Wednesday, June 07, 2006

Cerita bergambar...

Salam,

Ok mari kita menengok gambar2 pemandangan Pulau Man*kan.


Gambar 1:

Pemandangan dari atas jeti Pulau Man*kan, nampak orang berkayak dan nampak tak bot2 yang banyak tu...bot macam tu lah yang kita kena naik kalau nak ke pulau-pulau...ada berani? Tak la takut sangat sebab ada life jacket...insyaAllah kalau jadi apa2 pun kita masih boleh terapung2 :) . Macam best je berkayak...tak pernah cuba...rakit pernah la cuba.


Gambar 2:

Gambar ni diambil masa nak balik...gelap sikit sebab cuaca tiba2 gelap macam nak hujan, seriau dah takut gak kalau hujan lebat ka...atas bot ambik masa 25 minit juga nak sampai jeti kat KK tu...tapi halfway cuaca cerah balik...legaaaa....

Gambar 3:

Nampak tak ikan2 tu...ini sikit ni....tak sempat nak snap gambar masa nak naik bot, ada pelantar kayu dalam air...kita boleh bagi makan ikan...dan ikan2 tu jinak2 sangat kalau letak makanan atas kaki nanti rasa geli2 la dia gigit2 makanan tu...dan lagi seronok kalau kita berenang dengan ikan-ikan tu....seronoknya, tak dapat nak digambarkan.

Gambar 4:

Gambar salah satu pulau kat sini...private island rasanya sebab tak dak orang pi, biasalah ramai orang kaya2 kat sini...tokey2 balak (masa balak banyak dulu2....), skrg ni jadi tokey lain la pulak kot :) Gelap je cuaca masa ni, ingatkan nak hujan dah...risau risau...atas bot ni. Kalau hujan memang basah lencun la kami...tetapi secara tiba-tiba...cuaca cerah pulak...legaaa...legaaa...Petang tu hujan juga tapi masa tu kami dah lepak2 di rumah, menjadi faktor penyumbang kepada aktiviti membuta di siang hari :)


Sekian sahaja lintas langsung dari Bandaraya KK, terima kasih.....ciao.

~dariBMkeKK~

p/s: Harap maaf visual kurang memuaskan...visual oleh jurugambar amatur.

7 comments:

simah said...

gambaq satu, dua n tiga tak nampak pon....cuma gambaq 4 ja yg keluaq..or is it just my pc?

Alinlai said...

simah, kadang2 kena klik dekat gambar tu baru dia ok...cuba lagi :)

Kaklong Syikin said...

cantik2lah..terutama gambar 1 tu.

nanti p cuti mana2 lagi masukkan gambar ek

Alinlai said...

syikin,
ok settt....ada plan nak pi pulau lain pulak....bleh masukkan gambar2. Seronok2 bagi kawan2 tengok :)

tee said...

bestnyer dapat gi cuti-cuti malaysia. mendung betul gambar yg last tu..

Alinlai said...

tee,
mendung tak bererti hujan :) tapi dah seriau sangat2 masa tu buatnya hujan ribut jenuh berdoalah dlm bot eii ngeri gak tu

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » » »