Malam tadi ribut kat KK ni...(atau kat kawasan rumah aku je...) punyalah kuatnya angin...eii ngeri pulak. Alhamdulillah tadak apa2 kejadian yang tidak diingini.
Ehhh baru perasan, tarikh perjumpaan alumni sekolah aku...ahad 28/6/2006...silap kot ntah2 28/5/2006 alamak tak dapat join lagi...kalau bulan 6 bleh la adjust, nak cari tiket k/terbang la...takkan nak balik berenang pulak kot...ni bulan 5 macam mana nak adjust tapi sebenarnya aku teringin nak join...lama tak pi sekolah tu...bleh jumpa kawan2 lama...juniors dan cikgu2...(kalau masih ada lagi le cikgu2 yang ingat kat aku ehhh ada, cikgu shidah malam tadi dia sms aku...).
Sejuk hari ni...mendung je kat KK ni, bila angin macam ni mood pun lain macam je...nampak rumah je ke ke ke... sunyi sepi pulak tu, students tadak... ramai juga yang berkursus sana sini... perghhh ni kalau hilang2 pun tak dak sapa perasan...tapi disebabkan kami ni komited duduk la diam2 dalam opis...so janganlah salahkan aku kalau ada je N3 tiap2 hari...ini salah satu ubat hilangkan boring kat opis.
*pause*
Alhamdulillah dah lunch...kenyang la pulak...isk isk isk berat mata memandang berat lagi mata yang melihat, nak tido rasa berdosa pulak...perut penuh lagi dengan nasi + lauk. Relax2 dulu la...member sebelah pun rasanya balik emergency anak demam....memang sunyi dan sepi ni...erk...Dr sebelah kiri ni ada le...pong pang pong pang buat apa ntah, bertukang kot?
Jiran sebelah kiri ni memang bising...kita boleh tau dia ada dlm bilik sebab ada saja bunyi pergerakan dia. Dia buka pintu je dah dengar sebab memang kuat dia tolak pintu, lepas tu bunyi dia hempas pintu, lepas tu dia baling kunci atas meja, lepas tu dia tolak kerusi (atau kerusi tertolak masa dia duduk), lepas tu bunyi buku/ pen/ apa2 sahaja yang dia capai...lepas tu bunyi dia jalan sana sini dlm bilik tu, bunyi dia ketuk itu ini...arghhhh tensen gue. Yang lagi best kadang2 bau asap rokok erk...gossip plak dia ni merokok ka? Tak berani la nak tuduh2 (kau jangan main tuduh2 Ali **dialog Jeff dlm citer Ali Setan**)
Dah pukul 2pm...malam ni abang bulat ada dinner...kalau dia ajak aku ikut saja. Kalau tak ikut duduk la makan sorang2 kat umah sambil tengok TV or TV tengok aku. Skrg ni malam masih muda pun aku sudah mengantuk. Kalau isyak pukul 8pm, silap2 8.30pm aku dah tido2 depan TV. Bukan la penat sangat pun tapi ntah la ... kena edisi siasat ni.
Stop sini dulu ta ta!
~dariBMkeKK~
7 comments:
eh, samalah ngan ofis suami saya tu.terutama blh dengar perbualan org kat bilik sblh. kalau saya lepak kat bilik dia, awal2 dia pesan jgn cakap kuat2 takut org sebelah dengor.
ribut tu ada memusnahkan rete benda tak?
kalau cakap tak dengar sangat...ni jenis yang 'ganas' barang2 main campak je atas meja, kerusi meja ditolak2 je...arghhh tensen sungguh. 3 tahun bilik tu tak dak orang aman je...baru je 'jiran' tu duduk. Tak dak orang cite pasal ribut tu pun...ke ke ke...tapi memang lebat le hujan mlm tu.
lyn.. hang tak terbang bersama sama ribut tu kan.....
Achik,
nak terbang macam mana antara sedaq tak sedaq je ke ke ke abang bulat pun tau hujan sebab tempias kena kaki dia, tingkap buka. Dia pun mamai2 ingat ada orang dok siram kaki rupanya hujan kwang kwang kwang.
Very nice site! »
This is very interesting site... » » »
That's a great story. Waiting for more. http://www.coloncancernewdrug.info
Post a Comment