sungguh
Post a Comment