Oklah...stop dulu tadak idea...nanti2 sambung lagi ok babai
~dariBMkeKK~
Inilah k'terbang masa balik ke ke ke... semua dah 'weng' masa ni sebab penat berbengkel. Mujurlah 3 hari je kalau seminggu tatau la jadi macam mana. Masuk je dalam kapal semua kroh-kroh... lagipun depa serve teh/ kopi/ jus saja, mujurlah ada kek lapis beli kat pasar... boleh gak cicah dengan teh kui kui kui.
Oklah....itu saja catatan untuk kali ini...bye all.
~dariBMkeKK~
Ehhh dah dekat 10am, 11am ni ada kelas...tapi tak pa dah ready pun kelas ni lagi la boring sebab ngajar orang dewasa yang sesuka hati nak mai kelas atau tidak, biasalah ada tu daftar pengajian sebab nak dapatkan ijazah dan naik gaji je. Malas nak melayan juga...sesetengah tu temberang je lebih. Kelas ni 12 orang... 11 lelaki dan 1 perempuan...kadang tu 1 je perempuan...aku le. Tapi disebabkan aku tak la bagi muka so depa ni cuak juga le. Suruh la buat apa pun sure siap on time. Tak siap tolak je markah apa susah.
Ada pertandingan debat....dijemput jadi hakim tapi ntah la...dah lama tak dengar orang berdebat ni sat lagi tak pandai nak bagi markah ke ke ke...so tak pi la. Lagipun dah cukup hakim la tu...kalau tak cukup sure depa panggil. Aku boleh terlibat pun lepas kenal abang bulat la...dia hakim kelas 1 (Majlis Debat M'sia), so dia ngajar la sikit-sikit macam mana nak bagi markah dll...serius kali ni aku tak yakin (malas sebenarnya he he he....) dan dia pun tak la mendesak sebab macam aku cakap tadi hakim cukup :)
Malam tadi lewat juga tidur dok layan Raja Law*k kat Ria...burger apa yang paling seronok???? BERGEMBIRA kwang kwang kwang....lama tak pekena orang macam tu, ingat dulu-dulu biasa je pekena orang contohnya....Basri kirim salam....nanti orang tanya Basri mana? BAS SRIJAYA kui kui kui. Ntah apa-apa tapi Yus menang kira oklah....ingatkan Zizan sebab biasalah dibandingkan rupa kalahlah Yus, tapi agaknya last minute undi masuk sebab abang long kutuk Yus tapi tak pulak kutuk Tauke macam clown. Terus kena smash dengan otai lawak panassssssssssss la kejap kat situ. Ehhh kenkawan tengok ka...ataupun aku je yang layan program macam tu ke ke ke....
Ada dua tempat untuk family day nanti:
1. Selesa Hillhomes Bkt Tinggi
2. Ilham Resort and Training Centre, PD
Ada sesapa pernah pi mana-mana tempat tu? Boleh bagi hints sikit :) Tq atau ada kawan pernah pi ka...
Oklah stop sini dulu...nak susun-susun nota jap bye :)
~dariBMkeKK~
Malam esok ada dinner program....budak-budak ni memanjanglah tak sensitif...ada ka majlis start at 6.30pm, tak Maghrib ka? Habis pukul 11pm isk isk isk apa lama sangat... masa aku jadi penyelaras dulu aku make sure majlis start 7.15pm dan habis 10.00pm...tak dak hal nak berlama-lama dalam dewan tu. Lagi pun lepas habis majlis formal kalau budak-budak tu nak lepak sampai pagi ka ikut suka la...bukan boleh layan sangat budak-budak ni.
Kui kui kui sekian adanya...terima kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
~dariBMkeKK~
Kena lepak kat opis pagi ni sebab budak jual tudung tu nak mai ambik duit, jangan dia bawa tudung lagi dah la...mau aku ambik sehelai lagi, dan jangan dia perasan aku pakai tudung baru beli dah la ha ha ha kantoiiiiiiiiiiii, tak basuh lagi pun...tapi nampak OK je dan ngam dengan baju hari ni, pakai je la :)
Maid jiran aku nak balik Indon...dah pesan kat dia baju kelawar yang murah-murah... nak bagi 50 ringgit, lepas tu kalau dapat banyak helai nak jual ke ke ke, tapi yang risau tu sat lagi buat gila kuasa aku pakai je semua tu, boleh la letak kat kampung sehelai dua, kalau balik dah tak payah bawa balik baju tido senang idop dan ringan beg.
Apalah rancangan cuti CNY kenkawan? Rasanya banyak sekolah yang ambik cuti ... tapi kalau cuti jalan pun mesti sesak... berhati-hati OK. Sebab tu kami balik naik 'belon' ... jalan kat sini walaupun kurang sesak...tapi kondisi jalan yang kurenggggg selesa. Sapa yang pernah mai KK tau la macam mana kondisinya... yang blom pernah mai... sila la mai sini...macam-macam ada :)
Mungkin setahun dua lagi kampus ini akan jadi kampus dalam bandar bukan kampus pinggir bandar lagi sebab kawasan-kawasan tepi ni dah dibuka... betul-betul sebelah ni ada 1 kompleks membeli dan membelah yang besar... uiskkk bahaya sungguh untuk golongan macam aku ni. Tapi yang kurenggg tu sure jadi tempat lepak students la... kena pi masa depa exam dan cuti semester la...
InsyaAllah kalau panjang umur :) tapi rasanya lambat lagi nak merasa suasana tu sebab kami dah kena hints (or halau???) pi sambung belajar... tensi gue. Banyak lagi benda lain nak diselesaikan tapi depa ni dok hints bagus punya...sabaq saja la.
Oklah...stop sini dulu, jumpa lagi lepas 25022007... lama cuti. Nak masuk keja nanti mesti haru biru sikit...kawan bilik sebelah pun nak apply cuti bila tau aku cuti seminggu...bukan pasai apa...kalau mai opis pun akan melangut je, bila tadak students suasana jadi sunyi dan syahdu (ha ha ha alasan ....)
Opsss dah melalut bye and have a nice weekend :) makanlah limau banyak-banyak bagus untuk kesihatan.
~dariBMkeKK~
Saja je letak gambar ni...cantikkan lukisan kat kapalterbang ni? Awatlah kapalterbang kita tak lukis-lukis batik ka, corak songket ka sure berseri-seri... daripada dok buang duit beli lukisan berjuta-juta ringgit...cat kapalterbang lagi oraitkan?
Aku dan beberapa kawan lain ada plan nak pi piknik hari Ahad ni...insyaAllah kalau jadi nak B-B-Q, kekonon la...silap-silap buat sandwich je...tapi bab bakaq ni abang bulat rajin la juga. Jadi rancangan 'family day' bulan 5 nanti boleh bagi keja dekat dia la...jaga B-B-Q kui kui kui.
Oklah...apa-apa pun esok ada lagi satu N3...lama tak menaip ni banyak cerita tapi bila penat idea pun terbang melayang :) bye all
~dariBMkeKK~
Mana la tak ngantuk...pagi tadi b'fast nasi lemak, lunch nasi goreng + ayam tandoori... isk isk isk. Malam ni tak nak makan la...beli buah je la.
Hmmm sedap plak ingatkan ketam masak cili malam tadi... he he he bukanlah aku masak pun, sabtu malam kami pi dinner kat seafood rest. makan ketam masak cili, sayur kangkung dan ikan masak stim...memang yummy la...lagi best kami dengan selambanya makan dengan tangan... perghhh best oooo.
Hah...malam ni ada Fa*l Sulit AF, jangan la gelak...aku memang suka tengok rancangan merapu macam tu... last week tengok tak insiden gambar Salim* seiras Salom*? eiii masa tu meremang juga la bulu roma...tapi tengok juga la...walaupun sensorang, masa tu abang bulat naik solat Isyak...rupanya dia terus naik tido...uiskkk seriau la juga tapi macho la kekonon ha ha ha...tapi memang pelik la gambar dia tu...boleh la google kalau nak tengok...seram juga la.
Tadi ada student mai jual tudung ... kenalah beli sebab cantik-cantik, macam-macam nama ada, yang paling terkesima tu...ada tudung Dat*k K, dinamakan sempena nama dia sebab ada bulu-bulu kat tudung tu isk...apakah motifnya ??? Mungkin sebab Dat*k K ada bulu kat hidung???Tudung Ina Na*m pun ada juga, lawak sungguh. Dulu tudung Maw*, la ni tudung Ina plak... ke ke ke...sabaq saja la. Tapi biasalah bila dah jual kat sini mana ada yang murah lagi...semua RM30 ++, bila fikirkan dah malas dok tengok tudung yang sama je tu yang membeli tu... tapi kalau dapat beli kat KL or K'tan lagi best la kan...lebih banyak pilihan...boleh tawar-tawar lagi. Ini nak menawar sangat pun kesian plak kat budak tu.
Stop dulu la...nak sambung buat keja sikit...dah hilang sikit ngantuk bila menaip macam ni. Bye bye :)
~dariBMkeKK~
| You Are Sunrise |
You enjoy living a slow, fulfilling life. You enjoy living every moment, no matter how ordinary.You are a person of reflection and meditation. You start and end every day by looking inward. Caring and giving, you enjoy making people happy. You're often cooking for friends or buying them gifts.All in all, you know how to love life for what it is - not for how it should be. |
Salam,
Wah...ada sikit2 sawang kat sini jap nak ambik penyapu nak sapu sikit...
::;;::
::;::
:;:
;:;
:;
;
Congratulations Alinlai, you are 43% not Malaysian.
That means you're as Malaysian as...
Michelle Yeoh!
Perghhh setaraf Datuk wa cakap lu... Bond Girl lagi...kui kui kui
Apa lagi kenkawan cuba la...lawak juga soalan-soalan yang ditanya ...
What a hectic week... arghhhhhhhhhhhhh tensi sungguh, sabaq saja la.
Ok chalo betty...
~dariBMkeKK~
Dok berangan ni...nak pi Guangzho* lepas tu ambik train pi HK, hotel murah sikit... tapi kena discuss dengan abang bulat secara terperinci la...dia jenis yang kena plan...saya ni kadang-kadang impromtu pun jalan je... kos pun tidaklah mahal sangat, lagipun dah check ada banyak muslim rest. kat situ...senang sikit. HK tak boleh nak pi lama sebab barang mahal, kalau kat mainland barang murah lagi...hmmm macam best je kan?
Tak pa tak pa...reserve dulu, bincang masa lepak-lepak depan TV, kalau dia ON saya nak booking tiket je ni ha ha ha...ntah apa-apa la...nak berjalan, tapi bila difikirkan balik bagus juga ada hobi berjalan ni daripada hobi shopping tak tentu hala...tapi bila berjalan of course la shopping hmmm bahaya bahaya...
Apa-apa pun kot-kot jadi alangkah gumbiranya hati ini...tapi rancangan ini akan diusulkan juga, tunggu 31012007...kan ke Malays*aAirlines ada promosi besar-besaran...jom la kita melabur beramai-ramai.
Oklah have a nice weekend everybody, wal taufik wal hidayah, jangan buat kesalahan trafik dan jangan cari susah...ciao :)
~dariBMkeKK~
| You Are a Fortune Cookie |
| What Your Bathroom Habits Say About You |
You are a giving soul. Way too giving in fact. You often get stuck doing the dirty work that no one else will do. Your look is put together, classic, and stylish. You always look fashionable without trying. You are a very outgoing person. You are true to yourself, and you never hold back. In relationships, you are practical and realistic. You have a romantic side, but you only let it out when it's appropriate. |
~dariBMkeKK~
Ini dimasukkan lirik lagu baru budak botak tu ...
Artis : Mawi
Lagu : Langit Biru
Deru angin yang memburu melujur laluan
Membikin dedaun hati bergetar
Beliung melanda kejam laungkan kepiluan
Naluriku biru warnanya merakam birunya jiwaku
Berdirilah di pentas itu tanpa membisik namaku
Kalau terputus paluan beranilah sambung kembali
Mungkin lebih biru langitmu di sempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar ribut di dalam cangkir cuma
Bukannya aku untuk meramal
Juga dirimu pastikan hari mendatang
Aaaa.......
Berdirilah di pentas itu tanpa kau menyebut namaku
Mungkin lebih biru langitmu di sempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar kalut ribut di cangkir cuma
Mungkin lebih hijau lamanmu di sempadan sebelah sana
Ataupun hanya ribut melanda di dalam cangkir cuma
Siapalah aku untuk meramal juga dirimu untuk pastikan
Lepaskan saja
Deru angin semalam sebuah jeritan
Wajah-wajah jiwa insan yang biasa
Biasa.......
Abang bulat teringin nak golf kat Semenanjung plak...ni kena plan dengan Achik , biar orang lelaki pi golf kita pi berpoya-poya ok ka rancangan ni?
Hari ni kami ada majlis sambutan Raya Haji, Krismas & Tahun Baru... makan lagi le nampak gayanya Simah jangan sedih tang bab-bab makan ni ok, kalau hang mai sini chek bawa dan jamu hang makan-makan sakan ok? Ataupun kot-kot ada rejeki sampai sana hang bawa la chek pi makan-makan sakan boleh juga tu :)
Malam tadi tengok Amaz*ng Rac* Asia, mula-mula cuak juga sebab masa kat Indi* depa kena makan daging 'oink oink'...isk si Zabrin* tu makan ke, tiba-tiba masa makan dia sebut Jes*s...ok sahih le she's non muslim lega rasanya...kalau tidak tak boleh dibayangkan...tapi kenapalah ada juga part-part makan benda-benda pelik tu bagi la makan capati + dhal + kari yang veggie je, ni siap ada daging segala...
Tapi seronok tengok rancangan tu sebab boleh berangan berjalan ke sana sini, saya ni lemah sikit bab makan angin ni, jari ni cepat je nak klik kat website kapalterbang kat atas tu...berangan nak pi Vietn*m tahun ni...kui kui kui tapi angan-angan je, kalau jadi pun best juga tu.
Ok untuk kenkawan...selamat berhujung minggu di minggu pertama bulan 1, 2 kosong kosong 7 ni...rasanya macam nak check in kat mana-mana resort je, sebab sure tak ramai orang ke ke ke...see kan saya dah kata saya ni suka berjalan (dalam erti kata lain ngabihkan RM....erkkkk).
Bye all :)
~dariBMkeKK~