Tuesday, August 21, 2007

Hari 2, Minggu 3, 2 kosong kosong 7

Salam,

Minggu ni KK sungguh sejuk... tiap-tiap hari hujan, seronok tapi syahdu la sikit... malas tu jangan ditanyalah..[yang nak ngajar pun rasa malas....apa lagi yang nak belajar ke ke ke...]

Jumaat dan Sabtu bengkel...walaupun jadi urusetia tapi penatnya.... memang tak masuk dengar pun, sebab buat penat otak je. Duduk kat luar jaga pendaftaran lagi best. Ha ha ha....kami jaga kehadiran peserta, dah bagitau kalau penuh baru boleh dapat sijil, yang mana ada 1 kehadiran minta maaf ye... sila beri surat tunjuk sebab kenapa tak cukup kehadiran. Dengan students boleh strict camtu, apa salahnya dengan yang mengajar kita strict juga... yezzarrrrrrrrr!!! Kita layannnnnnn....

Dah cuba nak masukkan gambar-gambar tapi bateri kamera plak kong....nantilah cuba lagi dan lagi dan lagi....

Pagi ni alas perut dengan air masak + pisang emas [dibawa belayar... ] tak selera nak makan. Kejap lagi nak keluarlah... cari makan yang best sikit... abang bulat pi U*M ada conference sampai esok. Malas nak ikut... nak simpan cuti untuk balik posa kat kampung lagi baguih. Raya ni kat sini... so ambiklah peluang berposa kat kampung 4,5 hari... menarik juga tu.

Posa kat kampung best... kat sini hmmm rasa la suasana tu sebab pi tarawikh, tapinya yang lelain tu biasa je. Pasar Ramadhan pun tak kaw kaw.... menu sama je macam hari biasa. Mana nak dapat ayam golek Arab ka...kebab dll tu, yang depa tau bakaq sayap ayam memanjang eiiii tolonglah.


Ehhh emo plak ha ha ha...tak posa lagi ... dah ingat menu berbuka apalah aku ni...


Ngantuk la pulak... awal lagi ni....dah menguap sakan. Hari ni masalah air dah selesai... lega sikit, kalau tidak kena balik rumah lagi. Dah balik rumah tu nak datang opis balik mak aiiii payah oooo time tu la ada cerita best kat TV, katil pun nampak best je... jangan kata katil, kerusi depan TV pun jadi best.... bahaya sungguh. Moralnya janganlah balik rumah masa rehat tengahari....

Ramai yang nak pi sambung study bulan 8 dan 9 ni...good luck :) ramailah yang dok tanya bila lagi...bila lagi... uiskkkk sabaq ye kenkawan... insyaAllah, itu saja yang boleh dijawab. Tak nak fikir sangatlah... benda nak belajar ni bukan benda memain... bersedia mental dan fizikal...tak nak lah separuh jalan, naklah selesai ON TIME atau lebih awal :) insyaAllah aminnnnn!!!

Oklah...stoplah tak menarik je cerita ni. Kalau panjangkan lagi nanti ada pulak yang muntah hijau lepas baca ni .... ciao cin cau :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, August 15, 2007

Hari ini dan semalam

Salam,

  • Hari ini hari Rabu, semalam hari Selasa....
  • Hari ini 15hb [pakai batik mai opis], semalam 14hb [pakai baju biasa-biasa je]
  • Hari ini ada kelas [sibuk la sikit], semalam relax...
  • Hari ini ada meeting, semalam (malam tadi) dating...[dengan abang bulat la...] pi tengok Rush Hour 3 besttttt!!!
  • Hari ini pening, semalam pun pening...[hari hari pening...]
  • Hari ini malas, semalam pun malas juga...[hari hari malas...]
  • Hari ini kenyang, semalam pun kenyang juga...[bila nak sambung posa Syaaban? makan je...]
  • Hari ini boring, semalam pun boring juga...[bila masa yang tak boring?]
  • Hari ini tak pi minum-minum petang, semalam minum pagi petang
  • Hari ini hari ini, semalam hari kelmarin

Ho ho ho.... itu saja untuk hari ni...cau cin cau

~dariBMkeKK~

Tuesday, August 14, 2007

Insiden sana sini....

Salam,

Insiden 1:

Ngerikan bila tengok gambar insiden kemalangan kat km 229 tu... banyak faktor penyumbang selain daripada ajal maut. Faktor pemandu, keadaan bas, keadaan jalan raya antara faktor-faktor penyumbang. Bila berlaku insiden maka berlakulah tuding menuding ke arah sana dan sini... itulah negaraku :(
Al-Fatihah untuk mangsa kemalangan.

..................................................................................................................................................
Insiden 2:

Hujung minggu kami tak ke mana-mana pun, lepak rumah je, Ahad abang bulat pi kelas aku pi pasar, beli bahan-bahan buat kuah mee rebus. Rasanya kuah sangatlah OK malangnya mee pulak KO, tak jumpa mee kuning basah tu... yang ada mee kering isk isk isk memang tak sesuai langsung... makan mee sikit, lepas tu dok hirup kuah je. Apakan daya...
..................................................................................................................................................
Insiden 3:

Kawan lama datang KK, selepas 12 tahun baru jumpa balik... dah anak 3 pun. Perangai sama je macam dulu-dulu.... muka nampak matang (sesuai dengan umur), tensen dia sebabnya, kawan-kawan dia ingat aku ni ex-student dia ha ha ha... siap tanya lagi study tahun berapa kat sini? kwang kwang kwang.....nasib ler.... bila bagitau keja kat sini dah haru tak pe tak pe... semua tu normal untuk aku sebabnya... students pun sokmo tersilap ingat aku ni sapa-sapa walaupun memang sahih dia ketuk bilik aku... boleh lagi dok tanya...Puan Alinlai ada? hmmm layannnnnnnnnnnnnn je la
....................................................................................................................................................
Insiden 4:

Tadak dah... itu je :)
***************************************************************************

Hari ni lunch kat Pizz* Hut, makan Dip licious untuk kali ke-2 ... ke ke ke... bukanlah suka sangat pun tapi disebabkan tadak selera nak makan nasi... pi cari benda lain la untuk isi perut. Kalau tak makan sat lagi pengsan plak. Perut ni bukan boleh kosong... sat lagi mula pening kepala, lepas tu mula masuk angin dll... isk isk isk haru sungguh.

Yang lagi haru tu kalau kenyang mata plak berat semacam... uiskkkk kita duduk kat M'sia ni mewah makan... kalau ingatkan saudara-saudara kat negara lain yang dok berjuang untuk hidup [sama ada berperang dengan manusia atau dengan alam] terus rasa insaf...

Hari ni dah lega sikit sebab siap juga akhirnya soalan xm ... tak susah kalau benda tu kita ajar, ini kena buat soalan untuk benda yang kita tak ajar... tapi malas nak bising-bising redha je. Sat lagi orang kata kerek plak... sebabnya yang tinggalkan keja tu senior daripada kita... atas rasa hormat buat juga le... malas la nak bising-bising... tapi sekali sekala tergelak juga dengan kawan-kawan yang faham... gelakkan diri sendiri le... hmmm faham ke? Tak faham tak pe abaikan je.

Payah keja macam kami ni... orang nampak senang le. Contohnya....pelajar tak bagus kami juga yang kena, kalau pelajar tak perform masa temuduga kami juga yang kena tempias... walaupun sekejap saja pelajar tu dibawah jagaan kami 3 - 4 tahun... tadak pulak orang nak tengok latar belakang budak tu, asal mana, sekolah mana dll yang berkaitan. Hmmm kesimpulannya... buatlah keja setakat yang terdaya... dan yang penting ikhlas inilah periuk nasi :)

Berhenti dulu... nak sambung buat keja. Cau cin cau

~dariBMkeKK~

Monday, August 06, 2007

Hari 1, Minggu 2, Bulan 8, tahun 2007

Salam,

Wah...cepat sungguhkan? Bulan 8 dah ni... sikit hari lagi dah nak posa... lepas tu Raya dan lepas tu habislah tahun 2 kosong kosong 7 ni... isk isk isk. Nak tau... hari Rabu minggu lepas abang bulat pi la M*ybank nak buka akaun baru sebab dia sudah berkerat rotan berpatah arang dengan B*N tu... [dah la gaji masuk memanjang lambat, lepas tu ramai je umat, lepas tu nak clear check pun lambat sangat]....nak tau apa yang orang dekat kaunter tu soal dia....


M = pekerja
AB = Abang Bulat


M: "Ada kerja ke?"
[Terkejut beruk la juga dengan soalan cepugangsa tu... ]
AB: "Dah keja."
M: "Keja mana?"
AB: "U*S."
M: "Pegawai?"
AB: "Tak... keja *toot*
M: "Isi borang ni...."


hmmmm tak sopan langsungkan?


Lepas siap isi..ingatkan siaplah...rupanya dia bleh minta kad pekerja pulak... isk isk isk mana la nak pakai kad pekerja kalau keluar dari kawasan kampus.... malas nak layan abang bulat tanya macam ni


AB: Nak no telefon bos saya ke untuk clarification?
Barulah diam sikit minah tu... apa ke halnya sampai minta kad pekerja bagai ingat orang tipu ka? Baik minta slip gaji isk geram la juga. Bila dia belek2 borang yang dah diisi tu pandailah pulak bagi promosi itu ini... promosi pinjaman la..itulah inilah... isk isk isk double standard la bank kat M'sia ni. Bayangkan le kalau kita keja kampung je agaknya macam mana layanan depa hmmmm malas nak fikir geram pun ada gak.


Tapi yang best tu soalan "Ada keja ke?" hmmmm sama ada abang bulat tu nampak macam budak sekolah yang lari dari hostel [sebab dia pakai batik 1hb kena la pakai batik] atau nampak macam orang kampung baru masuk bandar [uiskkkkk...]


Mujur je mood baik kalau tidak memang dah report kat HQ bank tu... PBB dah pernah kena, kami pernah lama duduk dalam PBB kat sini... 2 kaunter je yang buka, abang bulat telefon PBB KL, buat laporan... lepas tu teruslah 2 kaunter lagi dibuka.... ehhh boleh pulak tu.


Moralnya... kalau dapat layanan tak bagus kat mana-mana tempat buat je laporan, jangan malu-malu itu hak kita sebagai pengguna. Sekian sahaja...cau cin cau


~dariBMkeKK~

Wednesday, August 01, 2007

Cuti-cuti...dan cuti :)

Salam,

Dah masuk keja hari ni... dah la cuaca mendung tak bererti hujan... punyalah malasnya isk isk isk...inilah akibatnya cuti sakan... dah la cuti jalan-jalan meNila* kain.

Trip to Nila* 3 was greatttttttt... aku jenjalan sorang2 je di pagi Isnin yang cuaca sejuk sebab hujan renyai-renyai...tapi semangat sebab seronok tengok kain bergantung-gantung dan tudung yang bermacam warna. Petang tu lepas je abang bulat habis kerja dia, bawa dia pi Nila* Sq. plak... beli lagi berpasang-pasang... tak pe tak pe....Beli punya beli... terus terfikir baiklah jual, balik modal pun OK la...

Jangan tak tau hari ni dah laku 2 pasang :) Alhamdulillah

Ehh lupa plak... aku lunch sensorang kat salah satu gerai sblh surau tu...mak aii sedapnya udang masak lemak cili api + ikan keli goreng berlada...perghhh kenyang sampai malam :) itulah masakan yang takkan dapat kat KK ... kalau dapat pun tak menepati piawai.

Tapi tak puas hati sebab tak dapat cari durian... kat sini durian ada, tapi mahal la sikit. Ada ke durian kat sini kira kilo... memanglah berat sebab timbang dengan kulit2 durian... isk isk isk sabaq saja la kan? Tapi dah terasa nak makan... belilah juga sekali sekala.

Lupa plak... Alls*n Klana ok la... dekat dengan Gia*t, makan malam pi beli kat situ je, tapi Ahad siang ke malam, makan sakan kat rumah kawan... sakan dia memasak ada laksa Joh*r, ada spageti, ada kek coklat yang yummy, ada rambutan, ada air oren, ada buah jambu cicah kuah rojak made in Pena*g pendek kata macam-macam ada..... siap tapau lagi ha ha ha...best kan? Itulah untungnya jumpa sekali sekala, layanan 1st class.

Ok... stop sini dulu ya... esok sambung lagi ... cerita bergambar :) ciao cin cau

~dariBMkeKK~

Thursday, July 26, 2007

Jaman dolu-dolu

Salam,

Inilah gambar masa aku tingkatan 3... aku yang sblh kiri ok... bergambar dengan kak CTK, teringat pulak kat dia, lost contact lepas habis sekolah... dia ni senior 2 tahun. Masa sekolah she's so cute... mesti makin dewasa makin cantik jelitakan? Harap-harap one fine day, dapat jumpa dia lagi :)




















Kalau YM dengan kenkawan pun...mesti dok bercerita perihal zaman-zaman sekolah... atau zaman-zaman masa beronggeng kat US dulu... ntah la... rindu sangat2 zaman-zaman kegemilangan tu... setaraf zaman kegemilangan Melak* gamaknya.

Tapi tak le nak bercerita pasal perkara/ benda pelik yang aku suka buat masa kecik2... macam Puan Apple @ LBN tu uiskkkk aku tak pelik so tadak le benda-benda pelik [sik cayak ka?]

Esok Jumaat... lusa Sabtu... yezzzarrrrrrrrrrr, now everyone can fly :)
Ok, cukuplah N3 seciput ni... renung-renungkan selamat beramal....


~dariBMkeKK~

Tuesday, July 24, 2007

@ IST

Salam,

Lega rasanya.... siap juga marking laporan praktikal budak2 ni... boleh la buat keja lain...

Ok nak cerita apa kali ni? hmmmmmmmmmmmmm

Sambung cerita IST la....

18/06/2007 - Flight IST sepatutnya pukul 3pm... (kena sampai lambat sebab kalau awal Puan Simah tadak kat rumah), masa check in diubah plak ke flight pukul 12pm... tak pe la layan je la... sampai IST awal sikit bleh pi cari bank nak tukar traveller's check. Akan tetapi.... masalah muncul... semua money changer kat airport tak terima kena la pi cari HSB* sebab kami beli kat situ... bincang sana sini... sewa kereta + driver, bawa kami ke HSB*... hampeh la... susahnya nak tukar... almost 1 hour kat situ sebab macam-macam dokumen dia fotostat... tapi tak pe... layannnn je sebab tadak apa-apa charge ke ke ke... syukurlah.

Sampai umah Puan Simah ngam-ngam 3pm, dia dah ada kat rumah. Alhamdulillah. Rehat sambil sembang-sembang... makan-makan... tengok TV lepas tu zzzZZZzzz...

19/06/2007 - Agenda berjalan-jalan IST, kami naik bas, bot dan tram.... semua jenis pengangkutan la... tapi seronok sebab boleh bersesak-sesak dengan manusia yang sangat ramai...dan manusia yang cantik-cantik. Di Grand B, tak la shopping sakan... cuma beli souvenirs sikit, dan beli baju sehelai. Tak la bershopping sakan sebab tadak beg extra nanti kena beli beg plak... lagi pun shopping tak masuk dalam agenda. 1 jam lebih dalam tu... gerak keluar, kami pi lepak area Blue Mosque, kebetulan dah masuk waktu Zohor, sempatlah solat kat situ... macam-macam stail orang Turk* pakai untuk solat... very fleksible, aku bawa telekung, jadinya memang depa tau la ini sah bukan orang Turk* dan yang sewaktu :)

Ada sekumpulan budak sekolah mai interview, aku layan je la...

Kami lepak makan, jalan-jalan... hari selasa Topkap* tak buka, jadinya kami masuk Tea Garden dan juga Muzium Hayaa Sophi* (tempat ni dicalonkan untuk the new 7 wonders, tapi tak berjaya) hmmm menakjubkan tak terkata sebab eiii macam mana la depa ni buat masjid yang berseni macam tu... kagum sangat-sangat

Lepas puas hati...bertolak balik ... ke mana? Ke rumah Puan Simah... disebabkan sudah dilukiskan peta dan nama tempat yang sepatutnya kami naik dan turun bas, tunjuk je kertas tu kat abang driver yang begitu cekap memandu bas... boleh bercakap kat telefon, sms, dan macam-macam lagi perbuatan sampingan masa memandu di jalan yang memang sesak banget.... isk isk isk...

Selamatlah kami sampai... seperti biasa Puan Simah memasak lagi dan lagi dan lagi... kenyangnya... sebab dia masak banyakkkkkkkkkk sangat :) Malam, lepas sembang-sembang, main-main dengan kanak-kanak ribena tu... tido la...

20/06/2007 - kami keluar puan Simah pun keluar gak... kali ni dah cekap dah, sebab dah tau berapa tambang dll... ingat nak naik bot tapi hmmm tapi tak pe la... pi Spice B, jalan sana sini... terserempak dengan orang M'sia tapi depa tak tegur kami, kami pun tak la tegur depa :). Masuk Topkap* yang besar sampai penatlah bergambar... keluar dari situ terus rasa lapar... hujan pulak, berlari-lari ke kedai makan. Hujan kejap je rupanya...sambung berjalan lagi, ada orang offer naik bot guna student rate... hmmm muka student rupanya kami ni, tapi dah penatlah, balik la... sampai rumah puan Simah dah keluar makan2 dengan makcik dia... kami pun makan la apa yang telah di masak oleh puan Simah (bagus tau Puan Simah....dia masak siap-siap walaupun dah cakap tak payah la...pandai-pandai la kami cari makan....) Malam tido awal...tapi dah packing siap-siap.

21/06/2007 - Berjalan-jalan ke pasar dekat rumah Puan Simah... beli la tudung 3 helai... rasa rugi plak tak beli banyak2 ke ke ke....tak pe, bleh pi lagi kan? Pukul 12 balik la... mandi, solat lepas tu ambik teksi ke airport... sblm tu salam-salam, peluk-peluk dengan Puan Simah dan kanak-kanak ribena ... sedih la pulak :( Sampai airport, check in, lepas tu tukarlah YTL ke USD banyak gak makcik kayoooooooo (sekejap je...)

Sampai Duba* tukar ke Dirham...ke ke ke hilanglah sebab sempat gak shopping. Ntah apa-apa punya mahak souvenir kat situ, benda seciput pun sepuluh Dirham isk isk isk ape ke hei....

Ok masa dah sampai....pulanglah ke pangkal jalan... dalam flight selama 6 jam tu aku dah tak berapa sihat... batuk-batuk dan pening-pening lalat, tido je la. Time makan bangun, lepas tu tido lagi...

22/06/2007 - Sampai KLIA dah malam... sempat beli maggie sebab lama sangat tunggu luggage... perut ni lapar balik. Sampai hotel kat PUJ tu mandi manda, solat dan lepas tu krohhhhhhhhhhhhhhhhh.... tapi bilik cantik la...hmmm harga pun cantik gak, abang bulat yang beria nak lepak situ... tak pe la anggaplah USD banyak lagi... sat lagi tak terguna plak, sayang je duit tu :)

23/06/2007 - Lepas breakfast... sambung tido (boleh ka...?), 12 check out... masa ni ada kak Mah Gali (kenal tak? Sarim*h Ibrahim), kat kaunter tu dengan husband dia... as usual abang bulat tak kenal.... bila dah masuk cab baru bagitau dia... boleh plak dia buat komen... tak cantik pun hmmmm tapi memang pun biasa-biasa je tak la nampak macam artis pun. Flight ke KK on time...

Dengan itu tamatlah perjalanan yang sungguh panjang.... +-x/ 2 minggu tinggalkan opis... isk isk isk

Ok itulah saja... penat tak baca? Kalau penat baguslah... ke ke ke ciao cin cau

p/s:
Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Simah dan Encik Halil yang sudi menaja penginapan kami di IST, dengan ucapan kenanglah daku dalam doamu :)insyaAllah panjang umur murah rezeki sampai lagi kami ke sana.
(ke ke ke....sure risau Simah baca ayat ni)

~dariBMkeKK~

Friday, July 20, 2007

Jumaat datang lagi....

Salam,

Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari dan juga hari yang memiliki nombor yang cantik... pelik juga pasai apa orang beria nak kawin masa 07072007... pada pendapat aku...hari ni lagi cantik... 20072007 lepas tu nikah pulak pada pukul 20.07 (8.07pm) kan cantik tu....

Hari ini hujan...tapi tak pe rezeki tu :) syukur Alhamdulillah.

Hari ini aku breakfast pukul 8.30am dan lunch pukul 12.30pm... nama je 12.30pm, sampai kedai dah dekat 1pm, makanan sampai pukul 1.30pm... lama menunggu. Tapi sabarkan separuh dari Iman... hasilnyaaaaaaa... mee bandung tu memang sedap... nyum nyum nyum

Hari ini ramai yang hantar laporan praktikal... sempatlah bagi markah untuk 3 orang... yang baki ni tunggulah minggu depan... hujung minggu tak jamin sangat... rasa lapaq laksa pulak... rasanya nak buat laksa... nyum nyum nyum lagi sekali.

Hari ini bermakna lagi 1 minggu aku nak pi Nil*i... untuk menilai kain-kain dan benda yang dijual kat Nil*i tu... yezzarrrrrr boleh beli kain buat baju raya ha ha ha... posa pun blom, dah berangan berbaju raya ihiksss... layannnnnn je la.


Hari ini aku dah OK, mungkin sebab tak berjumpa dengan mereka yang tak berkenaan. Kalau jumpa tak tau nak reaksi macam mana... tapi biasanya aku selamba je... habis sangat senyum... bukan ke senyuman tu satu sedekah... dapat pahala :)

Hari ini aku tersangatlah mengantuknya... tolong tolong... dah berjalan ke sana sini, dah pi pejabat am dua tiga kali... nak pi selalu pun maleh juga, maleh kalau terjumpa sesapa yang tak berkenaan.


Hari ini aku ambik gambar untuk carta organisasi... ke ke ke...jangan jeles jurufoto bagi kredit... kata dia, very natural hmmm apa maknanya tu.... aku anggap dia kata natural beauty je kwang kwang kwang......muntah le kalau rajin nak cuci papan kekunci tu.

Hari ini ntah apa-apa aku mulakan semua ayat dengan 'hari ini'....ok ciao cin cau. Selamat ber'weekend' :)

~dariBMkeKK~

Thursday, July 19, 2007

Bosan...dan kasihan...

Salam,

Makin hari makin bosan keja, kena take a break ... giatkan usaha untuk cau cin cau for a while... 3 - 4 years, dengan harapan selepas tu keadaan jadi berbeza... berbeza yang bertambah baik bukan bertambah kronik.

Susah kalau ada 'individu' yang diberikan tanggungjawab, yang cuma memikirkan untuk 'cuci tangan', semua keputusan kalau boleh bukan dari pandangan sendiri agar boleh dikaitkan dengan nama si polan si polan yang memberi cadangan... susahkan?
Itulah hakikatnya... kalau kita diam besar kemungkinan dipijak-pijak, kalau kita menyoal dikatakan memberontak, apa lagi kalau mempersoalkan sesuatu... pengganas???

Nampak makin ramai 'lalang' muncul kembali... janganlah macam tu wahai saudaraku, hidup mesti berpendirian, ingatlah jawatan hakiki masing-masing... pangkat yang diberi hanyalah pinjaman semata-mata cukup haul perlu dikembalikan dan diserahkan kepada mereka yang lain pula.

Cubalah bayangkan kalau bakal penerima nanti merupakan individu yang pernah kita cuba / telah kita pijak semasa kita berkuasa... hmmm renung-renungkan...
Untuk sahabat yang teraniaya... tabahkan hati.

Untuk diri sendiri...tenangkan hati, bukan pertama kali berhadapan dengan isu sebegini, alah bisa tegal biasa.

Untuk rakan-rakan lain... renung-renungkan dan muhasabah diri, mana yang baik dituruti, mana yang kurang, diteliti sebelum dituruti.

Ingatlah...hidup ini umpama roda...kejap di atas... entah-entah selama-lama di bawah. Bersyukurlah semasa berada di atas... dan redha dan perbaiki kelemahan diri apabila berada di bawah.
Apa-apa pun aku bersyukur kepadaMu Allah swt kerana sentiasa memberikan kekuatan kepada diri ini untuk menghadapi segala dugaan. Walaupun pada sesetengah orang 'small matter' tapi pada aku... benda kecil yang perlu ditangani...bila dah membesar makin payah dan ditakuti akan menjadi barah.
Sekian adanya.
~dariBMkeKK~

Monday, July 16, 2007

Tau tak pe....

Salam,

Hujung minggu yang penuh dengan acara makan-makan :) bestttttttttttttttt!!!
Sabtu - bangun awal... sebab nak ke pasar, singgah breakfast dulu, isi perut dengan roti telur bawang + teh tarik... abang bulat dah makan mee goreng. Pasar pun tak banyak ikan... maklumlah cuaca kurang baik... laut begelora tidak selamat kepada bot-bot kecil :)

Beli ikan, ketam dan sayur, dan bunga kantan + daun kesum (macam nak buat laksa je ni...) tetiba... ada jemputan golf. He he he... abang bulat beli roti dan makan roti je, aku kenyang lagi...malam je la masak.

Petang ajak Mar*a pi beli durian... sebiji setengah makan, baki tu buat pengat. Nanti pi cari roti.

Malam buat ketam masak kicap, kacang buncis, dan acar limau (mak aku bagi) hmmm habislah nasi 2 pot... isk isk isk....

Ahad - Hari ni ada orang nak bakar ikan... aku masak sayur masak lemak pucuk paku, air asam untuk dicicah dengan ikan bakar tu... bakar ketam sekor... hah, jemput makan jangan malu-malu...
Lepas makan keluar pi ambik Na, di mai iring MB mesyuarat kat Tawa* dan LD, bawa pi pasar ikan kering... tolong belikan ikan, udang dll... biasalah nak tolong tawar menawar ON je... ke ke ke pening kepala budak yang jual tu... bawa pi pantai Tg Ar*, minum ABC yang kurenggg sedap... abang bulat minum jus nenas yang nampak kaw kaw... tapi tak berani nak minum... Na makan nasi goreng seafood.

4pm hantar dia ke airport.... kami singgah WM urut kaki.... tapi sebenarnya dua-dua tido... ke ke ke...tak la rasa sakit sangat.

Sampai rumah dah dekat 6pm... kejar Asar, lepas Maghrib ada kawan mai rumah hantar pekasam, ehhhh kena makan nasi le kan? Nasi t'hari banyak lagi.... panaskan, goreng pekasam, ada acar limau... hah...makan jangan malu-malu... kenyangnya... siap ada dessert pengat durian dan buah betik... sakan sakan... terus rasa berdosa sebab makan banyak, niat puasa sunat.

Pagi tadi bangun pukul 4am, sahur roti cicah pengat durian + milo panas... hujan pulak tu pagi tadi... wah berselera bersahur ke ke ke... jadinya hari ini kami dua orang pun berpuasa insyaAllah.

Hmmm apa kaitan tajuk dengan N3? Kalau makan banyak...sila la berpuasa... tau tak pe!!!

OK bye ........

~dariBMkeKK~

Friday, July 13, 2007

Semester 1, 2 Kosong Kosong 7/ 8

Salam,

Ehhh dah start semester baru? Iye....semester ni seperti biasa aku kena ngajar kelas yang besarrrrr lagi...malas la nak bising2... ngadu kat sini je la. Tapi tak pe ambik yang positif...sebab aku tak payah sibuk-sibuk buat nota dll... update nota kuliah lepas je :) kan relax tu...

Boring juga kenkadang ajar students ramai2... sebab susah nak berinteraksi... kalau nak minta pendapat ke apa ke...cakap punyalah slow, nak sekeh-sekeh je kepala depa ni. Boleh tak cakap kuat macammmmmmmmmmmm aku ke ke ke...

Hari ni ada kawan mai dari KL...insyaAllah petang nak pi jumpa dia. Kalau dia free malam ni bawa kuar makan2... best gak. Harap-harap anak kakak aku dpt la rayuan masuk sini... kalau abang bulat pi KL boleh import dia lepak umah. Yang lagi best dia rajin kemas rumah dan pandai masak... ha ha ha....tanduk sudah keluar...

Pejam celik pejam celik dah pertengahan bulan Julai... tak lama lagi bulan Ogos... alih-alih dah habis 2007...eiii cepatnya masa begerak. Ehhh macam ada je hutang tagged dengan Syikin @ Kak Long kan? Sorry la Syikin, tak sempat nak buat... kalau tak sempat juga minta halal ye :)

Macam kering ide nak memblog... baca blog pun macam dah tak berapa ada masa... kadang tu masuk je jengok kejap... speed reading la kekonon, tapi kalau ditanya apa yang dibaca hampeh tak bleh jawab. Tapi tak pe...bukan la masuk exam pun, hmmm macam mana le kalau kena ambik apa-apa exam... tal laratkan nak study, nak faham dan nak hafal sesetengah benda tu ke ke ke... otak dah karat kot. Mujurlah kalau diminta ngajar aku ok je... sebab boleh pulak tu faham walaupun baca sekejap je, agaknya psikologi kot... kalau nak exam secara auto kita akan jadi gabra... walaupun sebenarnya kita boleh je...macam Malaysia Boleh....... (apa kena mengena ni???)

Oklah...sblm merepek meraban sampai tahap Gaban...baiklah berhenti dulu... bye all :) Have a nice weekend....

~dariBMkeKK~

Friday, July 06, 2007

Maka berakhirlah hari-hari gumbira...

Salam,

Mulai minggu depan...ramailah kampus ni...budak baru + budak lama perghhhh fenin fenin... tapi tak pe aku tak kena ngajar budak baru... kalau tidak lagi haru. Ngajar budak minor (dari sekolah/fakulti lain) at least senang nak handle.

Dah habis la citer Turk*, tak best citer tanpa letak gambar... masalahnya payah bebenor nak upload gambar... eiii mencabar jiwa raga sungguh.

Hari ni lunch kat seafood rest. memang makan sakan... aku, M dan H, beria kami makan ikan masak stim ala nyonya, udang goreng dan sayur campur...ehhh ada sup ketam (tak la makan sangat pun, sup ada kureeenggg sikit) + nasi 3 + air = RM80++ murah la pulokkkkk... biasa kalau makan kat seafood rest. kat bandar RM100++ la... boleh pi lagi lain kali :)

Lif bangunan ni rosak... maka beriadah la kami naik turun tangga... tapi anggaplah senaman ringan, kalau tidak memang tak bersenam la... bagus juga tu kan? (positif la kekonon...)

Dah pukul 5pm... jap lagi nak balik tapi kenalah solat asar dulu, ngantuk ni... hari ni siap laporan lepas persidangan, siap buat salinan dokumen untuk keluarkan KW*P... bagus sungguh efisyen juga aku ni (ke ke ke puji le diri sendiri...).

Oklah..cukuplah update cenonet ni...tadak ide plak, chalo.

~dariBMkeKK~

Wednesday, July 04, 2007

Dari Cesm* ke IST...


Gambar 1: Ke ke ke ni gambar yang telah ditapis.... abang bulat dok berenang-renang ke tepian... terpaksa pakai spek gelap sebab dia tak nampak la... sat lagi berenang jauh sangat plak dari bot haru pulak. Aku terjun kejap je sebab sejuk la air dia... jadi camera girl je la...




Gambar 2: Pemandangan dari atas bot dari Kadik*y ke Emin*nu... ke ke ke seronok naik bot ni bersesak-sesak dengan orang nak pi keja dan balik keja... menyibukkan diri. Pagi-pagi tengok orang breakfast teh + roti... kebab tak masak lagi masa tu, petang baru nampak orang makan kebab + jus nyum nyum nyum...










Gambar 3: Grand Bazaar, kalau bawa RM banyak2 memang sesuailah lepak lama-lama. Tapi kalau bawa ala kadar je (macam aku....) lepak kejap pun dah ok ... rambang mata tengok barang-barang...bahaya weh...bahaya wa cakap lu. Potensi untuk jumpa M'sia memang besarlah... sebab ni kawasan tumpuan... orang menjual pun tau kita ni M'sian... ke ke ke







Gambar 4: Blue Mosque.... cantikkan dalam masjid ni? Teruja tengok ukiran-ukiran dan khat yang sangat cantik tu. Bayangkan zaman dulu2 manusia dah mampu nak bina masjid yang besar dan cantik macam ni... kelengkapan macam mana yang depa guna? Ataupun orang zaman tu saiz besar...atau guna jin? hmmm renung-renungkan...dan selamat beramal (ke ke ke)








Gambar 5 : Salad tomato yang sangat sedap...nyum nyum. Simah sure tau nak buat salad ni... kami makan salad ni kat kedai dekat rumah Simah ke ke ke... sajalah bersiar-siar sebelum balik rumah... dah sampai rumah pengsan je. Penat berjalan sakan :)





Gambar 6: Adana Kebab....makan dengan cili hijau bakar tu memang kaw kaw. Tapi kalau kat M'sia ni Kyros Kebab pun sedap gak...









Oklah... ini lah sebahagian lagi koleksi gambar-gambar... ada masa masukkan lagi nanti untuk sementara waktu layannnnnnnnnnnnnnnnn!!!

~dariBMkeKK~

Tuesday, July 03, 2007

Dari KK ke Cesm*

Salam,

Ini sebahagian gambar2 masa kat Cesm*, Izm*r...

Gambar 1: Inilah rupa breakfast kami selama 3 hari ke ke ke... tapi makan je la alas perut :)



Gambar 2: Hah...inilah banner conf. yang aku pi...


Gambar 3: Abang bulat dok kagum tengok patung (or singa kat sebelah tu?)




Gambar 4: Pemandangan Cesm* dari atas istana merangkap muzium....cantik sangat...


Gambar 5: Sedap ikan ni... makanan atas bot masa 'island hopping'




Gambar 6: Kami main order je makanan ni... mujurlah sedap... tapi memang orang turk* ni suka makan daun-daun....(salad la...) yang pasti tomato sangat sedap... Perasan tak ada ikan sardin tu... rasa dia masin2... macam ikan pekasam... tapi makan mentah sedap juga tu... makan dengan salad terung yang pedas2 manja....(tak pedas pun tapi cara tokey tu cakap macam pedas sangat...)



Okey....nanti sambung lagi nak balik dah babai...
~dariBMkeKK~

Friday, June 29, 2007

Hari Keluarga @ Selesa Hillhom*s

Salam,

Ok ini gambar-gambar sepanjang Family Gathering kami... ada gambar masa B-B-Q, masa telematches dan masa berseronok di Bkt Tinggi...secara keseluruhannya meriah dan menggembirakan... tak sangka berjalan lancar...insyaAllah akan diteruskan sama ada anual event atau pun tengoklah mana yang sempat. Apa-apa pun bukan aku la penganjur... bagi orang lain pulak... ke ke ke

Punyalah susahnya nak masukkan gambar... sabar sajalah...grrrr...

Ingatkan nak ikut susunan...memandangkan proses memasukkan gambar pun susah... malas nak edit lagi, so silalah tengok... dan hayatilah kwang kwang kwang....



Game: Kasut gergasi... ni kumpulan 'sihat' tengoklah orang depan dan belakang ihiks...


Game: Isi air dalam botol guna tempurung ada 3 lubang... tuan empunya blog la tu...

Ini rupa VVIP majlis... dok bersembang atau dok pening sebab anak menantu dan cucu cicit bising sangat masa malam B-B-Q




Game: Bawa belon...









Tadaaaaaaaaaaaa.... inilah gambar VVIP masa zaman dolu-dolu...
[kat banner tu ada kesilapan ejaan tempat... kakak aku le tu... pandai lebih, orang kata Selesa Hillhom*s dia pandai-pandai ubah grrrrrrrrrrr....]

Okeylah... itulah sahaja... kalau ada masa akan dimasukkan lagi gambar-gambar lain... cau cin cau :)
~dariBMkeKK~

Thursday, June 28, 2007

dari KK ke Turk*

Salam,

As promised ini citer masa kat conf. dan masa berjalan-jalan sakan...

13/06 - petang bertolak dari KK... tak la excited cuba-cuba kontrol sebab nak jalan jauh-jauh tak baik over excited kan kan kan... rupa-rupanya memang patut pun tak excited sangat sebabnya... kami sudah silap tengok tarikh tiket ke IST la... kwang kwang kwang 13/06 jam 12.05am... ha ha ha...flight sudah jalan daaaaaaaaaa... oleh sebab salah sendiri melayanglah RM200/- kwang kwang kwang layannnnnnnnnnnnn.... apa-apa pun makanan dlm Emirates memang sedap dan banyak... dan tambang pun lebih murah.

Sampai Dub*i lepak tido sana sini... mujurlah airport besaq dan banyak port sambil berdebar-debar sebab kami sudah diletakkan kat waiting list isk isk isk...sabaq saja la... alhamdulillah flight tak penuh, dapatlah naik...kalu tidak tak pi dah IST, sampai Dub*i je... makan angin kat situ je ahaks....

14/06 - sampai IST, beli tiket ke Izm*r... 1 jam lagi dalam flight. Yang bagusnya Turk*sh A'lines ni, sejam pun ada makan... oklah walaupun bagi salad je, dapatlah isi perut. Sampai Izm*r ambik teksi plak... 1 jam ha ha ha... tapi dah penat sangat tak la nak tengok pemandangan malam pun. Pakcik teksi bawa laju sungguh...seriau tapi memang orang sana bawa kereta laju kot. Tapi bab paling seriau bila kena tahan dengan polis siap minta pasport lagi chisss... ingat PTI ka? Apa-apa pun selamat sampai kat hotel murah tu mandi, solat dan krohhhh....

15/06 - pagi-pagi breakfast ala Turk* ke ke ke penuh dengan buah zaitun, ada zaitun masam-masam, ada zaitun berempah... jem beraneka jenis... dan telur rebus dilupa jangan. Bolehlah nak isi perut. Ber'conference' lepas tu jumpalah Simah and the gang... sakan depa ni... mandi laut berjam-jam... tak mandi laut mandi kolam...Depa bawa keluar, pi makan Iskander Kebab yang wallaaaa...sedapnya dan banyak... terima kasih sebab belanja kami :)

Sblm tu abang bulat dengan Halil pi solat Jumaat kat masjid Cesm*... aku dengan Simah dan anak2 dia jalan-jalan cari farmasi ha ha ha hero kecik sudah mengelupas badan sebab lama sangat berjemur... sesi pembentangan pukul 4.10pm - 6.30pm. Pembentangan OK... tapi yang tak bagus tu ada ka presenter blah je lepas present... sepatutnya duduk la sampai habis sesi... dah la sesi aku last sekali, adalah 8 orang kot. Tak kisahlah tu asalkan objektif tercapai dan Q&A berjalan lancar. Alhamdulillah!!!

Balik hotel...rehat kejap, lepas tu jalan-jalan Cesm* sambil berposing ha ha ha...agaknya tak pernah orang situ tengok orang Malaya... memang macam-macam la depa teka... dari Arab, dari India... kwang kwang kwang...tadak plak teka dari China.

Bawa Simah pi bilik ambik rice cooker made in KK ... lega sebab dah dapat serahkan barang yang dipesan... opsss lupa maggie mee dilupa jangan ke ke ke... dan minyak rambut Hatice. Tapi masih seriau sebab tak tau rice cooker tu masih OK atau tidak...sebabnya masa bungkus tu memang cantik je ada la bentuk 4 segi... bila ambik kat IST dah herot bengot bungkusan... mujurlah kami dah bungkus dengan plastik kat KLIA... kalau tidak tak taulah apa jadi.

Malam tu kami makan Maggie dalam cawan pelik mamat waitress Turk* tu tengok, isk haru juga depa ni tak pernah tengok ka makanan segera macam tu? Tapi sure depa kata kami ni kedekut sebab bawa makanan sendiri jimat sungguh... apa-apa la asalkan kenyang :)

16/06 - hari ke-2 conf. pi dengar orang present je... sambil jumpa orang itu ini tukar-tukar business card... jangan lupa ambik gambar lagi... petang jalan-jalan Cesm*, masuk muzium, castle dll... booking untuk boat tour dan mencuba ikan macarel yang sungguh yummy... petang baru balik bilik. Kekonon nak berenang ke tepian... tapikan... sejuknya air kolam dia... tak boleh nak berlama-lama... luckily tak kena sound sebab aku masuk swimming pool pakai baju skuba dan siap pakai t-shirt lagi ke ke ke...layannnnnnnn....

Malam kami makan kat hotel la...saja nak try, oklah juga.

17/06 - boat tour. Pergi 3 pulau... bila sampai setiap pulau boat berhenti dan semua terjunnn... Aegean Sea... yang bebst tu air laut tu sungguh biru dan sejukkkkkkkkkkkkkkk... terketar-ketar bila naik... tapi kejap saja dah kering sebab panas. Memanglah sakan orang Turk*, yang pompuan memang berbikini la... maka aku yang lain sikit sebab pakai bertutup ha ha ha... tadak hal la... bukan nak jumpa depa lagi ... Lama atas boat tu... dari pukul 11am - 6pm. On the way back, singgah beli kebab... sedappp... makan makan dan makan. Ada extra maggie... kami bagi kat waiter hotel tu.

18/06 - pagi ke Izm*r, flight Izm*r - IST pukul 3pm, tapi masa check-in dapat diawalkan... kwang kwang kwang oklah..sebab nak cari HSBC nak cash traveller's check... rupanya menjadi satu masalah besar nak cashkan check tu... bank tak Turk* tak terima dan yang terima pun banyak sungguh prosedur moralnya bawa la cash tak kisah dalam apa-apa currency. Masa kat Cesm* pun cuma 1 bank je yang terima...itu pun prosedur yang banyak dan ambik masa yang agak lama... apa-apa pun pengalaman semua tu. Layannnnnnnnnnn....

Tengahari sampai Istanb*l... oklah citer Istanb*l akan disambung nanti tadaaaaaaaaaaaaaaa.....

*to be continued*

Monday, June 25, 2007

Eh! Lamanya ....

Salam,

:) apa citer? Aku OK je...sori la kat sesapa yang masuk sini tapi tak berubah isi kandungan... sebenarnya kenkawan...tuan empunya blog ni bercuti sakan... 2 minggu di BM dan 2 minggu di Turki. Isk isk isk... lama sungguhkan?

Memang kali ni puaslah bercuti-cuti M'sia dan cuti-cuti luar M'sia...ke ke ke

Dua-dua percutian bestttt!!! Family gathering @ Seles* Hillhomes seronok sangat-sangat... menjadilah kiranya plan aku... kami ber'telematch' tapi mak dengan abah jadi pemerhati je... sebab depa pun penat balik umrah tak habis lagi masa tu. Anak, menantu, cucu dan cicit je berlari sakan lawak sungguh...kami ber b-b-q tepi swimming pool, bermandi manda dll... memang happening campur pening la...mujurlah kanak-kanak ribena tu tak buat perangai... agaknya sebab seronok berjalan kot tak berani depa nak buat perangai tak tentu hala.

Secara ringkasnya tentatif majlis macam ni:

27/5 - checked in, petang tu berenang-renang... malam ber b-b-q + cabutan bertuah. Ada cucu yang baca sajak...menyanyi berduet... yang lelain tukang sorak je (termasuk aku ke ke ke)


28/5 - telematch, ini yang paling best...semua dah lama tak bersukan...lenguh segala sendi...tapi yang pelik tu kanak-kanak ribena tu pun lenguh gak...ehhh bukan ke depa tu ada kelas jasmani? Petang pi Bkt Tinggi tengok2 bangunan yang cantik2 ala Perancis tu...lepas tu kami sempat ronda pekan Bent*ng. Hujan renyai2...tak la membeli dan membelah...sebab ada kanak-kanak ribena yang tido keletihan


29/5 - kanak-kanak ribena mandi manda lagi... kami kemas rumah dll...plan nak singgah genting tak jadi sebab mak dengan abah dah tak sabar nak balik ke ke ke.... tido kat Kajang lepas makan satey samuri kenyangggggggggggg!!!


30/5 - flight KLIA - PEN


31/5 - 10/6 lepak kat rumah je...sekali sekala keluar jumpa kawan-kawan. Oh ada sekali tu hantar abang bulat pi golf kat cinta sayang golf & country resort... aku lepak umah kakak je malas nak join. Lepak umah lagi bagus sebab banyak makanan ke ke ke...

Abah demam teruk juga, agaknya perubahan cuaca kot... jarang la dia nak tido je, tapi dua tiga hari la jugak dia tido je... makan pun sikit je. Tapi lepas pi ambik ubat OK dah.

Balik KK sempat la sapu sampah...kemas-kemas sikit... 13/6 terbang lagi ke ke ke... kiranya bulan 6 ni KK ni macam istana hinggap je ... jiran pun pelik sakan depa ni berjalan. Tak pernah pun bagitau depa nak pi Turki tu sebab takut tak dapat... seminggu sblm pi baru dapat kelulusan...yezzarrrrrrrr.

Ok bye....

~dariBMkeKK~

Friday, May 18, 2007

Sunyi dan sepi...

Salam,

Musim cuti semester ni sunyi pulak dalam kampus, kereta pun sikit pulak kat parking lot tu... isk isk isk ... boring la pulak. Nak tido pun tak ngantuk :)

Oklah...esok malam dah last AF5 tu...apa-apa pun harap sangat Mila yang menang, jgn la mamak opsss mamat line clear tu, memang la ada suara tapi kalau setakat suara iras-iras Maw* tak payah la...sebab dah ada sorang cukuplah...lagipun bukan senang nak lawan Maw* skrg ni kan zaman dia...macam masa Siti dulu la...ramai yang tak suka...at the same time ramai juga yang suka...lama-lama yang tak suka pun jadi suka juga...ehhh melalut plak. chup chup chup... balik ke pangkal jalan.

Tadi lunch Laksam, ok juga Laksam kat kedai tu, tak selera nak makan nasi sebab breakfast dah pekena nasi lemak sebungkus. Kalau tunggu presentation sampai habis tadi bleh juga pekena bihun, tapi masa tu kenyang lagi. Ehhh citer bab makan je chup chup chup...

Ada sorang kawan aku... dia nak berhenti keja, nak dijadikan cerita dia hantar surat letak jawatan... selang dua tiga hari dia dapat surat pengesahan jawatan... hmmm dalam dilema la dia sekarang ni. Kesian la pulokkkk [intonasi iklan Lasind*h Cafe...]

Pssttt ada orang bagi maklumat...rumah kami tu akan diberikan sijil layak untuk diduduki mungkin hujung bulan atau awal bulan depan Alhamdulillah...apa-apa pun maknanya bulan 7 atau 8 la baru bleh masuk...nak buat grill lagi kalau tadak grill ada berani mau duduk iskkk tarak la...bahaya kepada bot bot kecil.

Okay...selamat berhujung minggu ye...have a nice one :) jumpa minggu depan ciao cin cau.

~dariBMkeKK~


Wednesday, May 16, 2007

*smile*

Salam,

Gumbira sungguh rasa di hati...kerja sudah selesai...boleh la bersenang-senang sekejap sebelum menyibukkan diri lagi...seronok tau keja macam aku ni.
Tiba-tiba.....

**balik balik sms, balik balik sms tadak keja lain ka**

KPT Malaysia umum 10 ribu lectrer naik gaji. Lectrer univ baru 10% manakala
U lain dpt 20%. Tutor dpt jgk 1%, pensyarah yang tekan2 hp ni dpt msj
saja....Slmt hari guru...

Ke ke ke....chisssss terkena rupanya...tapi disebabkan nak memastikan kenkawan lain juga kena...aku fwd la sms ni kwang kwang kwang....sabaq saja la...apa-apa pun relax...(atau real X?) insyaAllah ada rezeki naiklah gaji, kalau tidak pun apa bleh buat terimalah seadanya :)

Penat sungguh dua tiga hari ni... lepas Isyak tu memang nak kroh-kroh je la... tapi, dok nganga juga diari tu... lagipun dah minggu terakhir layan je la... lepas ni ntah ada ntah tadak lagi. Aku suka plak tengok Mil* tu... itu barulah kecik-kecik cili padi...paling sempoi bila dia kata nak jumpa Zan* nak ucapkan TQ sebab minah tu tarik diri awal2...ha ha ha tau tak pa...

Yezzarrrrr minggu depan balik kampung bestnya...

Dah plan macam-macam, jangan jadi macam selalu dah la...plan beria-ia tapi satu dua je yang dapat buat... biasalah, banyak hal-hal lain yang muncul.

Kesian abang bulat...dia tak dapat wakil U untuk golf intervarsity bulan depan... beria training, yang tak pi training plak masuk...chisss memang politik apa ntah, tak pa la bukan rezeki. Main sendiri-sendiri la...yang potong line tu adalah bahagian dia juga.

Ok takat ni je idea yang ada...ciao cin cau.

~dariBMkeKK~













Saturday, May 12, 2007

1 dalam 1K

Salam,

Minta maaf la macam berkurang je N3, maklumlah sibuk setahun sekali... lepas ni boleh la kerap buat N3 sebab dah tak sibuk lagi yezzarrrrrr...

Ini ulasan peribadi tuan empunya blog pasal album kat bawah ni:




Artis: Maw* @ Budak Botak Jutawan @ Raja SMS

Album: 1 dalam 1K



1 dalam 1K, pada pendapat tuan empunya blog, merupakan antara album yang terbaik yang sedang berada di pasaran. Abaikan segala berita sensasi yang berkaitan dengan penyanyinya. Album ini menyerlahkan bakat nyanyian budak botak... seterusnya menjadi platform untuk anak felda ini memantapkan lagi kedudukan beliau sebagai antara penyanyi kelas A di negara kita.


Kehebatan tenaga produksi (M. Nas*r, Aj*i, Yass*n dll), memang tidak dapat disangkal...akan tetapi kita masih perlu memberikan kredit kepada penyanyi kerana banyak kes sebelum ini di mana album yang dihasilkan oleh tenaga produksi kelas A tetapi dinyanyikan oleh artis kelas B, hasilnya hanya mampu berada di kelas B+ atau B sahaja. Dalam kes album 1 dalam 1K ini...beruntunglah kepada semua pihak yang terbabit kerana tenaga produksi kelas A (+) penyanyi kelas A (=) Album A+

Pada pendengaran tuan empunya blog...nyanyian dalam album ini Maw* lebih ikhlas dan bersahaja. Persembahan ringkas walaupun mesej lagu lebih berat. Dengan ertikata lain...album 1 dalam 1K ini berbaloi untuk dimiliki (perlu dimiliki oleh penyokong Maw*)


10 lagu yang menjadi percaturan Maw* dan tenaga produksi 1 dalam 1K untuk AIM 2008


1. Mungkin langitmu lebih biru


2. Angan dan sedar

Mohon selembar harapan, Buatku sedang rawan, Biarpun sekadar cuma senyuman, Ikhlas kau pujaan, Mohon sesaat berangan, Buatku meleraikan, Apapun hiba dan tangisan, Menawan segala perasaan, Mohon secebis harapan, Jangan ku dilupakan, Dalam lipatan kenangan, Pencipta dikau dipersimpangan, Aku sedar, Siapa diriku, Aku dah tahu, Siapa aku, Aku sedar, Dan merasa malu, Aku sangatlah malu, Berterima kasih (sungguh), Langsung tak pernah marah walaupun sekali, Seakan memahami, Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa, Menjaga maruahku, Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci, Pada diriku ini, Buatku tak pernah akan pernah menyesal, Menagih cintamu biarku membelai (rindu) *Lalala* aku rela merindumu.


3. Tercipta untukku


4. Demi dia


5. Cinta Zulaikha

Pejam mata bayangkan cinta, Satu cahaya terindah, Dari jiwa, Terang jiwa, Kekasih ku kau ku puja, Menjelma di langit musim berduka lara, Terpinggir sepi hampir putus asa, Melayar hari kelam yang tak bermaya, Dan makna, Hendak ku luahkan, Takut makanlah diri, Hendak ku simpankan meracuni hati, Hendak ku jeritkan, Takut malu sendiri, Hendak ku diamkan, Kau takkan mengerti. Biar susah bagai cinta Zulaikha, Cinta dalam mimpi jadi nyata, Biar pahit manis juga terasa, Hari ini hampa, Esok gembira


6. Satu dalam seribu


7. InsyaAllah


Terciptalah lagu ini, Untuk kita dari laut, Bergelora dan mengundang bencana, Oooo andai kata bumi ini, Tak berdaya tak tertanggung, Beban dusta gundah gulana meledaklah... Di mana kau yang ku cipta, Dalam hati mungkin mimpi, Kau di mana dalam jiwa, Sanubari sedang mengunciku, Dengan hakiki cinta sejati, Hanyutlah aku di lautan rindu, Redhakah kita dengan bencana, Dapatkah kita mengatasinya, InsyaAllah..InsyaAllah...Jawabnya


8. Ya Salaam


9. Hanya untukmu


10. Ujian buatmu - Sahabat yang ada



Sekian adanya ciao cin cau... jangan muntah kat sini kalau tak suka...pi muntah jejauh ke ke ke, layannnnnnnnnnnnnnnnn!!!


~dariBMkeKK~

Tuesday, May 08, 2007

Happy belated b'day :)


Salam,

Isk boleh ke lupa nak wish b'day sendiri ke ke ke... itulah aku, sebenarnya 3 Mei hari tu b'day aku... tak la sambut besar besaran pun...kecil kecilan je. Malam tu pi dinner kat 'Resepi Rahsia' dengan abang bulat... malam tu dia bagi rantai tangan... TQ TQ... plan asalnya nak keluar pi beli kek nak letak kat pejabat am, dok kalut-kalut hilang ingatan plak... balik opis baru pi beli, hari Jumaat baru la buat kenduri sikit.

Itulah saja...ceritanya ok bye :)

~dariBMkeKK~


Oh oh oh....

Salam,
Minta maaf la ye kalau ada yang mai sini kosong je rumah ni... tuan rumah busy sikit...tapi dah stabil :) yezzarrrrr...

Kelas pun dah habis...kampus pun dah sunyi...seronok wa cakap lu :) Pak Lah pulak announced pasal kenaikan gaji perghhh Alhamdulillah rezeki tu :) naik gaji tingkatkan prestasi kan kan kan...

Yang gempak minggu ni ni Raja Nazr*n nak kawin dah... memang dah sampai seru la tu... baguslah. Mudah-mudahan sekufu. Yang lagi gempak...(aku suka sebenarnya...) Daf* dah voted out ke ke ke sepatutnya minggu2 awal lagi...tapi kebal sebab muka comel sangat, rasa macam tak payah ada yang keluar je....semua ada kat final pun bagus juga :(

Hujung bulan balik kampung...yey yey...seronok sebab lama juga tak balik, insyaAllah kalau jadi bulan 7 nak balik lagi ha ha ha...

Lapaq ni...tadi makan nasi goreng ala thai...rasa ok tapi macam lain pulak rupanya...tukang masak lain kot. Harap2 sat lagi abang bulat telefon sblm dia balik rumah... dia pi main golf, nak ajak pi makan lapaq la pulak. Kenkawan ramai yang berkursus P*K, aku dah lepas...bolehlah relax, ha ha ha kesian depa kursus kali ni leceh sikit pembentangan ada 3 panel...kami dulu sorang je, sempoi pulak tu. Rezeki la aku dan kenkawan la :)

Oklah...stop dulu tadak idea...nanti2 sambung lagi ok babai

~dariBMkeKK~

Wednesday, April 25, 2007

Nyaman....

Salam,

Nak tau kat sini cuaca sungguh nyaman sekali... hujan sikit-sikit...angin laut pun sepoi-sepoi bahasa...memang sesuai untuk bersantai :)
Hari ni sungguh produktif, siap masukkan data dlm sistem, siap coding itu ini...insyaAllah hajat hati nak berjalan bulan 6 nanti tercapai hendaknya amin!!!

Sempat lompat ke blog sana sini... yang tinggal jejak 2,3 blog je sebab yang lelain tu baca je... nak komen pun rasa tak layak je nak komen... tambah2 kalau cerita pasal marriage life... nak nasihat apa, aku pun baru je kawin... lain la kalau dah 5 years ++ MUNGKIN aku akan tinggalkan komen...tapi MUNGKIN je... entah-entah masa tu aku akan terfikir... baru 5 tahun tak sampai 10 tahun lagi...maknanya sampai ke sudah le aku takkan komen (kui kui kui...) isk apa punya N3 ni... layannnnnnnn je la OK.

Pi blog sana sini dapat baca macam-macam cerita... ada yang seronok ada yang sedih ada yang so so (macam isi blog aku la...) yang sedih tu terasa nak kkomen...tapi bila tengok komen orang lain macam bagus je...terasa isk..sat lagi silap tafsir plak dengan komen sempoi aku kes haru pulak. Ambik jalan mudah baca dan tolong doakan dalam hati agar selesailah masalah tuan empunya blog tu. Sambil berdoa agar tak terjadi dengan diri sendiri...sebab tak tau darjah kekebalan diri kita untuk facing the situations.

Rasanya kenkawan pun ada perasaan yang sama dengan aku...(atau aku je yang pelik sikit ke ke ke), nak komen tapi tak terkomen...

Esok cutikan? Bestnya...boleh tido lama sikit...(ke ke ke)

Tido makan tido makan...ha ha ha maaflah ye itu salah satu hobi tuan empunya blog.
Ehhh jangan lupa tengok Istiadat Pertabalan esok... 5 tahun sekali tu. Muda pulak tu Agong ke-13 ni...mudah-mudahan negara kita aman dan makmur sentiasa
'Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku'

Oklah...cukuplah sampai kat sini...selamat bercuti dan beramal...renung-renungkan....(ikut stail prof Izi kat H*tFM ok)


Bye...


~dariBMkeKK~

Friday, April 20, 2007

Yippieeeee

Salam,

Khamis:

Seronoknya... dah siap marking dan grading...lengkaplah sudah silibus untuk semester ni... Alhamdulillah :)

Ke ke ke... sekarang ni seminggu sekali atau dua kali je dapat update N3... kekonon busy la tapi memang busy pun. Harap-harap esok siaplah semua urusan untuk semester ni sebab nak start key in data minggu depan dan siapkan paper untuk conference...kwang kwang kwang senang je nak siapkan paper kalau ada data, yang jadi masalah sekarang ni data blom diproses...isk isk isk sempoi sungguh aku buat keja...hasilnya??? Tungguuuuuuuuuu!!!

Jumaat:

Ok...dah siap soalan xm utk program luar kampus... rezeki ni bukan selalu mai...kalau sempat claim, sempat dapat sblm pi Turk* bagus juga tu...tak pa la....at least tak kacau simpanan (berangan je aku ni...kwang kwang kwang...) tapi macam ON je plan jenjalan ni...sebab tu la dah siapkan borang cukai awal2...kot2 sat lagi tak lepas pi o'seas plak...rugi tu :)

Ehhh kenkawan dah isi dan hantar ke borang BE tu? Cepat2 le hantar...hujung bulan ni bukan lama sangat tu.

Petang ni ada plan luar pejabat (ke ke ke), lepas Jumaat nak pi la...tinggalkan opis kejap... keja dah siap pun tak pa tak rasa bersalah sangat.

Kejap dah Jumaat...esok Sabtu lusa Ahad...pejam celik habis la sebulan...masuk bulan 5 dan lepas tu habis setengah tahun erkkkk kejap sungguh masa berlari ini memang tanda2 akhir zamankan? Insaf bila ingat benda-benda ni...cukup ke amalan? Lengkap ke amalan? hmmmm

Bulan depan mak dengan abah aku nak pi umrah...plan asal bulan 4 tapi kes visa tak dapat so ditunda ke bulan depan...tak kisahlah asalkan dapat pi... insyaAllah harapnya ada rezeki kita pulak pi umrah dan haji tu... hari tu dah sibuk nak pi daftar haji sampai la ni tak daftar lagi, kena pi la daftar... at least ada target.

OK stop sini dulu...ada masa update lagi. Chalo...

~dariBMkeKK~

Sunday, April 15, 2007

Ahad yang syahdu...

Salam,
Hari ni ni mendung je...baguslah tak la panas sangat, kat sini dah dekat 2 minggu tak hujan, panas hmmm

Penatnya mop umah...bayangkan, setiap 15 min kena mop sebab air dari rumah sebelah masuk rumah kami...uiskkkk malam tadi sesi menampal dinding, abang bulat pi beli benda apa ntah... kena la menampal...dah buruk dinding umah kami...tapi oklah kalau tidak jenuhlah nak me'mop' eiiii kalau rumah sebelah tak panggil plummer memang nak sekeh je kepala depa.
Pagi ni bangun mop lantai la...sambil lipat kain baju isk isk isk sabaq saja la.

Baru habis kelas...dok tunggu abang bulat mai ambik, sat lagi nak pi tengok angah, anak menakan aku kat kem PLKN hari ni nak ambik gambar dia nak hantar kat mak dia ke ke ke... mak abah dia risau tapi tengok dia relax je, seronok dapat ramai kawan...rezeki dia muda-muda lagi dah dapat naik flight ke sini...(kakak aku duduk kat Sub*ng).

Yang lawak tu antara benda yang dia pesan...sabun + bekas sabun, sapu tangan dan gunting... erk...nak buat apa ye? Tapi bawa je la...ada la kegunaan tu kot. Apa-apun sebelum pi jumpa dia kena pi isi perut dulu la...lapaq dah ni. Tadi dah breakfast tapi bila kelas 3 jam...kering la juga tekak ni...perut pun jadi kosonglah balik.

Seperti biasa...kelas 10 orang tu cuma dapat kehadiran penuh masa mid term xm je...kalau masa lecture biasa ada je yang ngelat, tadi 7 orang mai. Sorang dah sms tak dapat mai sebab wife kat hospital oklah ada gak inisiatif nak inform. Yang dua orang lagi ntah la pi mana...tapi tak pa...kalau dapat result cukup makan jangan banyak songel ok...sebarang surat menyurat takkan dilayan.

Oklah...itu je update untuk kali ni, jumpa minggu depan aka esok ke ke ke ciao.
~dariBMkeKK~

Monday, April 09, 2007

Weekend yang panjang


Salam,

Perghhh lama sungguh rasanya berhujung minggu :) nak tau aktiviti aku?

Jumaat -

Rancangan asal nak pi morning walk....ke ke ke bangkit pun dah pukul 9am, morning walk apa lagi... lepas kemas2 rumah, pi brunch dan pasar beli ikan, udang dan sayur2...untuk dibuat laksa. Ajak M dan anak2 mai makan. Pukul 12pm baru masuk dapur... tak la rushing pun sebab buat untuk makan kami kami je. Lepas siap sempat lagi cuci bilik air, lepas zohor sempat lagi tido kroh kroh (ke ke ke). Lepas asar baru depa mai...makan sambil bersembang... jemput kak I tapi tak berjawab...keluar kot. Malam makan laksa lagi dan lagi dan lagi....sampai puas hati nyum nyum.

Sabtu -

Abang bulat pi golf tournament, lepak sensorang tengok tv, marking xm scripts, makan laksa lagi ha ha ha... petang baru masak nasi dan lauk... udang goreng 3 rasa, siakap asam tumis dan telur dadar...ok ka? Rasanya ok sebab habis licin lauk dan nasi... konsert ke-4 boleh tahan... suka pulak dengan Milaaaaaa (stail Hatta*) dok risau gak ingatkan dia keluar... panjang lagi hayat dia dlm akademi tu. Astr* kalau nak promo potential juara kemain lagi... tapi apa-apa pun kali ni tak undi pun... rugi kredit je. Ehhh last season aku undi ka? Tak ingatlah...tapi masa AF3 yezzarrrrrrr aku undi 'budak botak' sekali sekala ha ha ha...

Ahad -

B'fast seperti biasa...pukul 11 - 2 kelas. Habis kelas dah pening-pening sebab lapaq... pi makan tapi ntah pasai apa tadak selera plak...order mee goreng tapi tak sedap makan sikit je, tapau... sampai ke la ni masih dok tapau elok dalam peti ais ke ke ke... Petang kami pi berjalan (exercise kekonon...) kat dalam kampus, 40 minit la berjalan... perghhh terasa sengal-sengal, tapi rasa ringan badan sebab dapat keluar peluh. Malam masak sup ikan, kerabu epal dan goreng terubuk made in S'wak sedappppp wa cakap lu :) ehhh puji diri sendiri plak layannnnnnnnnnnn!!!
Isnin -
Macam biasalah mai opis, bersungguh-sungguh marking xm scripts...erkkkk macam nak termuntah. Sabaq saja la.
-----------------------------------------------------
Okey kat bawah ni gambar-gambar masa pi Kch hari tu... ini gambar KIA (Kch Int. A'port), kemas dan ringkas...tapi luas. Banyak kedai-kedai...harap-harap KKIA pun akan jadi macam ni sebabnya kontraktor yang sama juga.





Inilah k'terbang masa balik ke ke ke... semua dah 'weng' masa ni sebab penat berbengkel. Mujurlah 3 hari je kalau seminggu tatau la jadi macam mana. Masuk je dalam kapal semua kroh-kroh... lagipun depa serve teh/ kopi/ jus saja, mujurlah ada kek lapis beli kat pasar... boleh gak cicah dengan teh kui kui kui.



Opsss...ini bilik kat Merdek* Palace Hotel, suka bilik saiz ni tak besar sangat dan tak kecik sangat, just nice for 1 person. Kalau besar sangat pun scary gak...tapi bila penat cepat je tido, sedar2 TV dok terpasang je... ha ha ha...penat weh. Makanan pun sedap kat sini...lamb di perghhh yummy... kek coklat pun sedap, sambal sotong, sambal udang pun sedap... pendek kata semua la sedap :)


Oklah....itu saja catatan untuk kali ini...bye all.

~dariBMkeKK~

Thursday, April 05, 2007

Esok cuti...

Salam,

Yezzarrrr esok kami cuti...seronoknya keja 3 hari je minggu ni ke ke ke...
Tengahari pi PejPos dengan chesu, ramai sungguh manusia berurusan kat situ...students la, dok angkat kotak nak hantar balik kampung... banyak sungguh barang depa ni. Agaknya segala benda nak bawa balik kot...cuba la sedekah kat junior mana-mana barang yang boleh sedekah tu...berkat hidup :)

Server ni pun tak berapa sihat jadi lebih baiklah mengarang citer tak menarik kat sini... sekarang ni semua orang diam-diam dalam bilik, sebabnya minggu depan dah nak kena submit gred budak2...sibuklah marking itu ini...hmmm penat tau. Tapi ok juga sebab budak2 ni memang 'seriau' kot nak jumpa aku...dalam ramai2 tu less than 10 mai jumpa tanya pasai apa gred rendah...yang lelain tu redha le gamaknya dengan gred depa.

Kalau yang jenis melayan aku tak bleh nak imagine bilik dah jadi macam klinik kerajaan, beratur depan bilik tak kira masa... kadang-kadang geram gak lunch hour pun dok ketuk... ikut masa senang depa je, aku tak layan...sebab dah buat jadual perjumpaan...so silalah jumpa pada masa yang telah ditetapkan.

Esok plan nak pi beriadah dengan abang bulat... dah lama tak 'morning walk' ke ke ke risaunya lepas tu pi pekena roti canai dan teh tarik je. Tapi rasanya nak memasak sakan...lama tak pekena kari kepala ikan...nyum nyum...(cehhh macam la masak sedap sangat ha ha ha...)
Ehhh dah tadak ide la. Apa-apa pun selamat berhujung minggu...jumpa minggu depan cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, April 04, 2007

Cuti-cuti KCH

Salam,

Akhirnya tercapai juga hasrat nak ke ibu negeri S'wak ... dengan itu, lengkaplah sesi melancong seluruh M'sia...aku dah sampai semua ibu negeri di M'sia ni... oraitlah tu :)

Jumaat petang flight asal at 6.45pm...lepas checked-in, up sikit ke 8pm... dah lepak dekat golden lounge makan itu ini...tiba-tiba up lagi ke 9pm...perghhh berjam-jam la kami lepak penatttt....alhamdulillah the journey was great...(duduk biz class memang la best ke ke ke), tak sempat nak pasang tali pinggang dah tanya nak minum apa, lepas tu bagi tuala panas segala...eiii double standard sungguh...cubalah duduk kelas ekonomi, jenuh la menunggu air oren/ teh/ kopi/ air suam tu. Light meal pun best gak... ada sandwich dan kuih hmmm apa-apa pun kenyanglah untuk 1j 30 minit tu. Sampai Kch dah 10.30pm, sampai hotel 11pm. Rehat la....krohhh krohhh...

Pagi sabtu seramai-ramai manusia dekat hotel tu...nak dijadikan cerita, ada perarakan kat depan hotel tu... tapi tak la dapat tengok sebab bengkel start at 9am, break for lunch at 12.30pm, sambung lagi sampai 6.30pm.

Sempat pi Psr Satok...beli kain batik dan pelikat yang cantik...lembut dan halus buatan (made in Indon), tapi kraftangan lain tak beli sebab lebih kurang je dengan kraftangan kat KK ni. Apa-apa pun ikan terubuk sini memang best... aku beli 2 ekor medium size...

Malam kawan ambik keluar sekali lagi...dah ngantuk tapi dah janji keluar la juga, pi lepak kat waterfront yang pada aku biasa-biasa je...mungkin siang ok kot, ni dah malam tak nampak apa. Sembang sakan...dekat 11pm barulah dia hantar balik...letihnyaaa....

Pagi Ahad sambung lagi bengkel, penat sebab ada LDK semua...habis pukul 6.30pm, 8pm kawan mai ambik sekali lagi...pi makan kat mana ntah ke ke ke...ada dia cakap tapi tak berapa clear...sembang sakan lagi. Pukul 10pm dia hantar balik sebab esok dia nak keja...balik hotel terserempak dengan 2 orang kawan...depa ajak supper dan ter'bersembang' sampai dekat 12am erkkkkkk ...

Isnin dah seronok sebab petang nak balik KK...all in all bengkel mencapai matlamat, tapi venue kurang best la...next time buat kat KK lagi best ha ha ha. Lupa plak nak cerita, salah sorang peserta tu my ex-student, dia ambik kursus minor, aku ajaq 1 kursus je...tapi kira oklah dia masih ingat dan mai tegur...kwang kwang kwang...lawak sungguh.

Flight balik OK (sebab kami tak duduk biz class lagi....) ke ke ke masuk je semua kepenatan dan tido ... tak singgah makan sebab penat...malam pun tak pi makan lagi, nak tido je sebab ngantuk la.

Itulah saja cerita trip ke Kch...rasanya cukuplah sekali, tak berapa menariklah, mungkin kalau orang yang suka barang-barang kraftangan suka dengan bandar ni... tapi aku yang senang nak dapat barang-barang tu jadi tak seronok sebab sama je konsep kraftangan kat M'sia ni. Tak la berbeza sangat.

Penat punya pasal kelmarin aku cuti tanpa rekod....(cuti ni tak ditolak daripada cuti tahunan...), seronoklah lepak rumah, pi facial, mop rumah dll sambil layan ulangan konsert minggu ke-3 yang macam hampeh...tengok dan terlelap-lelap. Petang pi hantar kereta kat abang bulat, dan kuar minum dengan kawan. Balik tu masaklah ikan terubuk yang yummy tu uiskkkk sedapnya...

Oklah...bye all :)

~dariBMkeKK~