Thursday, February 21, 2008

Rumah idaman?

Salam,

Hari ni aku dan beberapa orang kawan... pi buat lawatan ke sini hmmmmmm balik malam ni berangan-angan le...

Sungguhlah cantik rumah-rumah kat situ... ada banglo, ada teres 2 1/2 tingkat, ada semi D... tapinya harga jangan ditanya... paling murah 350K erk... mana nak cekau duit. Kalau beli sat lagi kena kejar dengan HASIL dan BPR plak... naya tu :) jangan cari pasal.

Banyak kali cuba nak upload gambar tapi tak dapat la... ntah la pasai apa... kat picasa pun tak bleh kat sini pun tak bleh.

Oklah...cukuplah untuk hari Khamis yang santai ni....cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, February 20, 2008

Servis badan dan muka?

Salam,

Iye kenkawan...hari ni sesi servis badan...aku pi urut badan...yg. penuh dengan angin, yang menyebabkan makcik urut tu sampai penat ke ke ke... lepas tu aku pi facial kwang kwang kwang... berseri muka [perasaan jap....]

Tapi rasa ringan badan dan rasa ngantuk pun ada juga. Petang ni sungguhlah mengantuk dengan cuaca yang syahdu camni isk isk isk...sabaq sabaq... consultation hours tak bleh lelap...sat lagi ada plak budak mai jumpa...mata kita merah je malu juga tu. Kena la kontrol sikit.

Hari ni confirmed balik lambat... lepas tu kena pi teman abang bulat training futsal... isk isk isk... memang balik untuk mandi dan zzZZZZZZZZzzzzzzzz je la.

Oh ya...sofa dah sampai... sepatutnya malam tadi, tapi ada ke depa hantar sofa warna lain, isk isk isk... alasannya tadak stok. Ambik yang display je la... apa bleh buat, kalu tidak bertangguh lagi.

Yezzarrrrrrrr dah ada barang le kat bahagian bawah... siap ada kabinet + meja bulat (dapat free...) biasalah kami ni kalau membeli tak menawar tak sah... lepas tu siap minta hadiah lagi. Gunakan hak sebagai pengguna dengan sebaik-baiknya... minta je kalau dapat bonus kalau tak dapat cuba lagi sampai dapat :)


Sebetulnya pada petang yang syahdu ni... ada perjumpaan dengan VC, tapi ntah la... malas sungguh nak pi. Esok tanya je la kawan depan bilik ni apa intipati perjumpaan. VC kami ni nak habis tempoh dah... rasanya akan disambung sebab kalau tak disambung atau tak pasti akan disambung mesti dia akan kemas-kemas bilik dia ke ke ke... ni dok sibuk je lagi, maknanya sambung le tu.

Ramlah Ram- Ketentuan

Tak semudah kau sangka
Melepaskan kau pergi
Hati yang meronta, hampa kecewa
ku tekad sembunyikannya dari pandanganmu
Ku rela begini
Berakhirnya di sini
Dari bersamamu terus berpura
Setelah cinta tiada lagi di hatimu

Chorus

Ku hapuskan airmata dari mengiringi
Kesengsaraan mengharung perpisahan ini
Ku pujuk jiwa nestapaPendamkanlah duka
Pasrah pada lara ketentuan ini
Tak semudah kau rasa
Melepaskan kau pergi
Hati yang terluka dikunjung jua
Kerinduan yang tidak tertanggung terhadapmu

*Bridge

SesungguhnyaKu tahu betapa sukar untukku
Menempuh hidup
Walau sehari tanpamu
Ku terseksa


OK layanlah lagu kat atas tu... aku dok layan Ai d Beijing skrg ni jadinya lagu ni jadi lagu tema la skrg ni...cau cin cau
~dariBMkeKK~

Tuesday, February 19, 2008

Sejuk brrrrrrrrrr....

Salam,

Sejuk sungguh hari ni... suhu siang pun 26 - 27 C, malam ni mesti sejuk lagi.

Tadi pi simpan duit seringgit dan duit syilling... wah banyak juga rupanya hasil simpanan kami, RM242.40 kwang kwang kwang... orang CIM* tu pun pelik aku buat lawak je la... duit hasil pecah tabung ke ke ke...

Menyimpan duit seringgit dah jadi hobi aku dan abang bulat... pantang ada not seringgit mesti kami masukkan dalam kotak... lepas tu susun elok-elok... berbaloi juga hobi ni. Kali ni kami nak beli something tangible... kalau tidak buang karan juga tak nampak hasilnya. Pernah juga kami guna duit simpanan camtu untuk check in kat Le Meridi*n :)

Oh ya...malam ni barulah sampai sofa dan rak buku yang akan ditransformasi menjadi rak baran-barang [cenderahati...cenderamata dll....] ntah pasai apa kami tak berkisah sangat nak beli sofa kat bawah tu... lagi pun dah ada meja makan kira oraitlah, bukan selalu ada tetamu. Setakat kami dua ketul je... duduk kejap lepas tu naik lepak depan TV.

Ehhh Matta Fair hujung minggu ni... jom la kita menyibuk-nyibuk. Next destination ..... tungguuuuuuuuuuuu!!!

Oklah...cau cin cau

~dariBMkeKK~

Monday, February 18, 2008

Hujan, sejuk dan lemau

Salam,

1. Hujan, tiap hari hujan... bukan sekejap-kejap tapi seharian. :) rezeki...terima seadanya...

2. Sejuk, iye jimat letrik sebab tak payah pasang aircond, sejuk semulajadi best juga :)

3. Lemau, itulah kesannya bila perkara no 1 berlaku disusuli dengan suasana no 2... sabaq saja la

----------------------------------------------------------------------

Kenkawan yang terasa nak melancong... bolehlah lawat laman web merah putih tu, banyak promosi... tapi siang-siang ni jangan cuba le... payah bebenor nak masuk, ramai yang belek-belek la tu [termasuklah aku kwang kwang kwang....]

Kalau diikutkan hati memang nak...tapi tengok la camno. Tapi kalau yang sorang lagi ON perghhh aku ON ON dan ON ke ke ke...

Banyak kali cuba nak masukkan gambar tapi tak boleh, rasanya itulah saja gambar Jogja yang dapat aku kongsi dengan semua... cukuplah tu kan. Lepas ni habislah citer melancong... kita buka citer lain plak :)

Cukuplah untuk hari ni, nanti bila lapang sambung lagi ... ciao cin cau.

~dariBMkeKK~


Friday, February 15, 2008

Hujan di KK

Salam,

Sekarang ni musim hujan ... pagi petang siang malam hujan. Alhamdulillah...hujan membawa rezeki, membawa rahmat dll :) Suhu kat sini kadang-kadang <25>ke ke ke....]

Pertama kali layak mengundi, kakak aku bersalin [apa kaitan???] disebabkan masa tu aku duduk kat rumah dia... aku kena la jadi bidan terjun...[pembantu bidan OK....] tak dapatlah keluar mengundi.

Kali ke-2 aku kat US.

Kali ke-3 kat KL [ada ke lecturer tu buat kelas juga...isk isk isk].

Kali ke-4 aku kat KK [apa kes nak balik mengundi kat KL tu, ada sapa nak sponsor tiket?]

Kali ke-5 ni...rasanya sama gak macam kes kali ke-4...

Kesimpulannya... aku memang tak pernah mengundi kwang kwang kwang... bukan warganegara yang gemilang, terbilang... aku cuma cemerlang je :)

Ok itu saja...cau cin cau

~dariBMkeKK~

** RALAT: uiskkk bila di ingat-ingat balik...baru 4 kali le, macam mana bleh 5 kali? hmmmm abaikan PU kali ke-2 tu... itu PU ciptaan sendiri ha ha ha....sabaq je la **

Monday, February 11, 2008

Cuti-cuti Ind*nesia

Salam,

Sebagaimana yang dijanjikan inilah dia gambar-gambar pemandangan sesi Jalan-jalan Indonesia... ye kenkawan, aku pi Jogjaka*ta... alang-alang lepak KL lama-lama... baiklah meneruskan percutian ke tempat yang jauh sikit... jauh sikit je :)

Apa yang menarik kat situ? Hmmm tempat2 biasa je sebab Jogja kan bandar U, tak sibuk pun. Relax je... boleh naik becak dan kereta kuda dengan santai... yang banyak kat Daerah Istimewa Yogja (DIY)... ialah banyak sungguh Candi atau Kuil... iye kenkawan kat sinilah letaknya Candi Borobudur...Prambanan dan segala macam candi.

Kami (aku dan abang bulat) ambik pakej 3H 2M, bertolak pada 4hb Feb... sesampai di DIY, hujan agak lebat... dah la AAsia habis borang imigresen... kena la lepak menulis borang pulak. Black-out plak airport Adisucito... [ke ke ke....] mujurlah kejap je. Yang pasti salute la dengan bapak Imigresen kat situ...sungguh peramah. Boleh bersembang lagi...kalau tempat lain jangan harap le.

Sampai hotel...[or motel?] bilik simple je... tapi selesa untuk 2 orang. Mandi manda...tukar baju zoommmmmmm kami ambik taxi pi shopping di Malio*oro... ye kenkawan... dalam gerimis senja kami masih mampu berjalan sakan... window shopping dulu, yang penting mau mengisi perut... lapaq ooooo... makanya kami makan dalam 'Mal Malio*oro'... dah sampai situ kenalah rasa Baks* ... macam soto biasa gak cuma ada 5 ketul daging sapi. Oklah...makan je.

Bincang punya bincang... kami pun bersetuju ambik pakej lawatan Rp50000/ pax untuk sesi lawatan ke Borobudur, Mendut, Prambanan dan Borobudur Silver... akan tetapi... teramatlah awalnya pukul 5am dah bertolak. Tak pe...subuh kat situ masuk sblm 5am sempatlah solat dulu.

*kring kring kring....* 5hb Feb. pukul 4.15am jam bunyi mandi, solat dan pukul 5am [tepat....] driver van sampai... gelap gulita lagi. Hujan renyai-renyai. Sambung tido dalam van... driver singgah ambik awek Jepang sorang, makanya kami bertigalah dalam van. Awek Jepang yang fasih berbahasa Indonesia :)

Sampai Borobudur... 6.45am, pukul 7am baru buka, minum teh dulu...teh berperisa ginseng/ herba...[uiskkkk...] minum sikit je... harga Rp5000. Ok bermula perjalanan ke candi...kena jalan jauhhhhhhhhhhhhhh lepas tu naik tangga...mujurlah masih fit, kalau tidak mau sesak nafas kat atas tu. Ingatkan kami awal... rupanya dah ramai kat atas tu.

2 jam jalan menikmati pemandangan kabus, gunung berapi dll... kagum dengan segala ukiran kat situ... tak terbayang macam mana la orang zaman dulu boleh buat semua tu. Turun bawah... beli souvenirs...t-shirt 6 helai Rp100000, keychains 10 Rp40000 itu je... buat kenangan.

Masuk van... sambung tido, singgah Candi Mendut, bergambar sana sini... sambung lagi perjalanan ke Prambanan... hah, yang ni pun besar, tapi tak boleh masuk sebab under construction. Lepas 1 1/2 jam pusing dan bergambar... sambung lagi perjalanan ke Borobudur Silver... tengoklah camno perak dihasilkan... dan jangan lupa bukan tengok saja... ada kedai kat tepi yang menjual barangan perak... yang cantik dan menarik... aku beli rantai tangan dan rantai kaki ke ke ke....erkkkkkkkkkkkk

Ok tamatlah sesi lawatan sambil belajar.... nanti sambung lagi lawatan sambil habiskan rupiah :) cau cin cau....

Gambar 1 & 2: Candi Borobudur di waktu pagi.






Gambar 3 & 4: Gambar Candi sebelum dibaikpulih... maklumlah kat situ banyak sungguh gunung berapi yang aktif... makanya beberapa kali candi ni rosak sebab gunung berapi dan juga gempa bumi.



Posted by Picasa
~dariBMkekK~

Friday, February 01, 2008

Cuti seminggu

Salam,

Iye kenkawan... tuan empunya blog akan bercuti [sakan-sakan...] selama seminggu. Jadinya untuk ada update terkini lepas hari ni rasanya susahlah sangat... biasalah kalau balik cuti mana le nak berblog... mana nak pi jenjalan, mana nak pi makan-makan, mana nak berpoya-poya... isk...banyaknya aktiviti :)

Habis setengah hari meeting... dah rugi tak boleh buat keja [kekonon la....]. Kenyang lagi sebab ada bihun lepas meeting tu... rasanya kalau terasa nak makan pun petang2 sikitlah... ajaklah sesapa pi high tea [perghhhh.... kekonon la...]

Esok pi kenduri...best sebab boleh jumpa kenkawan. Ini 1st time nak bawa abang bulat jumpa kenkawan lain... habislah kena buli, kenkawan aku tu bukan boleh kira sangat. Jangan depa buka cerita zaman-zaman kat Midland tu dah la...habislah. Tapi tadak la yang sensasi pun. InsyaAllah ada kawan yang sudi jemput [pungut???] kami kat KLSentral. Nak pi rumah kakak aku kat Kaj*ng tu nanti kami minta sesapa yang baik hati tolong hantar kwang kwang kwang...sabaq je la kan dapat kawan cam aku ni.

Oh ya...tadi meeting Sekolah... tadak yang sensasi... dan aku tak bercakap mende, cuma betulkan minit sikit je... malas nak cakap sangat sebab dok sibuk berhu ha hu ha dengan rakan sebelah... merah-merah muka menahan gelak... sabaq saja la... macam budak-budak. Kalau budak-budak tengok kami sure terkejut sebab depan depa garang kemain... kat belakang isk isk isk...

Hmmm... nampak gayanya tak la ramai yang akan ke kenduri sebab apa la blur kenkawan aku ni, penat pengantin e mel minta alamat dll....respon kemain lagi tapi tak ingat betul-betul tarikh. Sabaq je la...

Ok sampai kat sini je, cau cin cau... Happy Chinese New Year kalau tak sambut pun, sama-sama la kita memeriahkan cuti umum yang diberikan oleh K'jaan tu... penuhkan semua tempat... tapi biasanya CNY banyak tempat tutup ke ke ke... kita pi tempat yang buka 24 jam le contohnya.... McD atau KFC.... ha ha ha....cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Thursday, January 31, 2008

Cukai jalan ... senarai hitam

Salam,

Hah.. tadi aku dengan abang bulat mendapat kezutan... opsss jangan salah sangka bukanlah salah sorang masuk AF6 tidak sama sekali... tapi kezutan kerana tidak dapat perbaharui cukai jalan sebab disenarai hitamkan... opssss... apa kejadahnya?

Pi la balai polis...tanya apa kes? Rerupanya... kami belum bayar duit saman lepas kemalangan tahun lepas... hmmm rasanya dah bagi kat agen kereta tu... maknanya sudah kena pau la... tak pe la, ada la tu balasan khilaf kami, halalkan je la. What to do...

Lepas selesaikan segala urusan tu... pi la makan-makan lepas tu pi beli prepaid...[ke ke ke... aku pakai prepaid tau... ntah la tak beria nak tukar ke post paid dan sebagainya....] Biasalah kalau pakai prepaid... memanjang la kredit tinggal seringgit, ada masa tinggal 0.00 sen kwang kwang kwang...

Lega rasanya, nota untuk lepas CNY dah siap...boleh la bercuti dengan jayanya...yippieeeee!!!

Oh ya...aku bercuti bermula Sabtu ini sampai Sabtu depan... bercuti ke KL... insyaAllah. Nak la naik 'Mata Malaysia', lepas tu nak jenjalan ke IK*A kalau ada kereta, nak pi sana nak pi sini... ha ha ha... tapi rasanya akan lebih banyak lepak kat rumah kakak aku... biasalah tu. Ada masa lagi nak la juga jumpa kenkawan lama... biasanya transit je kat KL tu, kali ni memang bercuti kat KL, boleh la cari ruang tu... tapi ntah-ntah kawan-kawan pula balik bercuti hu hu hu...

Tahun ni rasanya tetiap bulan la ada cop imigresen keluar dan masuk KK kat passport aku... [aku guna passport tau....], kekonon orang penting la asyik ke KL je... kwang kwang kwang. Layannnnnnnnnn!!!

Ok....berhenti di sini... esok ada mesyuarat kalau ada masa aku update lagi cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, January 30, 2008

CU...CI...

Salam,

Malam tadi sempat aku dengan abang bulat pi tengok Cu Ci... berapa bintang? Ok aku bagi


* * * * 1/2

Jalan cerita bagus dan ada mesej yang tersirat... dan yang paling jelas... tuan pengarah dan pelakon wanita utama dalam filem tu... memang la tengah asyik masyuk bercinta [masa tu la....] jelas sejelas-jelasnya... [pelik la pulak awatlah si primadona tu menafikan... isk isk isk....]

Adegan akhir yang tunjukkan Afdl*n dengan Dato' Jutawan 'Now everyone can fly' pun kelakar, tak pasti sama ada berskrip atau tidak... pandai juga Dato' Jutawan tu berlakon :)

Tahniah kepada tuan pengarah yang berjaya membuatkan kami bergelak ketawa dalam GSC... seperti biasa filem M'sia mana le nak penuh panggung. Mungkin malam biasa kot, mungkin malam minggu penuh [segalanya mungkin...] Sesapa yang ada hati nak pi tengok... sila la...tak rugi masa dan duit, bawa anak-anak pun OK juga :)

Disebabkan program wayang tu aku telah tertinggal episod akhir Jelata*g, [jangan gelak...aku ikut juga tau drama ni...]. Tapi bila baca review kat tv3.com rasa bagus la juga tak tengok sebab ramai yang komen macam hampeh... kwang kwang kwang. Tapi Ai D' Beij*ng tu nak juga tau apa jadi malam tadi... aku suka Rusd* dan Dyn*s dalam drama ni... dan yang lebih buat aku suka sebab buat kat Beij*ng...terus terasa nak pi sekali lagi :)

Ok...itu saja untuk hari ni, cau cin cau

~dariBMkeKK~

Tuesday, January 29, 2008

ZzzZZzzzzzz...

Salam,

Ngantuk sungguh petang ni... kelas habis t'hari, lepas tu pi makan2 dengan M, makan punya makan...punya makan... sampai kenyang Alhamdulillah :)

Balik makan...lepas kejap...ehhhh dah berbalam-balam pandanganku....

ZZZZzzzzzzzzzzzzZZZZZ....

Ke ke ke.... apa la aku ni senang sungguh melelapkan mata...

Turun pejabat am, print CV... ehhh ada limau... ambik 2 biji pi makan kat bilik sebelah sambil sembang-sembang petang... kalau ada kopi atau milo lagi best :)

OK itu je....cau cin cau

~dariBMkeKK~

Thursday, January 24, 2008

Kenangan mengusik jiwa

Salam,

Ini antara gambar-gambar nostalgia yang aku jumpa selepas 8 1/2 tahun... tak pernah aku tengok, sampailah awal tahun ni.

Inilah antara kawan-kawan yang mula-mula aku kenal kat KK, masa ni aku masih tutor dan yang lelain tu dah keja tetap kat sini. Ada yang keja dua tahun, dan ada yang dah tiga tahun... kiranya depa ni senior la..kecuali yang sorang tu mai sama dengan aku tapi dia dah ada master :). Ada sorang lagi... tapi yang ambik gambar tu dah balik KL dan balik 'for good' tapi dia meninggal kenangan pahit untuk kawan aku yang sorang ni [ada dalam gambar juga]. Bukan setakat kenangan pahit malah meninggalkan kanak-kanak ribena yang aku jaga hari tu :)

Lokasi pengambaran [perghhh!!!] kat Pori*g, 1 st time aku pi situ, biasanya orang mandi air panas...tapi kami pi mandi air terjun yang sejuk menggigil...

Bila dibelek-belek gambar-gambar ni... macam-macam rasa timbul. Apa-apa pun aku bersyukur kerana sampai saat ini kami masih berkawan rapat dan... masih boleh mempercayai antara satu sama lain. Inilah antara kawan-kawan yang aku kenal selepas berkerjaya... perasan tak... makin lama, makin kurang jumlah kawan baru yang kita kenaldan jadi kawan rapat... masa zaman sekolah ramai kawan-kawan, masa zaman kolej pun sama... tapi bila masuk alam pekerjaan... makin berkurang. Oleh sebab itulah sedaya mungkin kita kekalkan hubungan sesama rakan sekerja.

Dalam gambar ni ada dua orang bakal ibu... [sekarang ni dah darjah 2 budak tu], 2 orang anak dara sunti [sorang dah jadi isteri orang dan sorang masih single....] dan yang jejaka tu suami salah sorang bakal ibu :)

Bentuk fizikal pun... of course berubah... ada yang berkembang, dan ada yang makin mengecil, dan ada yang sama je tak ketara perubahannya.







Posted by Picasa


Nostalgia sungguh :)

Ok...kita layannnnnnnnnnnnnnnnnn...zasssssssssssssssssssss!!!

~dariBMkeKK~

Tuesday, January 22, 2008

Pemandangan dari atas 'belon'

Salam,

Ini gambar-gambar yang aku ambik masa 'belon' nak mendarat ... aku suka sebab cantik sungguh pemandangan alam dari angkasapuri ehhhh... angkasawan ehhhh... angkasaraya :) Mestilah dah tau 'belon' mana yang aku naik.... Dato' Tony kena bagi diskaun kat aku sebab dok promote 'belon' merah + putih ni je.

Gambar 1: biru + biru... kombinasi yang menarik

Gambar 2: hah! Dah nampak KK... biasanya bila nampak je pemandangan ni aku akan rasa sedih dan gumbira... sedih tak bersebab... gembira sebab insyaAllah selamat mendarat nanti.

Gambar 3: 'Belon' dok membelok.... ambik lajak la kekonon... kwang kwang kwang



















Itulah saja nota untuk hari ini... selamat membelek... cau cin cau :)

~dariBMkeKK~
Posted by Picasa

Monday, January 21, 2008

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Salam,

Seperti yang dijanjikan... inilah dia pemandangan luar dan dalam rumah kami... yang gambar tengah tu boleh teka la sapa kwang kwang kwang...

Gambar living hall... macam mana gambar macam tu la keadaannya kosong lagi... ntah apa la kami dok tunggu... dah jumpa sofa yang sesuai tapi tak pi beli lagi... kalau orang tanya aku jawab camni je, disebabkan hujung minggu ni nak buat makan-makan lagi... tak nak la beli sofa lagi nanti kotor ke ke ke... boleh ke buat alasan camtu?

OK.... ciao nak habiskan nota kuliah esok cau cin cau

Posted by Picasa
~ dariBMkeKK~

Thursday, January 17, 2008

Hari ke 17, 2008

Salam,



Dah 17 hari, tapi macam dah lama sangat ... kelas pun dah 2 kali, oklah tu. Bulan ni memang sikit kopak... tapi boleh lagi nak lunch tak le sampai kena skip lunch, dinner dll. Makan tetap makan... kalau bab habiskan duit pasal makan aku tak kisah sangat sebab untuk diri sendiri juga :)



Boring juga dengan kerja skrg ni... macam statik je, walaupun orang nampak aku macam OK tapi sebenarnya tahap kebosanan tu tadak skala dah. [huh...melampau sungguh]



Tak kisahlah... hidup musti hepi



Kelmarin ada pembentangan proposal PhD... calon yang membentang dulu keja sini juga, dan masa tu aku jadi tutor dia... yang lawak tu, untuk proposal dia... aku salah sorang j/k teknikal yang akan memberi komen ke ke ke... dunia dunia dunia... sure dia rasa lain-lain sebab dulu aku pembantu dia, skrg aku plak yang kena nilai, komen dll... layannnnnnnnnnnn!!!



Esok kami ada majlis amanat NC, wajib hadir... dengar la amanat dan yang paling ditunggu ialah, jamuan selepas amanat ke ke ke...itu lagi best sebab biasanya makanan sedap2 dan esok Jumaat... orang lelaki akan makan cepat2... nak kejar Jumaat... sini masuk waktu awal :)



Isk...sempat lagi cerita pasal makan-makan... sabaq saja le. Aku kurang OK ni, nak selsema... bersin dah berpuluh kali... kuat pulak tu.


************************************************


Pening kepala baru balik dengar pembentangan... ilmiah sangat sampai tak faham ha ha ha... tapi ok gak sekali sekala kena juga dengar sesuatu yang lain... dok dengar benda sama je boring gak :)
OK ... cukup-cukuplah menaip... esok sambung cerita lagi ta ta...


~dariBMkeKK~

Monday, January 14, 2008

Hujung minggu yang padat

Salam,

Penat....itulah perkataan yang boleh diberikan kalau orang tanya kat aku "camno weekend"?

Mana tak penat...

Sabtu pagi-pagi lagi dah pi bayar duit letrik dan air...[sat lagi dok ralit-ralit kena potong plak...], petang pi rumah kak I sebab anak M ada kat rumah dia... bawa la pi playground. Aku pun naik buaian tu juga, ke ke ke...lepas gian. Lepas maghrib bawa la kanak-kanak ribena tu pi pekena teh tarik dan juga beli berus gigi sebabnya depa lupa bawa... 8.30pm baru habis sesi teh tarik... abang bulat pi futsal plak lepas tu.

Ok juga cerekarama 'Tuhan Saja Yang Tahu'... habis je citer tu tido le... ngantuk

Ahad pagi-pagi lagi kami dapat wake up call, kanak-kanak ribena tu dah telefon tanya bila nak pi ambik. Bangkit la juga walaupun ada hati nak sambung lagi... dok breakfast depa call lagi tanya kat mana ke ke ke...sori la budak-budak uncle dan aunty dok makan-makan lagi...

Sampai rumah depa dalam 10.30am, lepas tu pi cari stokin... bawa pi bowling. All in all OK, cuma si abang tu tersangatlah cengeng... bola masuk longkang je dia nangis... tapi bila orang nak ajar kekonon macam pandai... membara la juga tapi sabaq... anak orang ke ke ke... sat lagi dikenakan tuduhan mendera plak.

Lepas bowling pi makan... si abang buat hal...tanak makan kat kedai nasi campur dah nak nangis... alasan tak pernah makan kat situ dengan mak dia...muka dah nak nangis...tapi senang je aku jawab... OK kalau tak pernah makan, hari ni kita makan... lepas tu dia jawab lagi... saya tak makan nasi yangg melekat-lekat... uiskkkkk demanding plak... sorry ye aunty tak layan, masuk juga, lepas tu dia order nasi ayam ke ke ke... si adik senang sikit, pi ambik nasi + nugget 5 + sayur + kuah sikit... si abang lepas tu dok minta nugget adik... ke ke ke... lawak la budak2 ni... layannnnnnnnnn!!!

Pukul 2pm hantar balik ke rumah kak I, lepas solat kami pi urut kaki... lepas tu makan siap2... malam makan rojak buah je... lepas Smallvill* tido. Cakap pasal Smallvill* jenuh la nak tunggu sambungan lagi setahun... hmmm lama lagi tu.

Itulah aktiviti aku dan abang bulat sepanjang 2 hari bercuti. Opss lupa nak bagitau mak kanak-kanak ribena tu balik kampung sebab adik dia meninggal...

Ok...itu je cerita hujung minggu cau cin cau

~dariBMkeKK~

Friday, January 11, 2008

Jumaat yang santai

Salam,

Hari ni punyalah best sebab:

1. Mai opis lewat
2. Jumpa kawan lama
3. Sembang lama dengan kawan lama

Kawan ni dulu kat sini tapi sekarang kat UBD, Brun*i. Setahun sekali dia mai KK nak renew cukai jalan... boleh je renew kat Mir* tapi kalau mai KK bleh jumpa kami...bleh sembang sakan baru best :)

Masuk opis pagi tadi sempat buat lecture notes 2 helai... bawa balik buku nanti sambung kat rumah le... kalau abang bulat tak guna laptop dia... kalau tidak aku buat............. buat bodoh ha ha ha....

Oklah... selamat berhujung minggu cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, January 08, 2008

Sem 2, 2007/08

Salam,

Sibuk? Tak la sangat...tapi ada la keja setiap hari. Kelas walaupun 1 hari je tapi preparation berhari-hari sebab kali ni ngajar benda baru...ok la tak la bosan sangat. Tak kisah pun, layannnnn!!!

Rumah? Semenjak duduk rumah sendiri ni rajin pulak makan kat rumah, balik lambat pun boleh pulak masak... bajet lari ke? Kwang kwang kwang... tidak la sangat tapi macam best je masak kat rumah tu... dapur besar... dan lengkap :)

Cuti? He he he... apa ni baru je masuk keja dah nak bercuti ke? Iye kenkawan... sungguh la aku teruja nak bercuti lagi dan lagi dan lagi.... tetiap hari aku belek-belek website AAsia... kot-kot ada peluang... yang pasti setakat ni peluang yang ada aku dah ambik kwang kwang kwang...

Kerja? Tersangatlah bosannya... tapi bosan macam mana pun persediaan untuk kuliah masih tip top... tak nak la kena komplain dengan budak2... rasa malas dan sebagainya tu masalah aku, jangan babitkan budak2, tak baik oooooooooo....

:) itu saja... cau cin cau

~dariBMkeKK~

Thursday, January 03, 2008

Selamat Tahun Baru :)

Salam,

Wah dah masuk tahun baru.... apa yang baru ye?

Azam? [tak pe la... tak berazam pun masa berjalan macam tu juga]

Baju? [ye ... aku ada banyak baju baru... baru keja, baju tido dll....]

Penampilan? [tak pe la...yang sama pun dah OK, touch up skit-skit bertambah OK la ke ke ke....]

Cuti? [aku yang sakan bercuti di hujung tahun dah plan nak bercuti lagi sempena tahun baru, dan untuk makluman... bulan 3 ni balik BM, tiket dah beli pun kwang kwang kwang....]

Kerja? [tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.... perghhhh macam artis plak... acah je, tadak mende la... keja macam biasa je la... cuma kena siapkan yang satu tu... arghhhh proposal yang tak nampak bayang lagi tu...]

Itu je la... yang lelain tu biarlah rahsia... tak boleh le nak bagitau semua, simpan juga untuk diri sendiri :)

Oklah kenkawan... ini sebagai permulaan untuk tahun 2 kosong kosong 8, insyaAllah banyak lagi catatan lain akan menyusul... ciao :)

~dariBMkeKK~

Monday, December 17, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA @ KORBAN @ HAJI
Biar di mana anda berada dan menyambutnya ...
Maaf Zahir dan Batin
:)
Cau cin cau


p/s: Mungkin ini merupakan entry terakhir untuk tahun 2007, insyaAllah kita jumpa lagi 2008 nanti :)


~dariBMkeKK~

Friday, December 14, 2007

Masih kerja...

Salam,

Hari ni keja lagi... masuk opis lepas breakfast, sblm tu dah makan seri muka kat rumah. Pukul 10am camtu akak sorang tu telefon ajak teman breakfast... on da way telefon M, kami pi la breakfast 3 orang...sembang punya sembang pukul 11 balik opis... lepas tu balik la ambik abah nak pi solat Jumaat... dia dok haru dah sebab dah 12 ++, abang bulat boleh minum teh dan makan kuih lagi kwang kwang kwang...

Lepas Zohor, sempat tengok movie sikit... dalam 1.30pm depa balik Jumaat...makan nasi dan balik opis la...sambung keja.

Oh ya, mesyuarat diawalkan...pagi Isnin 8.30am ... ha ha ha ada la juga 1 kali kehadiran mesyuarat aku tahun 2007 ni.

Macam best pulak...ada kawan nak pi Disneyland, HK hujung tahun ni. Kalau diikutkan hati nak je ikut, tapi abang bulat sibuk dengan Pesta Filem Pendek ... hmmmmmmm lain kali la. Rasanya ada peluang lagi dalam bulan 2 ke... kena start menyimpan duit la sehari 5 kupang [ke ke ke...]

Petang ni adalah aktiviti mak dan abah...tanam pokok pandan, serai dan daun kari. InsyaAllah hiduplah pokok-pokok tu kalau harapkan kami tanam ... memang tak hiduplah :) Senanglah nanti kalau nak buat kari, nak buat kuih dll... boleh petik je [wah wah berangan sakan....]

Esok ada aktiviti makan-makan... kami nak makan [melantak?] kat seafood rest. lunchtime, nak bawa mak abah, dan ajak kawan2 port luck. Kali ni bukan port luck la... sebab makan kat rest. Apa-apa pun kena bawa kamera la sebab nak ambik gambar makanan dan juga gambar mak abah kat KK, trip kali ni blom sempat lagi ambik gambar depa...bahan bukti bawa jenjalan :)

Ok, stop dulu... cau cin cau hepi weekend :)

~dariBMkeKK~