Wednesday, May 03, 2006

Trip 2 Kuda*t

Salam,

Ok N3 kali ni dimeriahkan dengan sebahagian drpd gambar2 pemandangan Kud*t. Merupakan bandar yang paling hujung di Pulau Borneo. Rasanya dah 5 kali aku buat lawatan ke sini... yang nak tergelak tu kenkawan aku orang sini (Sabahan) pun ada lagi yang blom sampai sini. Isk isk isk depa ni buat apa masa cuti2...aku dengan abang bulat sakan le plan nak pi sana sini bila cuti panjang... bukan la pakai bajet besar pun kalau setakat jalan2 dkt2 sini... yang penting pandai2 bajet dan pandai2 ambik kesempatan, hmmm macam kami ke ke ke.....

Kronologi lawatan aku ke Kud*t:

1st. time (2003) - dating dengan abang bulat masa belum kawin, pi balik hari la...pi pagi2 balik petang...jauh dating 3.5 jam drive KK - Kud*t. (Tg Simpang Mengayau, masih suci murnie tadak apa2 kedai dsb...jalan nak ke situ pun masih teruk, lalu bawah pokok 'nyok' betul2 depan rumah orang....lawak sungguh.

2nd. time (2005) - penyelidikan konsultansi dengan Kementerian XXX, aku kena pi memantau kawasan....free trip so bawa le abang bulat (dah kawin masa ni), tido dekat Marina Resort... cantik sangat resort ni...ada golf course, masa ni abang bulat blom terjebak dlm bidang golf ni jadi dia tak le terliur sangat dengan padang golf tu...tengok je tanpa perasaaan.

3rd. time (2005) - bengkel akademik, abang bulat peserta aku mengekor je ke ke ke... duduk dlm bilik je kebetulan memang tengah busy so, aku lepak bilik siapkan kerja...sekali lagi kami pi hujung pulau borneo...kali ni naik bas.

4th. time (2006) - mak abah mai KK, dan pika adik aku pun mai juga, kami bawa melawat Kud*t, abah suka sebab dia kata cantik sangat dah lama tak nampak pemandangan cantik macam ni... kat Malaya mana le ada lagi pemandangan macam ni...kat resort mahal2 ada la kot...kita plak tak mampu. Memang berbaloi la bawa tetamu ke sini...walaupun jauh tapi bila tengok orang teruja hilang rasa letih.

5th. time (2006) - bengkel, abang bulat organizer...aku mengekor lagi ke ke ke....kali ni memang seronok sebab... puas hati berenang. Dia berbengkel aku jadi baby sitter anak kawan2 yang masuk bengkel...baby sitter yang terlebih seronok...ke ke ke... kali ni tak pi hujung pulau borneo sebab bas penuh, kami kasi can orang yang blom pi lagipun aku dengan abang bulat nak berenang2...seronoknya...sebab pool tu macam kami punya sebab tadak orang...adalah 2 orang lain...yang lelain budak2 dlm pool untuk budak2...pueh hati den :)



Pemandangan bandar Kud*t di waktu senja, kawasan ni nama Esplanade Sidek, ada gerai makanan laut yang sedap dan murah. Kud*t antara bandar yang bersih di Sabah...memang relax je kat sini...bawa kereta pun santai je :)




Pemandangan dari balkoni Marina Resort, itu le swimming pool yang memang best tu, yang hujung ada pasir tu salah satu lubang golf. Kat sini nak main golf pun best nak lepak2 pun best.


Nama pantai ni, Pantai Bak-Bak. Jernih air dan berbatu2...pun cantik dan sesuai untuk bermandi-manda. Tapi panas2 macam ni tadak sapa nak mandi, isk sat lagi bukan jadi 'tan' tapi 'tam'.




Pemandangan sisi kiri semasa nak ke hujung pulau borneo... perasan tak kat tengah2 gambar ni hujung laut, itulah The Tip of Borneo... sblm sampai dah teruja dengan pemandangan pantai yang memang cantik...

Air kat bawah tu bahaya kalau nak mandi manda....ada 'karan', tapi kami tengok ada juga orang dok mandi manda...biasa le manusia memang sukakan cabaran... tapi aku pun teringin nak mandi....eiii dah le air jernih...batu2 cantik sapa tak teruja?


Nak ke hujung pulau kena la berjalan sikit...agak jauh tapi disebabkan pemandangan cantik.... tak terasa penat... di sebelah kiri Laut China Selatan, sebelah kanan Laut Sulu... pertemuan dua laut yang besar menjadikan ombak sini memang besar dan sikit ganas.... gambar atas dan bawah di ambil dari hujung sini, perasan tak ada benda bulat kat hujung tu, itu replika Globe... tempat orang ambik gambar :)

Kat bawah ni tak boleh turun sebenarnya... tapi biasa ler...kalau berlaku apa2 tanggung sendiri ye. Tapi aku pun dah beberapa kali turun sebab eiii cantik sangat kalau bergambar2....ramai model sambilan kat bawah tu, halakan saja kamera anda....tadaaaa....

Seronok tak? Apa lagi....pack your bags...surf the web....flyyyyyyyyyy to KK :)

Ta ta....

~dariBMkeKK~

4 comments:

Anonymous said...

Thanks kak lyn, teruja laaa melihat pemandangan, sungguh cantik! Rasa mcm nak pi la la ni jugak haaa

Alinlai said...

mar,

mai la bila dah balik M'sia nanti2...bawa diri je mkn dan tido FOC :)

Kaklong Syikin said...

cantiknya pemandangan

awat kata ada 'karan' tu?

eh..jalan kaki jer ya ke hujung p.borneo tu?

nape tak blh turun kat part bawah tu yg dlm gambar akhir tu? sbb licin or takut ombak mengganas tiba2?

Anonymous said...

syikin,
'karan' = letrik,

arus kuat yang bleh tarik orang tu. Nak turun bawah tu agak licin dan curam, ombak pun agak besar dan ganas. Masa 1st time ke situ bleh parking sampai hujung (yang ada globe tu), skrg dah tak boleh kena parking dekat parking area. So, kena la jalan jauh sikit...tapi ok la kalau pi pagi atau petang2 tak panas sangat + nice view hilang penat jalan.