Allooo...lama jugak tak update...bukan la busy sangat tapi idea kering...dan bila nak start je ada plak panggilan2 kecemasan...untuk makluman, kat negeri di bwh bayu ni, kami bercuti umum 30 & 31 Mei...sempena pesta menuai...(untuk sesapa yang ada ladang le...)untuk yang tadak ladang macam aku ni menuai kat rumah je....makan tido dll yang sewaktu.
Syikin, sori la sebab mai rumah tapi tak dak apa2 hidangan :) skrg ni budak2 cuti semester....so kami pun relax, exam P*K hari tu pun berjalan lancar...harap2 dapat CEMERLANG, gemilang dan terbilang ...aminnnnnnnnnn!!!! Yang pasti jawapan memang ada...betul salah belakang kira ke ke ke...
Hari ni dan esok aku ambik cuti juga, tapi disebabkan abang bulat kena memangku D*kan ... jadi tak ke mana2 la...Ahad ni ada kenduri adik ipar aku bertunang kat kampung, tapi kami tak balik la...rushing sangat la...nanti balik masa kenduri kawin insyaAllah bulan 1, '07 masa Raya Haji...
MIL nak buat besar kenduri bertunang ni...anak2 dah bising sebab baiklah simpan RM untuk kenduri betul2...ntah la aku kurang faham, kalau mampu ok...ini anak2 nak kena supply itu ini...yang nak bertunang tu pun baru keja 5 bulan, hantaran pun dia nak tinggi...org sini memang mahal hantaran...kalau yang belajar tinggi lagi le...ntah la aku nak mengadu sini je sebab aku hangin satu badan juga kadang2 tu...nanti tak cukup itu ini abang bulat juga...kami pun nak masuk rumah bulan 7/8 ni...nak buat grill itu ini kena la sediakan 10K juga...eiii no komen no komen (jawapan artis...)
Ok...stop whining ma'am...ke ke ke...
Kisahnya malam tadi kami ada jemputan VIP ke Rumah Terbuka M'sia buat kat Dewan Cans*lor...tapi bila dah petang hujan lebat...angin kuat dah mandi2 rasa malas nak keluar rumah...so kami pun nekad duduk rumah je la...layan TV... masak nasi 2,3 jenis lauk... lepas makan berehat sakan....pukul 12 baru tido. Tengok movie recycled kat Ast*o, pagi ni malasnya nak bangun...aku yang cuti ni lagi malas...mujur tak payah iron baju, pakai t-shirt je...orang pun tak ramai kat sini...semua ambik cuti sampai next week...bawa anak2 pi jalan2 dan balik kg gamaknya.
Ingat nak balik juga tapi kesian plak kat abang bulat tinggal sorang2...tak sampai hati. Lain la kalau urusan rasmi...tapi sekarang ni la aku kesian...esok lusa kot2 tak berapa nak kesian aku balik je kwang3....dia bagi green lite tu...kot2 la nak balik sebab dia memang tak sempat balik. Hujung minggu ni ramai adik beradik aku kat kampung...sebab cuti sekolah...kakak2 yang duduk KL balik, memang teringin nak balik tapi apa kan daya nak berenang tak pandai sangat, nak naik k/terbang tiket dah mahal2...so bleh sms atau call je la tanya apa cerita depa.
Kami plan nak pi berkelah kelmarin...tapi last minute kawan aku sms dia malas nak pi mana2 sebab she's upset with her life...erk bahaya minah ni. Dia ni ada masalah dengan husband dia...aku ni ringan je nak cakap... takkan la pasal lelaki tak bertanggung jawab mcm tu dia nak rasa kecewa dlm hidup...kenapa aku kata lelaki tak bertanggung jawab? Husband dia ni kat KL...memang sokmo bertukar kekasih hati...kawan aku ni kat sini ada 2 orang anak lelaki...semua urusan anak dia yang urus...husband memang lepas tangan...nafkah pun memang liat nak bagi, geram juga kat kawan aku ni...sebab dia lebih rela husband dia buat macam tu sedangkan dia ada hak nak minta lepas...pada aku lebih baik dia dilepaskan...mana tahu dapat yang lebih baik...husband dia senang je main lepas tangan...tak nak lepaskan dia. Eiii geramkan?
Aku tak boleh tanya dia lebih2 pasal perkembangan their marriage...sebab nanti aku akan menangis juga. Ramai juga orang yang tau pasal kes dia, tapi yang pasti aku tak pernah share cerita ni dengan abang bulat, kalau abang bulat nak tau pun biarlah daripada orang lain. Sebab...abang bulat orang atasan dia...nanti dia rasa rendah diri plak...susahkan orang pompuan ni...bayangkan dia ni bukan lah calang2 orang ada master bidang Undang2...dia tau semua hak dia dan anak2 tapi masih sabar...walaupun husband dia dah tak nampak apa2 lagi dlm diri dia ... kesiankan?
Opss...cukuplah.
Ok kenkawan ku...ada masa aku update lagi...silap2 esok pun datang opis juga pagi2...sebab nak buat silibus lagi...(eii tak habis silibus....nyampah dah aku....) ciao....ta ta.
~dariBMkeKK~
15 comments:
laaa...menuai kat rumah jek?
ari ari aku dok nunggu hang update. baru hari ni muncul n3 baru. manusia ni ada bermacam macam masalah. tapi cara menyelesaikannya berbeza beza antara satu dengan yang lain. dan jugak tahap kesabaran seseorang itu memainkan peranan yg teramat lah pentingnyaaa...
KV,
ke ke ke...menuai macam2 movies kat rumah...hujan kat sini petang2...lagi la malas tahap gaban nak pi mana2...kaedahnya menuai la kat dlm rumah :)
Achik,
ke ke ke...betul tu...sabaq je la kan? Biasa la kalau tadak masalah bukan le namanya hidup...kalau dah masih hidup kena la hadapi masalah2 tu...small matters tu... saja je nak lepaskan perasaan kwang3...
menuai jangan tak menuai...la..kan blog utk luahkan perasaan ..tibai ja taip apa yg dok tersekat kat hati tu..sekurangnya nanti lega la sikit kot..
semoga majlis bertunang itu tidak menyusahkan ramai org :)
sabo ek Lin ek.. bawak bertenang :)
nak wat camne, kita sebagai menantu ni ikut je la. lain manusia lain pemikirannya... :)
simah,
menuai kat umah ke ke ke...habis le segala movie kami tengok, iye betul, kita punya blog kita punya suka nak tulis apa2 kan? tq tq
ayu,
dah selesai pun majlis, tunggu nikah & kenduri plak bulan 1 ni. ke ke ke...memang sabar, sebab tak bleh nak komen banyak2 nanti dikata menantu derhaka plak kwang kwang kwang...
tee,
iye memang lain pemikiran...kadang2 tercabar gak. Tapi sabar sabar...paling senang diam je. Komen bila ditanya, kalau org tak tanya dengar je :)
alin, bila belajar undang2,tak bermakna seseorang tu blh atau mahu applynya dlm kehidupan sendiri, terutama dlm rmhtangga. mcm ramai kawan saya ada background syariah law, tau hak masing2..tp bab rmhtangga merana, depa sanggup hadapi azab rumahtangga, bkn tak tau hak..tau, tapi dunia rmhtangga ni lain, terutama ada anak,bnyk nak kena disettlekan. entahlah..na'uzubillah jangnlah rmh tangga saya diuji camtu.
kalau kawan alin tu blh sabar, itu lebih baik dan byk pahalanya, off course suami tulah azab nanti kat akhirat, kat dunia ni mmg dialah yg punyakan.
tpi, kalau kawan alin tu tak leh sabar n sikap suami tu dia takleh nak jadi isteri solehah dah, suruh dia buat solat hajat N istikharah minta Allah tunjukkan jln penyelesaiannya.
bak kata alin, maybe dia blh dpt husb. baru lbih baik...
syikin,
:) kita boleh tolong nasihat je kan?...mudah-mudahan ada jalan terbaik utk dia dan anak2...
I say briefly: Best! Useful information. Good job guys.
»
Interesting site. Useful information. Bookmarked.
»
Very nice site! buspar 89 heart drug impotence
Very nice site! » » »
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. »
Post a Comment