Friday, August 18, 2006

Jumaat dah...

Salam,

Opsss dah hari Jumaat rupanya...kejap je kan? Sebelah pagi ni aku dah makan nasi 2 kali pagi nasi lemak dan pukul 11.30am makan nasi tomato, kalau lepas Jumaat ni makan nasi lagi tak tau la...penuhlah perut ni dengan nasi...

Hari ni abang bulat cuti...pagi dia pi driving range, lepas Jumaat ambik aku pi makan, petang ni dia nak lepak opis je (cuti pun pi opis gak ka???)

Pagi tadi punyalah malasnya nak mai opis...tapi lawan jugalah malas tu sebab minggu depan nak cuti Jumaat...nak pi berjalan-jalan yesss!!! Berenang-renang ke tepian ke...mana-mana la janji pi jalan-jalan cari makan ke cari apa ke tak kisahlah...asalkan bukan cari pasal.

Sunyi dah petang ni...minggu depan lagi sunyi, bila cuti sekolah orang ambik peluang bercuti juga, iyelah yang ada anak bawa anak jalan-jalan, pi beli baju raya ka...aku pun nak cuti gak Jumaat depan, sajalah nak menyibukkan diri juga ke ke ke...layannnnnnnnnnn. Esok tadak plan nak pi mana-mana, tapi tak la lepak rumah akan pi mana-mana juga tu, urut kaki ka, ukur shopping malls ka, mana-mana la...asalkan pi mana-mana.

Untuk kenkawan yang nak pi berjalan jauh2 tu...drive safely, don't drink and drive (bukanlah minum arak ke todi ke...minum air mineral dari botol masa memandu pun bahaya gak apa?) Kalau rasa ngantuk berhenti tido seround dua kat tepi jalan tu, make sure kunci pintu, sat lagi ada plak penumpang tak dijemput dah jadi cerita lain plak :)

Yang pasti starting from tomorrow ramailah orang yang akan berkenduri kendara, tapi awat tak dak orang jemput aku? Teringin nak makan nasi kenduri...(w'pun nasi kenduri sini kureng sikit rasanya), tapi feel makan kenduri tu lain kan? Tak pa la...dah tadak orang jemput kita masak nasi, masak lauk makan sendiri-sendiri la...

----------------------------------

Ok...aku tak lunch tadi, minum (or makan?) ABC je. Tak la special sangat pun tapi dalam menu ABC special. Ada cendol, cincau, laici 3 ketul...ais pun macam kasar je...kot-kot la ada aiskrim ka, kacang ka... memanglah tak kreatif, tak order lagi lain kali...baiklah order teh ais ka, teh tarik ka sahih tak expect benda lain...ntah apa-apa la kedai tu.

Alamak....ngantuk la pulak petang2 ni...nak tido ke tak nak tido ke tak.....???

Stop dulu...have a nice weekend everybody :)

Ta ta....

~dariBMkeKK~

p/s: he he he ampun...N3 ni merapu sikit idea lari, tapi tangan ni gatal je nak menaip ke ke ke....

Wednesday, August 16, 2006

Hari 3, Minggu 3, Bulan 8

Salam,

La ni tangan aku dah gatal-gatal...mungkin sebab nak salin kulit baru (erkkk macam ular plak bersalin kulit), tapi tak kisahlah tu cuma masa kuliah tadi aku dok tergaru-garu tu sure budak2 pelik sikitlah...tapi budak2 memang tak berani nak bertanya benda tak berkenaan...tau pun takut dengan aku kwang kwang kwang...(kena garang sikit beb nanti depa naik lemak, kalu depa naik lemak aku takut aku yang jadi lemau....)

Kuliah 2 jam aku tak bagi rest walaupun 5 minit sebab nak habiskan cepat...tapi hampehhh aku habiskan 10 minit sblm 4pm juga...ntah la banyak plak benda nak cover (2 bab weh...)...nasib le wahai budak2 sapa suruh ambik kelas aku (macam la depa ada pilihan ....kui kui kui)


Isu semasa:
Tak habis lagi isu 'budak kecik' yang menang pelakon wanita terbaik tu...ada yang pro dan ada yang mengutuk. Pada aku sesiapa yang rasa bodoh bercakap dalam bahasa sendiri adalah seorang yang paling tidak bijak, sedangkan bahasa sendirilah yang paling senang untuk kita pertuturkan. Bahasa paling senang pun tak boleh cakap ke? Tak ke tidak bijak namanya tu? Sendiri mau ingatlah 'sw*etheart'.

Walaupun 'budak kecik' ni berbakat (pada pandangan aku...) tapi rasanya dia kurang bijak. Isu macam ni akan mengurangkan sokongan peminat dan sedikit sebanyak boleh menjatuhkan dia satu hari nanti. Bak kata pepatah...terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat...jangan isu ini akan diperbesarkan lagi sampai satu tahap dia tak boleh keluar kat media massa kita.

Harap-harap lepas ni artis Malaysia akan belajar daripada kejadian tersebut :)

Ta ta...

~dariBMkeKK~

Tuesday, August 15, 2006

Pagi Ahad yang syahdu....

Salam,

Ok hari ni nak citer sikit pasal kejadian sadis yang berlaku pada pagi Ahad...benda ni terjadi dekat aku...isk isk isk

Pagi Ahad, awal bangun sebab nak masak sikit dalam pukul 8.30am ada tetamu dari KL, tak la masak apa pun goreng bihun, goreng karipap je sebab tetamu tu nak singgah kejap je sblm balik KL dan aku sure depa dah makan kat hotel...

Bersungguh aku goreng bihun...goreng karipap...dan akhir sekali buat teh 'O', maka bermulalah kejadian ini...

Aku bancuh teh dalam jug lain (jug 1), dan transfer ke jug lain (jug 2), ntah apa kejadiannya penutup jug 2 tu longgar, aku pun tekanlah pelan-pelan...agaknya terkuat kot tekan, penutup jug masuk dalam jug dengan tangan aku sekali masuk dalam jug....Alhamdulillah boleh keluar tangan tu cubalah bayangkan kalau stuck dalam jug berisi teh panas tu...dah la panas silap2 kena kaca lagi...isk isk isk tak nak imagine, cepat2 siram tangan dengan air sejuk...tapi mak oiii masih terasa pedih, ngilu semua cukuplah...merah jangan cakaplah...agaknya air tu terpercik sampai dekat siku tangan aku bertukar warna merah (kui kui kui....)

pedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sangat-sangat...uiskkkk

Masa mandi pun pedih lagi...petang pun pedih lagi...malam aku sapu krim (beli kat Beij*ng), masa sapu abang bulat nampak dia tanya kena apa...aku cakap kena air panas...tak la cerita macam mana kejadiannya...(sampai la ni aku tak cerita....nanti dia bising weh...) dia pun tolonglah sapu krim tu, tapi dia sapu sakitlah...tapi tahan je la...

Alhamdulillah pagi Isnin dah OK, sampailah ke hari ini memang tak rasa sakit/ pedih dan yang sewaktu cumanya....memang merah la separuh tangan aku sekarang ni, mujurlah cover dengan lengan baju kurung (kui kui kui....)

Itulah kisahnya, kalau citer kat orang mesti orang kata itulah jarang masuk ke dapur... isk aku ni rajin apa ke dapur tu, cuma benda dah nak jadi terimalah seadanya...lupa pulak nak cerita masa tercelup tangan tu aku pakai rantai tangan... ada bekas rantai tangan kat tangan aku sekarang ni (bilalah nak hilang) bayangkan kalau aku pakai cincin masa tu, tak taulah jadi apa kat jari aku kan?

Apa-apa pun Alhamdulillah...tak dak melecur langsung, kalau melecur akan luka-luka lagi sakitkan? Insaf oooo masa sakit tu....

Oklah semua...itulah kisah aku masa weekend hari tu, tragis sungguh. Tapi biasalah aku kan macho, sikit pun aku tak nangis walaupun sakit sangat-sangat....uiskkk.


Moral cerita ni, berhati-hati semasa membancuh teh, jangan sampai tercelup tangan dalam jug/ teko dan yang sewaktu :)

Ciao & ta ta

~dariBMkeKK~

Friday, August 11, 2006

Dah Jumaat....

Salam,



Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri



Pernah dengar lagu nasyid kat atas tu? Rasanya lagu ni dinyayikan oleh Kumpulan El-Sur*aya dari Indones*a. Hmmm mesej yang cuba disampaikan memang bagus...tapi rasanya untuk era millenium ni mesej tu tak akan sampai hingga ke sudah... tahu ke budak-budak era 80-an apa itu 'lampu dinding'?
Moral daripada lirik lagu ni... sesiapa yang nak buat lirik silalah pastikan lirik itu akan memberikan mesej yang sama pada mana-mana era... (bukan Erra Faz*ra atau radio E*a ok!)


Sekian sahaja N3 untuk minggu ini...kita bersiaran lagi minggu depan...selamat berhujung minggu dan ceria-ceria selalu ta ta.


~dariBMkeKK~

Wednesday, August 09, 2006

Tima kasihhhhhhhhhh....

Salam,

Ribuan terima kasih chek nak ucapkan kepada:

Mar kat UK (dok tunggu baju raya dia siap & mak dia hantar kat dia'Made in Kulim' ke ke ke),
Arianna @ Anne (dok cari kaset Amy Mastura...dah jumpa?),
Ayu (aku salut hang la...sebab ganasss ke ke ke ehhh dah ready jawapan temuduga?),
Puteri 1 (Afundi PUTERI...jadi mem dia la ni),
Syikin (re-activate blogging session....tahniah dah siap tesis),
IbuVogue kat utagha (baru-baru ni di marah kat org opis dia...eiiii takut pensel dia patah),

Achik kawan lama diberi nafas baru (ke ke ke jumpa balik dlm blog...kita jumpa di KL nanti ok),
HotMama yang dok tunggu masa nak bersalin (sabaq sabaq...insyaAllah selamat),
Zakiah kat Dubai yang kena tinggal 3 minggu (tapi dia pi shopping ni...he he he),
Simah kat Turki (seronok la dia berenang-renang sakan hari tu ....)

kerana....

memberikan kata-kata semangat dan nasihat insyaAllah chek akan follow dan terima dengan senang hati :) N3 hari tu chek letakkan as a draft saja la ni... sebab chek nak ceriakan hari chek dan hari kawan-kawan lain...kita lupakan perkara-perkara yang boleh men'down' kan kita :) hanya Allah Taala sahaja yang akan dapat membalas jasa baik kenkawan mudah-mudahan hidup kita sentiasa di rahmatiNya aminnnn!!!

Ciao & ta ta

~dariBMkeKK~

Sunday, August 06, 2006

Habis sudah...

Salam,

Maka dengan rasminya AF 4 ditutup...yessssssssssssssssssssssssssssss (seronok sebab dah malas nak follow...)

Aku dah boring sangat dengan AF kali ni...tapi dah tadak apa nak tgk layan la juga, rugi pula sebab terlupa slot 'adik manis' kat Tv3 pukul 9pm... erk ada ulangan ka?

Persembahan budak2 tu tak best sangat... habis 1 lagu boring, 2 lagu boring sampailah habis semua 10 lagu tahap keboringan tetap meningkat bukan makin kurang... bila tgk persembahan budak2 yang tak lepas konsert prelude tu rasanya ada yang lebih baik dari 'pelajar' yang dapat no 2 dan yang keluar masa konsert ke-8 tu... buat macam mana ... tadak rezeki :(

Baca dalam paper hari ni bapa kepada juara tu berhutang untuk pastikan anak dia jadi juara erk... bahaya sungguh... mujurlah dapat 20K (cash) kalau tidak gigit jarilah, mana nak cekau duit nak bayar hutang...(sungguh tak sangka....)

Tengok diari malam Jumaat tu, 'budak botak' dijemput untuk bagi kata-kata semangat dekat bakal juara AF 4, dan selepas dia bagitau jadual dia padat sampai bulan 2, 2007, muka budak2 AF 4 tu dah jadi sikit lain ke ke ke sure dalam hati depa... macam mana kami nak naik ni aura world 'budak botak' ni masih hebat... sabaq sajalah.

Kesian sungguh dengan baju budak2 pompuan malam tadi, awatlah buruk sangat... kesian. Tau la budak2 kali ni kurang 'cun' tapi bagilah baju yang siuman sikit. Berbeza dengan tahun lepas baju sumandak Tamp*ruli tu tersangatlah vogue, baju sumandak Pena*pang kali ni seksi sangat tapi tak cantik langsung harapkan belah yang tinggi sampai ke paha saja...apa dah jadi dgn AF kali ni...

Ops...sorilah kenkawan, dah jadi pengkritik plak, sajalah daripada tak buat apa kat opis di hari Ahad ni baiklah aku mengisi masa lapang dengan menulis kat sini... tapi skrg ni bahaya, janganlah menulis sesuatu yang boleh menimbulkan syak wasangka, sesuatu yang menyentuh sensitiviti dll... harap-harap apa yang aku tulis ni biasa je...(aminnn...)

Stoppppppppppp...cau cin cau Majulah Sukan Untuk Negara :)

~dariBMkeKK~

Friday, August 04, 2006

Minggu sibuk dan penat....

Salam,

Minggu ni terasa sangat sibuk dan penat... eiii jenuhlah nak menunggu lagi 10 minggu macam ni (semester ada 14 minggu), dalam seminggu Isnin, Jumaat dan Sabtu je memang free... Selasa ada 1 jam tutorial + 2 jam perundingan, Rabu 1 jam tutorial + 2 jam kuliah(petang...ngantuknya...), Khamis 2 jam kuliah + 1 jam tutorial + 1 jam perundingan + 2 jam tutorial erkkk.... petang Khamis memang letih lesu.... ngantuk sangat. So hari Jumaat memang aku relax habis, paling2 pun aku prepare untuk kelas hari Ahad (sikit-sikit je..), tapi tak pe sabaq dan terimalah hakikat yang keja macam aku ni banyak sebenarnya tapi buat-buat macam tak banyak...

Tahun ni memang research'sifar' tapi aku dah target 1 buku sblm akhir tahun insyaAllah !!!!

Tahun depan ... harap2 aku ready mentally & physically untuk bergerak ke mana-mana tempat sambung study
(boringlah ramai sangat yang dok tanya bila nak jalan, agaknya orang dah boring tgk muka aku kat sini kot...)

Apa-apa pun aku seronok sangat sebab bulan 9 ni balik kg, bulan 10 balik raya (kampungku lagi...) dan bulan 12 balik KL yesssssssssssssssss!!!!! Bulan 12 tu insyaAllah boleh la kalau nak dating dengan Achik dan sesapa yang sudi nak jumpa aku kat KL kwang kwang kwang.... balik sorang tiket pun dah ada, naik now ev_ _ _one c_n FLY.... sila isi tempat kosong ini :)

Ada cerita sedih sebenarnya.... pasal baju raya. Ceritanya macam ni...

Sblm pi jalan-jalan ke tanah besar hari tu aku ada beli kain 2 pasang (kat orang yang berbeza, 1 orang belanja, 1 bayar lepas dapat gaji), lepas ambik kain aku pi hantar kat kedai yang biasa aku hantar kain....tup tup balik dari bercuti-cuti tanah besar, kenkawan aku cakap kedai tu terbakar, kain aku pun terbakar sekali... erk erk erk tak terkata aku dengan berita sensasi tu. Yang aku pelik sikit pun aku tak sedih, walaupun ada 1 kain tu tak bayar lagi (tadi aku dah bayar hmmm....), ntah la ada orang cakap boleh pi tuntut gantirugi tapi kesianlah kat kakak tu sebab dia baik sangat... aku pun jadi malas + kesian nak pi tuntut apa-apa.... arghhhhhh kesiankan kat aku :(

Ada cerita gumbira .... pasal baju. Ceritanya macam ni ...

Minggu lepas abang bulat pi U*M, ada debat dia jadi hakim... (jemputan daripada U*M & Kementerian berkenaan), kalau jadi hakim debat kdg2 dapat elaun... dan dengan elaun tu gamaknya dia telah membelikan aku sepasang kain yang begitu vogue, tapi dah dia bagi aku ambik je la boleh buat baju pakai pi dinner... yessssssssss!!!!

Oklah...sekian saja cerita untuk minggu ni, selamat berhujung minggu :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, August 02, 2006

Cuti-cuti Beij*ng 4

Salam,

Ada lagi gambar-gambar terkini...jom layannnnnnnnnn

hmmm tengah2 bandar pun ada polis/ askar berkawat? Nampak muda sangat polis/ askar ni agaknya dlm latihan lagi kot. Tengok tu ada je basikal enterframe ke ke ke...



Suka gambar papan iklan ni, sebab rasanya dari segi advertising kat sana lebih advance dari kita. Gambar cantik, kreatif dan inovatif...macam-macam jenis papan iklan ada...


Antara bank terbesar... kat mana-mana ada je bank ni. Biasanya kalu pi o'seas aku akan ambik gambar background Bank tapi kali ni tak dak peluang sebab tak sempat ronda-ronda city centre pun... hasilnya gambar dari jauh sajalah...

Rasanya pakcik ni salah sorang AJK Masjid, sebab dia duduk je kat situ lepas solat Jumaat. Dok sembang dengan makcik sebelah tu. Depan masjid ni ada beberapa orang dok minta sedekah eiii nak marah je sebab badan sihat je tapi dok bagi salam dan minta duit, nak marah pun ada gak.

Besar bangunan ni GTC, macam PWTC la kot... lalu saja sebab kalau minta berhenti pun bukan driver + tourist guide tu nak berhenti, tadak dalam jadual... so ambik gambar dari van saja le... kereta kat sana pun bermacam jenis... Sonata pun jadi teksi je, Buick pun ada... kira seronoklah tengok kereta2 besar tu...




Lawa sangat kristal ni... macam-macam ukiran depa buat, tapi mahal juga sebab ini kat kedai k'jaan. Tak boleh nak tawar-tawar... lagipun kalau beli isk nak letak kat mana... dah la gambar binatang, kalau tersilap beli lagilah ingatkan gambar kambing / lembu rupanya gambar 'oink oink' payah la pulak :)
Ini lagi satu kristal yang diukir menjadi seekor kuda.... cantik sangat ada macam-macam kaler.


Ok... enjoy the pics :)

~dariBMkeKK~


Tuesday, August 01, 2006

Cuti-cuti Beij*ng 3

Salam,

Hmm kecik sungguh mata awek kat bawah ni kan? Bersungguh-sungguh dia tunjukkan cara minum teh yang berbagai-bagai jenis tu (Tea ceremony)... teh untuk kuruskan badan, untuk segarkan badan dll... tapi kami try la semua jenis teh, kalau pi kedai makan kena minum jasmine tea je aiseyman... muak dah minum teh (dah la tadak gula...), masa ni teringat2 teh tarik kat kedai mamak kwang kwang kwang... lepas dia buat demo, bermulalah sesi menjual teh segala jenis tu... abang bulat pun belilah teh untuk kuruskan badan (sampai hari ni tak buka lagi bungkusan teh tu...). Tak apa la...asalkan ada semangat nak kuruskan badan kui kui... ada cawan yang boleh bertukar warna bila dimasukkan teh...(magik sungguh...) layan je la awek ni menjual :)

1.














2.















Ini pintu masuk ke Summer Palace, cantik sangat kat dalam tu... tapi disebabkan hari hujan cuaca jadi sayu, mendung je gambar pun kurang cantik... tapi baguslah kalau panas sangat nak berjalan pun malas. Tasik kat bawah tu ialah tasik buatan... Lake Kun Ming, raja-raja dinasti dulu-dulu suka buat kerahan tenaga... sure menderita rakyat zaman dulu... dah la kena hormat raja, kena korek tasik, kena buat istana besar-besar isk. siksa sungguh. Gambar 4 & 5 antara istana kat dalam tu...

3.














4.














5.














Kat pusat penternakan Mutiara, bersungguh dia tunjukkan cara mutiara dipelihara, lepas tu siap bagi souvenir lagi sorang sebiji mutiara tu... ada sebabnya tu... lepas tu dok jual gelang2 mutiara tu, alahai adik oiii kami ni dari KK, kat sini pun banyak mutiara jadi tidaklah aku membeli pun... harga pun mahal. Kat sini kalau jual kat tempat (kedai) Kerajaan harga tak boleh ditawar-tawar, dan memang maal 2,3 kali ganda la...nak shopping bagai pi la 'free market' baru seronok membeli belah....

6.















7.
















Habislah citer kat Bei*jing... minta maaflah gambar masa shopping tadak pulak, biasalah masa tu tak ingat dah nak bergambar, yang kami nampak barang-barang yang nak dibeli je... ke ke ke....jom lah cuti-cuti Bei*jing weh...seronokkkkkkkkkkk sangat :)

Ta ta

~dariBMkeKK~

Monday, July 31, 2006

Cuti-cuti Beij*ng 2

Salam,

Ok ini sebahagian gambar2 kat Beij*ng hari tu...taadaaa...marilah kita mencuci mata :) sambil kita menyimpan duit kot-kot boleh kita pi sama-sama lain kali :)

Tengok gambar 1 ni dekat-dekat... apakah benda ini? Ada patung kat depan pintu.... apa patung tu dok buat? hmmmm.....

1.

Hmmm benda kat atas tu ada dalam replika pagoda kat bawah ni... sungguh bersenikan depa ni? Kagum sangat-sangat...

2.

Welcome to the Gr*eat Wall of Chi*na (gambar 3 & 4)... terasa begitu terpegun dengan tempat ni...rasa tak percaya pun ada sebab akhirnya dah sampai ke sini... best best best. Kat keliling ni ada ramai org jual souvenirs, boleh tawar jangan malu2... apa lagi aku dengan abang bulat pun sakan la menawar pening kepala penjual2 tu...tapi awat depa jual juga kat kami he he he...

3.

4.

Tia*n An Mein Sq. & Forbid*en City (gambar 5 & 6) Ramainya manusia kat sini....eiii dah la panas, tapi redah je la... mujurlah 6 orang je dlm trip kami senang tourist guide nak handle...kalau ramai tak tau la macam mana ada pulak yang hilang ke ke ke...

5.

6.



Beijing dan basikal tak boleh dipisahkan... sungguh berani orang situ berbasikal sebab driver brutal gila... lampu merah pun main redah je sesuka hati... memang tak berhemah la... tapi tadak pulak kes kemalangan ngeri kat sana... tak faham juga kadang-kadang tu.

7.

Masjid Nan Dou Ya, masjid kat situ kebanyakannya ada papan tanda dalam Bahasa Malaysia ke ke ke...maksudnya ramai orang M'sia pi sana... shopping la apa lagi...

8.

Alien's St tempat shopping (free market), boleh tawar menawar dengan sakan sekali, kat sini la aku dapat beli blazer yg berharga RM40 ha ha ha...harga asal RM100 ke ke ke...sabaq je la orang menjual tu. Tapi sapa suruh dia jual kat aku :)

9.

bersambung.....

~dariBMkeKK~

Tuesday, July 25, 2006

Al-Fatihah...

Al Fatihah...

Hani Mohsin meninggal dunia25-07-2006 11:39:19 AM

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Roda Impian Hani Mohsin Hanafi meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung pada pukul 9.30 pagi tadi. Mohsin, 43, ketika itu berada di terminal Low Cost Carrier di KLIA, Sepang untuk penerbangan ke Alor Setar, Kedah bersama-sama anaknya Hani Karmila, 9 tahun. Mohsin mengadu sakit dada dan kemudiannya rebah. Hani Karmila kemudiannya menelefon ibunya Datin Seri Tiara Jacquelina. Tiara dan suaminya Datuk Seri Effendi Norwawi kemudian bergegas ke terminal tersebut.
Jenazah Mohsin akan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.


Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali...
sumber: mSTAR Online

~dariBMkeKK~

Monday, July 24, 2006

Cuti-cuti Beij*ng

Salam,

Alhamdulillah... dah selamat sampai tanahair... the trip was superb & enjoyable one... cannot describe la.... pics will upload later... bawa kamera tapi cable plak tak terbawa ke opis ni... so tak dapat la nak transfer :)

Nanti bila dah ada gambar barulah seronok sikit nak citer...

Seminggu bercuti sakan... berita tsunami pun tak tau sebab kat sana news dalam bahasa yang tak dpt kita faham... ada news in English tapi lebih banyak citer pasal ekonomi negara dia... tak kisah la tu... balik hotel pun untuk mandi dan tido je... keluar seawal 8am balik around 9pm, berjalan, makan, berhenti solat kat masjid, berjalan dan makan.... balik letih krohhhhhhhh.....

Untuk sesapa yang ada peluang ke sana silalah... nak shopping memang best, jangan segan nak tawar menawar... komunikasi tak dak masalah sebab ada peniaga yang boleh cakap Melayu, tunggang langgang pun tapi dia boleh faham kita dan kita boleh faham dia... sebabnya ramai sangat M'sia pi shopping kat sana... camno pun rasanya lepas Olimpik 2008 ni barang mungkin akan naik harga ... sebabnya, bila makin ramai pelancong ke sana ada peluang untuk orang sana ambik kesempatan, standard la tu...

Tourist attractions pun banyak... dan memang dijaga dengan baik sekali... dan tercapailah hasrat nak ke Tembok Besar itu... cantikkkkk....tapi penatnya mendaki anak tangga, habis nafas...tapi redah juga sebab bukan senang nak sampai...hajat hati nak pi lagi tapi abang bulat ku dah sound...hmmm kalau asyik pi Bej*ng je bila nak pi Umrah (ke ke ke....) opssss iye next trip insyaAllah, Umrah & Ziarah insyaAllah....aminnnn!!!!

Kalau nak tengok muka kaum Cin* yang pelbagai pi la sana... ada muka macam omputeh, ada muka macam Arab, ada muka macam India... tapi cakap Cin* maklumlah negara besar dan berjiran dengan macam-macam negara...lagi seronok.... kita juga akan menjadi tumpuan sebab tak pernah tengok orang pakai tudung gamaknya terasa macam selebriti la jugak kwang kwang kwang...

Skrg ni musim panas... tapi Alhamdulillah... masa sampai sana hujan lebat dan cuaca begitulah elok sekali, berangin je... sejuk sikit. Hari ke-2 pun masih OK, hari ke-3 saja yang panas sikit.... tapi tetap maintain berjalan-jalan... hari-4 kemuncak percutian... seharian bershopping, ke ke ke... best best dan best....

Ok.... stop dulu...sesi memanaskan N3 untuk kali ni... till then ciao!!!!

~dariBMkeKK~

Monday, July 17, 2006

Hai hai bye bye....

Salam,

Erk...lama gak tak update, sajalah nak bagi berhabuk sikit...biaq ada bunga-bunga sikit barulah seronok nak mengemas... (ke ke ke...)

Minggu lepas busy + malas...sedar2 dah weekend.... tak pi mana pun lepak rumah je, bajet sikit sebab.... nak pi jalan-jalan jauh.

Oklah akhirnya...diumumkan...aku akan ke Beiji*g malam ni....yessss....

Jadi....tadak la update untuk minggu ni....minta maaf la kat sesapa yang menjenguk, jangan kecik hati... nanti balik dari berjalan-jalan, ber'shopping' aku update citer + gambar ... insyaAllah. Walaupun kat sana tengah panas la ni tapi redah la juga... kita layannnn je.

Barang dah packed... baju bawa cukup2 je... sebab adalah akal nak membeli yang baru (yeezaaarrr...), beg bawa 1 je sebab nak pi beli beg baru ha ha ha... plan memang nak shopping kaw kaw... tapi ntah la kalau tak berkenan macam mana? Ok kalau tak berkenan beli barang untuk jual kat orang kalau orang tak nak pi jual kat kedai 2 ringgit ha ha ha...ok ka ide aku?

Abang bulat lagi best... seminggu ni pi Beij*ng, minggu depan 5 hari dia pi U*M pulak ada Debat, jadi hakim dpt la elaun...cover balik segala belanja minggu ni bijak bijak... aku tak kisah kena tinggal sebab isk dah dapat pi jalan sama-sama minggu ni kira oklah tu... lagi pun semester ni aku ada kelas every Sunday erk...habislah weekend ku selama 14 minggu... tak pe sabar itu extra income... Alhamdulillah :)

Ehhh tak boleh nak citer panjang... doakan perjalanan aku dan abang bulat... selamat pi dan selamat balik :)

Ciao..ta ta.

~dariBMkeKK~

Wednesday, July 12, 2006

Aku, makanan & HP....

Salam,

Punyalah bersemangat nak start kelas...unfortunately aircond pulak tak bersemangat....hilang semangat aku dan budak-budak tu...berpeluh-peluh dah...sempat bagi silibus, bebel sikit... cukuplah untuk hari ni... isk kena pulun la 2 minggu lagi...isk isk isk

Malam tadi pi mkn kat CP, ada satu kedai ni the foods memang ngam la dengan tekak aku... order nasi daging merah... masa dok makan (dengan tekun...sebab lapaq...) adalah sorang mamat ni dok main dengan tones dalam HP dia, kejap-kejap lagu ini, kejap-kejap lagu tu... aku dah hangin sebab eiii dah la penat, lapaq ada plak orang mengganggu konsentrasi.... pelan-pelan aku berpaling....then aku sound

"adik...boleh tolong tak...akak nak makan ni...nanti ...**sambil buat aksi tercekik**"

terus budak tu minta maaf dan pi duduk kat dapur kedai tu (ke ke ke....) dia termalu gamaknya...

Abang bulat tergamam juga tapi lepas tu dia pun nak tergelak, boleh dia kata...hmm sure budak tu tensen sebab tak boleh nak main dengan HP dia lagi... ntah-ntah dia tengah boring tahap cipan ke.... apa-apa pun nasib badan le dik oiii ... isk so irritating... I was so hungry at that time...

Tapi lepas tu aku rasa bersalah pulak... apa-apa pun harapnya adik tu tak cam muka aku lagi lepas ni... or jangan pi makan kat kedai tu dalam waktu terdekat ni... fuh....

Isk...garang ka aku ni???

Sebenarnya....kalau orang tak kenal memang orang kata aku ni sombong, garang dan yang sewaktu, tapi bila dah kenal...hmmm tidak le ... kadang tu aku berlakon je, especially with my students... bila depa dah di tahun akhir, dah nak grad aku boleh je nak sembang-sembang ramah tamah, bukan apa... kena pandai psiko kalau tidak tensen tau.... budak-budak ni kalau kita buat baik depa jadi lemak berkrim semacam je... aku malas nak layan kadang-kadang tu...

Apa-apa memang tindakan aku malam tadi tersangatlah drastiknya... lawak lawak...

Oklah stop sini...ciao ta ta

~dariBMkeKK~

Tuesday, July 11, 2006

Sibuk...???

Salam,

Bermula dari kelmarin sampailah 3 bulan yang akan datang ni aku dan kawan-kawan akan sibuk semula...eiii pening pulak tgk ramai sangat manusia dalam kampus ni... tapi demi anak bangsa aku redah juga...cheewah layannnn....

Kelmarin sampai je opis ramailah yang mai minta pengesahan itu ini, minta pendapat pasal itu ini... tapi yang bagus tu aku OK pulak kali ni...layan pun bagus je...tak taulah sampai bila ke ke ke... ataupun belum ada yang perangai pelik-pelik...kalau yang mai jumpa tu perangai pelik sikit memang kena sound la...ada ka panggil 'mentor' kat aku...so dia tu 'protege' ka? isk isk isk... (kami ada sistem mentor - mentee kat sini... setiap org ada beberapa org pelajar yang akan dipantau sepanjang pengajian...)...tahun ni kalau ada yang panggil aku 'mentor' aku nak nyanyi... "tunjuk ajarku SIFU..."

Kelmarin dan hari ni ada Viva pascasiswazah pulak... aku kena jadi penilai ke-2 kena pi dengar juga, yang best tu penilai luar dari U* tu my Prof masa master dulu... 2 kali aku ambik kelas dia ke ke ke... sapa sangka lepas beberapa tahun aku dah berdiri sama tinggi dengan dia pulak jadi penilai, dia ingat lagi dekat aku... so boleh la sembang-sembang dengan dia isu itu ini kat U* tu... lagipun masa nama dia dicalonkan untuk penilai luar aku sokong seratus persen sebab dia ni bagus... dan memang well known la dlm bidang dia... tapi kalau nak minta dia jadi penyelia untuk PhD aku tak berani la ke ke ke... dia hebat sangatlah...malu pulak nanti, kita ni biasa-biasa je.

Sat lagi kena pi dengar lagi Viva tu, tapi hari ni sampai t'hari saja...relaxlah sikit kelmarin punyalah ngantuknya petang tu...lepas Asar sempat aku tido kejap. Lagipun kelmarin penat sebab maklumlah bangun awal tgk Final... tapi 2nd half tu aku ngelat juga, tido je... abang bulat kejut tgk penalti...lepas tu lelap lagi...sedar lagi sekali tgk Italy dok julang piala dah... bangunlah solat, lepas tu sambung tido...kena bangun awal sebab kelmarin pendaftaran kursus...alamak pening kepala dah...(sapa suruh bangun????)tak pe la 4 tahun sekali nak merasa suasana tu.

Tapi OK lah...it's over now...insyaAllah panjang umur jumpa kat Afrika Selatan 4 tahun lagi...moh kita kumpul duit sehari 5 kupang buat tambang ke sana :)

Stop sini dulu...ciao ta ta....

~dariBMkeKK~

Friday, July 07, 2006

Cerita hari ini....

Salam,

1.Hari ini hari Jumaat bersamaan dengan 772006 Masihi dan 11J'Akhir1427 Hijriah...

2.Hari ini saya dapat siapkan 1 laporan di sebelah pagi dan sedang menyiapkan 1 laporan lagi di sebelah petang, manakala 1 laporan lagi buat kat rumah...

3.Hari ini saya terbaca dalam blog mana ntah (hah! Kantoi banyak sangat baca blog sampai tak ingat...opsss)pasal kes budak botak vs tunang dia, tapi malas nak komen lagi, biarlah mereka dengan masalah mereka, pandai-pandailah uruskan ye adik-adik...

4.Hari ini ada lagi cerita pasal adik manis dan rahsia perkahwinannya...si Datuk pun dah pandai jawab 'no komen' hmmm jawapan artis tu...

5. Hari ini saya pergi makan Beriani Gam kat Wism* Merd*ka...(anak menakan saya kata Beriani Singgam...) nyum nyum lazat dan berkhasiat disukai ramai....

6. Hari ini hari terakhir untuk tahun ini untuk saya dan kawan-kawan merasai kedamaian di kawasan kampus, kerana bermula pada minggu depan kampus akan dipenuhi oleh pelajar baru dan lama (erk...pening pening...)

7. Hari ini cuaca agak panas...sama seperti 2,3 hari yang lepas....

8. Hari ini saya telah membeli bunga kan*an, daum kes*m, tim*n, dan beberapa bahan untuk membolehkan saya menghasilkan kuah laksa untuk di makan bersama laksa yang akan dicelur sehingga lembut ... nyum nyum sedapnya...

9. Hari ini hari Jumaat esok hari Sabtu dan lusa hari Ahad...

10. Hari ini kita kita kerja esok dan lusa kita bercuti....selamat berhujung minggu semua :)

Bye ta ta ciao cin cau

~dariBMkeKK~


Thursday, July 06, 2006

Coretan di petang hari Khamis...


Comel pulak adik manis, budak Lip*is ni dalam gambar ni, patutlah ramai orang tergila-gilakan dia... harap-harap insan yang dipilih merupakan insan yang ter'baik' untuk dia. Walaupun aku bukan 'die hard fan' budak ni tapi aku tetap mendoakan dia akan bahagia dengan sesiapa sahaja yang menjadi pilihan dia...
Harapan aku ... sekiranya si Datuk berkumis tebal yang menjadi pilihan janganlah lupa status sebagai bukan yang pertama. Sekiranya si Dr pulak...kenalah pandai ambik hati Datin maknya si Dr itu...senang citer adik manis dengan si Bot*k 'R*ja SMS' hahaha....barulah gempak.
Oklah...better stop here, dah petang-petang ni otak pun tepu banyak sangat ilmu dan input yang masuk dalam kepala otak ni...
Bye ta ta ciao cin cau
~dariBMkeKK~

Informasi

Salam,

Kelmarin ada kawan saya e mel pasal benda ni....jadi rasanya elok kalau saya berkongsi dengan kenkawan dan sesapa yang berminat nak tahu:

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06 . Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

  1. A utk March ( Suku pertama ),
  2. B utk June (Suku kedua ),
  3. C utk Sept ( Suku ketiga ), &
  4. D utk December ( Suku keempat ).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006 .

*******************************************

Ok...hari ni sblm pukul 7am dah sampai opis...eiii awalnya sampai, apa ke jadahnya? Abang bulat ada majlis sarapan dengan Tok Pa (menteri tu..) ...hari ni majlis ikrar budak-budak baru kat dewan besar... tapi majlis ikrar pukul 8.45am baru start...aku lapaq ni nak pi b'fast pun kedai dekat ni tak buka pulak tensen gue... tak tau lah boleh tahan ke tidak ni... jangan pengsan dah la...

Petang kelmarin ada majlis suai kenal dengan mentee baru aku kami...adalah 2,3 orang budak dari tanah besar Cina aiyark.... sungguhlah bosan mula-mula tu, tapi bila dah berkenal-kenalan ok juga batch kali ni BI depa pun better dari yang 1st batch dulu. Yang lawak tu boleh pulak bila aku suruh intro diri dia dan cite apa-apa saja benda baru yang dia suka, dia cakap....dia cakap OK,

"I like this Uni because I got new friends, nice teacher like you (dia tunjuk aku....), beautiful teacher like you ....bla bla bla....."

Ha ha ha....awal-awal dah bodek...tapi awal-awal aku dah remind...no extra marks huh kwang kwang kwang....

Stop sini bye nak pi majlis ikrar pulak ciao cin cau :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, July 04, 2006

Superm@n Returns....

Salam,

Saja je nak bagitau...kami pi tgk wayang malam tadi...citer 'orang besi'... berapa bintang boleh bagi ye....OK bagi *** 1/2 je, tidaklah best sangat pun... lagipun aku lebih suka Cl*rk K*nt - Smallvill* tapi ending dia sedih-sedih sikitlah ehhh tak boleh nak citer nanti marah pulak sapa-sapa yang ada perasaan nak pi tengok hilang pulak keterujaan...

Lagipun malam tadi ada satu grup minah-minah satu kaum ni (dirahsiakan...), dok bersembang macam kat kedai kopi, sesi sembang mak alang depa ni bermula dari menjejakkan kaki dlm panggung, sampai meletakkan punggung, mulut non-stop bercakap, bila start muzik lagilah sakan depa bercakap, berlawan-lawan bunyi muzik dengan suara depa yang kuat tu... aku dah hangin... aku toleh belakang aku cakap excuse me saja dan pandang depa dengan pandangan 'orang besi' mujur tak terkeluar sinaran laser/ api ... kalau tidak sure orang tak tengok movie, tapi tengok aksi aku pulak ke ke ke... abang bulat dah tepuk-tepuk paha, bagi signal dah dah risau dia aku kena cepuk dengan minah-minah tu... eiii tensen sungguh... lepas tu terus diam minah-minah tu, boleh pulak cakap bisik-bisik (confirm la kutuk aku tu...) eiii benci sungguh kalau ter'duduk' dengan sekumpulan manusia yang tak tau etika dalam panggung wayang ni... sikit saja lagi aku nak jadi 'orang besi versi pompuan' malam tadi **ha ha ha...**

****** sila tepuk tangan :) *******

Tadak air pulak kat toilet opis ni... mujurlah tadak rasa nak membuang, so t'hari ni lepas makan singgah rumah la pi membuang apa yang patut. Ntah la apa masalahnya ada je kes tadak air kat bangunan ni... tak bayar bil ka?

Pagi tadi punyalah susahnya nak buka mata ni...mak aiii kalau kelmarin gam Uhu, pagi ni gam gajah la...melekat tak boleh dibuka (bukan pasal ada taik mata...). Mujurlah pagi ni tak ngantuk lagi, tadi b'fast makan bihun sikit + telur sambal... tak berselera pulak (ke ke ke kekononlah tak berselera, sat lagi lunch mulalah makan tak hengat....)

Eiii lapaq pulak...

Ok ta ta semua :)

~dariBMkeKK~






Monday, July 03, 2006

Ngantuklah ....

Salam,

Terima kasih kepada kenkawan yang tinggalkan komen untuk N3 last friday.... untuk makluman saya telah ter'delete' N3 tersebut he he he...ntah apa-apa kan?

Dah Isnin...dah bulan Julai...dah habis setengah tahun...dah mula semester baru...

Weekend...OK saja...Sabtu seharian duduk rumah sebab orang datang baiki tangki yang bocor, betulkan siling bilik belakang...cat dll, tertido depan TV sebab nak masuk bilik tak boleh depa buat keja. Alhamdulillah siap dlm 5pm, lepas Asar pi makan la... dah kebuloq dah.

Konsert AF4 yang 'masuk angin' @ 'lemau' eiii tak best langsung...walaupun tak kisah Sa5 kuar, tapi aku prefer budak pelat tak boleh sebut rrr tu kuar... ataupun budak yang dok ngajuk aksi cikgu-cikgu tu kuar... pada aku tak lawak langsung... ntah la...tak berkenan dengan 2 orang tu. Yang lain-lain OK tapi kurang perisa apa ntah...agaknya semua rasa dah bagus kot. Tapi dah tadak movie yang menarik layannnn je.

Tunjuk klip CT kat dairi, muka cikgu Fazl*y juga yang di close up...hmm macam apa-apa je... tapi *aiman tak kisah...*

Terkejut dengan pengumuman arwah Pak Atan @ Pak Ani... tak sempat merasa duduk rumah baru, tak pe bukan rezeki dia. Maw* putus tunang??? Tak pe ramai lagi Ina kat luar menunggu ke ke ke...bukan jodoh le tu.

Ehhh gosip pulak kali ni...biasalah dulu cita-cita nak jadi reporter...tak kesampaian, kalau tidak hah silap-silap keja kat UR*V tak pun Mangg* ke ke ke...habislah semua orang kena gossip dengan aku.

Ngantuklah hari ni....lambat pulak abang bulat habis keja-keja dia....sementara tunggu dia mai ambik pi makan...aku dah terlelap ZZZzzzzzzzzZZZZ...eiii ni yang malas tido lambat sangat.... malam tadi kami tengok National Treasu*e kat Ch42, ingatkan tak nak tengok sampai habis, ehhh best pulak citer tu...layan la sampai pukul 12.30am baru tido....ada orang tu ada hati nak tengok F1 lagi....eiii tak sanggup nak berjaga lagi sedar-sedar dah subuh...lepas subuh tido lagi, sedar-sedar dah 7am.... mata macam digam UHU, melekat...bangunlah juga nak iron baju... ting tong ting tong...8.45am la clock-in, merah pun merah la....

Bestnya...2 minggu lagi siap baju baru... tadi dah pi hantar kat kakak jahit baju, ingat nak pi cari sehelai dua yang dah siap... bersemangat sikit nak masuk kelas minggu depan kalau ada baju baru ke ke ke... budak-budak pun bersemangat sikit nak attend kuliah kwang kwang kwang...

Oklah...stop sini dululah selamat menghadapi bulan Julai :) ciao ta ta.

~dariBMkeKK~