Salam,
Maka dengan rasminya AF 4 ditutup...yessssssssssssssssssssssssssssss (seronok sebab dah malas nak follow...)
Aku dah boring sangat dengan AF kali ni...tapi dah tadak apa nak tgk layan la juga, rugi pula sebab terlupa slot 'adik manis' kat Tv3 pukul 9pm... erk ada ulangan ka?
Persembahan budak2 tu tak best sangat... habis 1 lagu boring, 2 lagu boring sampailah habis semua 10 lagu tahap keboringan tetap meningkat bukan makin kurang... bila tgk persembahan budak2 yang tak lepas konsert prelude tu rasanya ada yang lebih baik dari 'pelajar' yang dapat no 2 dan yang keluar masa konsert ke-8 tu... buat macam mana ... tadak rezeki :(
Baca dalam paper hari ni bapa kepada juara tu berhutang untuk pastikan anak dia jadi juara erk... bahaya sungguh... mujurlah dapat 20K (cash) kalau tidak gigit jarilah, mana nak cekau duit nak bayar hutang...(sungguh tak sangka....)
Tengok diari malam Jumaat tu, 'budak botak' dijemput untuk bagi kata-kata semangat dekat bakal juara AF 4, dan selepas dia bagitau jadual dia padat sampai bulan 2, 2007, muka budak2 AF 4 tu dah jadi sikit lain ke ke ke sure dalam hati depa... macam mana kami nak naik ni aura world 'budak botak' ni masih hebat... sabaq sajalah.
Kesian sungguh dengan baju budak2 pompuan malam tadi, awatlah buruk sangat... kesian. Tau la budak2 kali ni kurang 'cun' tapi bagilah baju yang siuman sikit. Berbeza dengan tahun lepas baju sumandak Tamp*ruli tu tersangatlah vogue, baju sumandak Pena*pang kali ni seksi sangat tapi tak cantik langsung harapkan belah yang tinggi sampai ke paha saja...apa dah jadi dgn AF kali ni...
Ops...sorilah kenkawan, dah jadi pengkritik plak, sajalah daripada tak buat apa kat opis di hari Ahad ni baiklah aku mengisi masa lapang dengan menulis kat sini... tapi skrg ni bahaya, janganlah menulis sesuatu yang boleh menimbulkan syak wasangka, sesuatu yang menyentuh sensitiviti dll... harap-harap apa yang aku tulis ni biasa je...(aminnn...)
Stoppppppppppp...cau cin cau Majulah Sukan Untuk Negara :)
~dariBMkeKK~
9 comments:
a'ah la tulis blog pun nak kena sekat ye
nt balik kg amik pekasam bebanyak
IV
he he he memang dah masuk dlm checklists benda nak bawa balik sini...bekalan untuk bulan posa tu, sedap sikit mkn sahur kalau ada pekasam tu :)
lyn, yang achik tak leh tahan tengok muka faizal blur sampai ke sudah....
Achik,
ke ke ke...memang la mamat tu blur, tapi rasanya kalau dia tak jadi juara dia akan frust menonggeng...dia mcm konfiden je nak jadi juara tu...isk isk isk nasib le AF4 dpt juara blur :)
tak follow dah af sebab boring la this time. aura budak botak tu masih kuat...hehehe.
eh menyampok sat,
IV jgn la sebut pekasam. Saya tak pandai nak buat sendiri ehehe
Kak lyn,
best sangat ka AF tu? Saya dulu balik, tapi tak dan tengok heheh
Zakiah.
itu le pasal...tak berapa 'demam' kali ni, w/pun memang tak undi sesapa tapi lat season memang tunggu je setiap konsert, tahun ni tak sabar tunggu final sebab dah malas nak tgk lagi ke ke ke...
Mar,
isk kat UK tu ada ke ikan yang sesuai nak buat pekasam? ke ke ke tak pe sabar, nanti balik makan puas2 :)
AF tu pada k lyn best la sebab ada juga program utk tgk bakat2 baru (terpendam & terendam), lagipun kalau kita dah ikut tiap2 minggu jadi seronok tgk performance depa...tapi tahun ni kurang 'kick', tahun lepas lagi best (pada kak lyn la...)
Enjoyed a lot! 1987 buick lesabre governor Side effectds of celebrex
Post a Comment