Kelmarin ada kawan saya e mel pasal benda ni....jadi rasanya elok kalau saya berkongsi dengan kenkawan dan sesapa yang berminat nak tahu:
Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :
Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;
A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06 . Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -
- A utk March ( Suku pertama ),
- B utk June (Suku kedua ),
- C utk Sept ( Suku ketiga ), &
- D utk December ( Suku keempat ).
2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006 .
*******************************************
Ok...hari ni sblm pukul 7am dah sampai opis...eiii awalnya sampai, apa ke jadahnya? Abang bulat ada majlis sarapan dengan Tok Pa (menteri tu..) ...hari ni majlis ikrar budak-budak baru kat dewan besar... tapi majlis ikrar pukul 8.45am baru start...aku lapaq ni nak pi b'fast pun kedai dekat ni tak buka pulak tensen gue... tak tau lah boleh tahan ke tidak ni... jangan pengsan dah la...
Petang kelmarin ada majlis suai kenal dengan mentee baru aku kami...adalah 2,3 orang budak dari tanah besar Cina aiyark.... sungguhlah bosan mula-mula tu, tapi bila dah berkenal-kenalan ok juga batch kali ni BI depa pun better dari yang 1st batch dulu. Yang lawak tu boleh pulak bila aku suruh intro diri dia dan cite apa-apa saja benda baru yang dia suka, dia cakap....dia cakap OK,
"I like this Uni because I got new friends, nice teacher like you (dia tunjuk aku....), beautiful teacher like you ....bla bla bla....."
Ha ha ha....awal-awal dah bodek...tapi awal-awal aku dah remind...no extra marks huh kwang kwang kwang....
Stop sini bye nak pi majlis ikrar pulak ciao cin cau :)
~dariBMkeKK~
14 comments:
Alin, terima kasih kerana berkongsi informasi penting. Nanti I nak pi tgk my tong gas..:)
Betul la kata mentee tu, Alin ni sure cantik dan baik.:)Mana gambar Alin?
aik..awai sem. dah pandai main mata ngan lecturer ya...babap nanti. alinlai jgn terpesona ngan pujian n pandangan mata tu ;)
tq bagitau info pasal tong gas tu.
lelong..lelong.. saper nak tengok gambar lyn waktu dia masih kanak kanak ribena dulu?? hee..hee.. lyn. buleh ka lagu tu???
betul la alin..tak teringin share gambaq ka?
aĆ”..tul la...kasila tengok gambar...
Sherin,
sama-sama kasih... pi la check, saya pun tak check lagi kwang kwang...alahai budak tu saja je nak ambik hati tu...kekonon senang la nak berurusan nanti :)tak cair dengan puji pujian dia tu kwang kwang kwang
Syikin,
memang nak kena sekeh kepala ke ke ke...tapi budak2 dari tanah besar ni kadang-kadang pening kepala nak layan sebab kena dengar betul2 apa dia cakap...maklumlah slang depa lain sikit.
Achik,
ha ha ha...lawak lawak gambar masa kanak-kanak ribena tu...dengan tudung senget, maklumlah zaman tu mana ada tudung ala-ala wardina ka, waheeda ka...ehh ada ka gambaq2 tu...tak kisah pun lepas tu boleh mintak permisi nak copy & save :)
simah,
he he he...tu dah share gambaq pemandangan tu kira oklah tu kot. Tak pa lah...payah juga kalau letak gambaq nanti dpt tau kat my students depa tau pulak aktiviti 'cikgu' depa ni ... kantoiiiiii!!!!!
puteri 1,
kwang kwang kwang...mungkin tidak!!!! gambar pemandangan boleh je :)
alin,
thanx for the info.
dah ada peminat dari tanah besar ke? boleh jadi 'cikgu limau kasturi' :-)
traveler,
itu budak tanah besar memang bagus la...kalau dia suka sound direct kalau dia tak suka pun sama juga ke ke ke...sabaq je la
ok sama-sama kita share info yang bagus kalau ada :)
bestnyer ada orang bodek! :-p hehehe
fara,
budak tu tak tau nak cakap menda, gamaknya itulah antara perkataan yang dia tau...maklumlah budak tanah besar baru sampai malaya...
This is very interesting site... Chinese wooden shoe cabinet instant quotes for small business insurance kahului car rental under 21 Teenie ass Tenant credit report score http://www.david-duval-pilates-photos.info/winsor_pilates.html Fisher washer and dryer Cheap domain web host online prescriptions butalbital express shipping Willow pilates yoga inc Emergency medical personel malpractice Custom nissan part truck Baseball schedule chicago cubs Bextra celebrex vioxx boards shop qoclick
Post a Comment