Salam,
Saja je nak bagitau...kami pi tgk wayang malam tadi...citer 'orang besi'... berapa bintang boleh bagi ye....OK bagi *** 1/2 je, tidaklah best sangat pun... lagipun aku lebih suka Cl*rk K*nt - Smallvill* tapi ending dia sedih-sedih sikitlah ehhh tak boleh nak citer nanti marah pulak sapa-sapa yang ada perasaan nak pi tengok hilang pulak keterujaan...
Lagipun malam tadi ada satu grup minah-minah satu kaum ni (dirahsiakan...), dok bersembang macam kat kedai kopi, sesi sembang mak alang depa ni bermula dari menjejakkan kaki dlm panggung, sampai meletakkan punggung, mulut non-stop bercakap, bila start muzik lagilah sakan depa bercakap, berlawan-lawan bunyi muzik dengan suara depa yang kuat tu... aku dah hangin... aku toleh belakang aku cakap excuse me saja dan pandang depa dengan pandangan 'orang besi' mujur tak terkeluar sinaran laser/ api ... kalau tidak sure orang tak tengok movie, tapi tengok aksi aku pulak ke ke ke... abang bulat dah tepuk-tepuk paha, bagi signal dah dah risau dia aku kena cepuk dengan minah-minah tu... eiii tensen sungguh... lepas tu terus diam minah-minah tu, boleh pulak cakap bisik-bisik (confirm la kutuk aku tu...) eiii benci sungguh kalau ter'duduk' dengan sekumpulan manusia yang tak tau etika dalam panggung wayang ni... sikit saja lagi aku nak jadi 'orang besi versi pompuan' malam tadi **ha ha ha...**
****** sila tepuk tangan :) *******
Tadak air pulak kat toilet opis ni... mujurlah tadak rasa nak membuang, so t'hari ni lepas makan singgah rumah la pi membuang apa yang patut. Ntah la apa masalahnya ada je kes tadak air kat bangunan ni... tak bayar bil ka?
Pagi tadi punyalah susahnya nak buka mata ni...mak aiii kalau kelmarin gam Uhu, pagi ni gam gajah la...melekat tak boleh dibuka (bukan pasal ada taik mata...). Mujurlah pagi ni tak ngantuk lagi, tadi b'fast makan bihun sikit + telur sambal... tak berselera pulak (ke ke ke kekononlah tak berselera, sat lagi lunch mulalah makan tak hengat....)
Eiii lapaq pulak...
Ok ta ta semua :)
~dariBMkeKK~
16 comments:
Hahahaha... nasib baik tak keluar laser dr mata you, Alin. Kalau tak, terbakar cinema tu.
I pun bengang la dgn org macam tu. tak considerate langsung. Kalau nak berborak pegi le kedai kopi ke atau nak lebih style lagi, pegi ke Coffee Bean ke... Kat situ borak la puas-puas. Panggung tempat tengok wayang. Hai....
Sedap ke Superman Returns? :)
ke ke ke...itulah pasal, memang dah terbakar dah...tak puas-puas berborak kalau dah masuk panggung tu stop la kejap...ni tidak, boleh bersaing pulak kekuatan suara dengan muzik intro, boleh tahan la cite S'man Returns tu, bawa budak2 sure seronok sebab ada S'man Junior cute :)
orang mcm ni tu la kan..patutnya duduk rumah gossip puas puas..kan lagi selesa..?? tak dapat bayangkan alin bukak lazer mulut tu heheh
ailin,
kalau handphone berdering-dering tu jangan citer la... eiii memanglah depa ni nak kena sekeh kepala...kadang tu boleh sembang lagi dengan tak rasa bersalah isk isk isk, tokei panggung kena buat ads pasal jangan bercakap dalam panggung, lepas ads jangan beli VCD cetak rompak tu dan matikan handphone :)
simah,
he he he...abang bulat dah risau tu, naik hantu sat lagi bangun jerkah minah-minah tu ka...dia pun tau 'orang besi versi pompuan' ni bukan tau takut...tapi lepas tu seriau juga kot-kot depa baling popcorn ka, buat-buat tumpah air ka, mana la nak tau Alhamdulillah tak dak apa-apa kejadian ngeri kwang kwang kwang
lyn.. amboi tak padan ngan kecomelan hang.. berani lagi sound minah minah tu yer. apsal abg bulat tepuk2 paha hang? gi suruh dia tepuk pala org yang asyik bersembang tu haaa.....
lawak antarabangsa tul ler ko nih... len kali ko cakap terus kat depa tu...nak borak gi kedai mamak ler....hehehee
Achik,
dia kekonon suruh sabaq la dok tepuk-tepuk paha tu...ke ke ke...tapi bila ingat-ingat balik lawak la pulak, sure minah-minah tu pun bengang sebab kena tegur dengan budak kecik kwang kwang kwang...dlm gelap bukan org nampak muka, nampak badan je. Habis je movie saja je lepak dulu tak kuar awal...
puterisatu,
aha good idea, next time boleh kasi hints sama depa...kalu nak borak jom kita pi pekena teh tarik sama-sama ada berani ka?
hehe..tahniah sbb berjaya mendiamkan mereka itu.
eh..dah terbau2 dah baju baru dijahit tu..:)
syikin,
he he he iye...seronok ni nak pakai baju baju, rasanya weekend ni nak pi cari kain lagi, best ooo kalau ada baju baru 2,3 pasang bersemangat je nak pi keja kwang kwang kwang
kaklyn,
yuhooo apa habaq? Best ka cerita tu?
Mar,
sihat Alhamdulillah :) OK je chek oiii citer tu, tak banyak sangat scene terbang-terbang mcm dulu, lebih banyak citer pasal mr kent yang sedih sebab ms lane dikebas orang :)
Wah dah tengok? Nampak from prebiu pun tak brape best.. ni tengah tunggu pirates of the carribian.. sure best giler
alin..masuk blog alin mesti au pekasam..thehehhhe
lawak je...
ingat komen alin yg makan pekasam bahagi dua..
nak ke..nt iv kirim
HotMama,
he he he saja la nak habiskan masa lapang itu yang pi tgk tu, tapi tak la sampai tertido, iye cite 'lanun' tu memang ditunggu-tunggu tgk prebiu pun dah best :) ehh boleh pi tgk wayang lagi ka? ke ke ke...bebaik hotmama take care
IV,
he he he...punyalah nak berjimat sanggup potong 2 tu...ehh tima kasih...kalau nak nanti chek e mel ok, nak tau dah dapat resepi pekasam... abang bulat bersungguh pulak nak pi cari ikan nak buat sendiri...isk boleh bisnes ni pekasam perlis made in KK kwang kwang kwang...
Post a Comment