Wednesday, January 28, 2009

Kekanak 2

Salam,

Ini gambar-gambar masa umur 1 bulan sampai 2 bulan, dah bam bam muka masing-masing. Masa ni berat dah 3 kilo lebih... tilam pun dah beli yang baru sebab yang lama dah tak muat untuk 2 orang baring. Masa ni kakak masih berjaga malam... kadang tu dia buka mata je pukul 12... dia akan berjaga nak minum susu, nak orang dukung... sampai ke pukul 6am. Biasanya abang bulat yang take over aktiviti ni, paling senang dia bawa je kakak duduk depan TV tengok bola. Layannnnnnnnnnn

Biasanya kami akan ambik shif, dia tido dulu pukul 10pm sampai pukul 12 atau 1am, lepas tu dia bangun la berjaga plak. Iyelah siang-siang aku yang jaga... malam dia plak ke ke ke... kalau dua-dua kekanak nak minum susu barulah dua-dua akan bangun... kalau sorang je, boleh handle lagi.





Gambar-gambar ni ambik sebab nak tunjuk kat kakak aku yang rajin beli baju kat budak-budak ni. Dah dia belikan baju-baju ni, ambik le gambar mms ka, e mel ka... lepas tu dia kata comei budak-budak ni pakai... nak beli lagi makasih makasih... jimat fulus mama :)

Kekanak ni muka, badan bulat... rambut je sikit, ni blom dicukur ni. Dah buat appointment nak cukur rambut depa biar tumbuh rambut baru nanti. Lepas ni bleh la sapu minyak zaitun bagi cepat tumbuh rambut, seronok sapu minyak zaitun sebab wangi... depa cepat berpeluh, kejap je minyak tu dah hilang. Biasalah tu lama-lama nanti tumbuhlah rambut tu.





Posted by Picasa


Oklah... cukuplah untuk hari ni. Ada banyak gambar tapi cukuplah... bleh nampakkan...berbeza muka masa lahir dan masa dah 2 bulan, dah masuk 3 bulan ni lagi lain... masa baru lahir muka mama... dah besar muka papa plak, isk isk isk. Tak pe la janji sihat... muka sesapa pun tak pe :) Cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Friday, January 23, 2009

Kekanak...

salam,

Inilah gambar-gambar kanak2 masa baru lahir dan dalam tempoh sebulan. Kecik, kurus dan nampak sungguh 'fragile' Alhamdulillah walaupun lahir kecik tapi budak-budak ni memang tak banyak ragam...lega la juga.

Kawan-kawan yang mai melawat semua seriau nak dukung, sebab kecik sangat, besar sikit je daripada bantal golek kecik tu... nak mandi pun tak berani, so mak dan mentua le yang mandikan depa. Lagipun sementara ada orang tolong, relax la dulu. Sampaikan depa risau nak tinggalkan cucu sebab nanti sapa nak mandikan. Ke ke ke... aku memang sempoi sikit, tadak orang pandai le aku mandikan... masa ada orang nak mandikan buat pe nak berebut, baiklah aku dok relax ;)

Gambar 1:

Adik dengan aunty M. Baru keluar inkubator :) Dah pandai senyum-senyum. Masa ni kalau pump susu memang dia le yang habiskan... sebab dengar je bunyi pump terus dia buka mata. Layan je la...

Gambar 2:

Kakak dengan mama. Kecik sungguh kakak... seriau sungguh pegang kepala dia sebab ubun-ubun masih lembut, nampak garisan tengkorak kepala tu... sedih bila tengok budak kecik macam ni. Tapi masa dalam pantang mana bleh sedih-sedih... sabar sabar

Gambar 3:

Hari kedua, kat rumah dah... memang sejak lahir tido kat bawah camni, sampailah dah 3 bulan. Ada kawan suruh beli buai dll... oh tidak, nanti sapa le nak injut buai tu... nak ke mana-mana pun susah juga, nak kena angkut segala buai... tak pe la. Makasih je la.

Gambar 4:

Ini pun tak sebulan lagi, tapi dah pandai keluarkan tangan daripada bedung, kakak tu bukan tak suka pakai sarung tangan... tapi sarung tangan terlalu besar, longgar sangat-sangat. Ada beberapa sarung tangan yang hilang, sebab tertanggal masa pi klinik... budak2 ni kena kuning sikit 3 hari kena ulangalik pi klinik untuk ambik darah. Alhamdulillah setiap hari pi check kuning tu turun... sampaikan misi kagum sebab turun banyak. Ada le caranya... aku dengan abang bulat kejutkan depa bangun minum susu setiap jam. Kami bagi juga minum susu kambing dan mandikan dengan ubat kuning. Pengalaman semua tu...

Posted by Picasa



Ok ciao, selamat berhujung minggu :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, January 21, 2009

Gambar je :)

Salam,

Tadak idea nak menulis, letak gambar je la... layan je kalau sudi, kalau tak sudi apa bleh buat... ke ke ke




Posted by Picasa


Hari ni pi FOS kat 1 Borneo, ada lagi baju-baju budak yang berharga RM5/- dan RM10/- yang best tu kalau beli sehelai RM5/- beli 2 helai RM7/-, angkutlah beberapa helai...dress pun comei-comei. Beli yang murah2 je... bukan depa boleh pakai lama sangat. Hari ni pi cucuk 3 bulan, berat dah 5.5kg. Oklah... pertambahan berat yang normal. Alhamdulillah.

OKlah...malas la pulak... cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Monday, January 19, 2009

18/01/2009 - 3 bulan

Salam,

Wah kejap je dah 3 bulan budak dua orang ni... pejam celik dah nak habis bulan 1. Isk isk isk kejap sungguh la. Sat lagi sedaq2 dah hujung tahun plak. 2 minggu berturut-turut kami lepak shangri-la rasa ria, minggu lepas abang bulat ada bengkel, minggu ni pulak retreat ... kami tolong temankan memeriahkan bilik yang besar tu.

Kemain lagi budak dua orang ni... seronok baring atas katil besar tu sengih-sengih... jangan minggu depan pun nak pi check in hotel lagi dah le... kopak le. Sejuk gamaknya dalam bilik tu, malam selimut tebal pun depa tak tolak, kalau kat rumah, selimut dengan tuala pun ditendang-tendang selimut tu. Gambar kat bawah ni masa baru masuk bilik, letak je atas katil camtu silap2 lena tu ;)



Kakak 'I love Mommy' dan adik 'I love Daddy' :)

Pagi ni kakak macam biasalah excited nak pi 'sekolah' susu pun tak mau minum, dok senyum2 sambil melabur... adik biasalah, tido lebih penting, sepanjang jalan la dia lena dalam car seat. Ke ke ke aku cerita ni macam le depa dah besar panjang... betul aku tak tipu, lepas salin lampin dan baju nak pi nursery tu kakak akan berjaga ... tak sambung tido lagi. Kalau ditanya kakak seronok nak pi sekolah dia akan sengih lebar... hmmm faham soalan la kot.

Oklah... cukuplah update untuk hari ni, ada keja nak buat cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Wednesday, January 14, 2009

Pi keja, depa pi 'sekolah'

Salam,

Maka dengan ini rasmilah aku memulakan kerjaya pada tahun 2009 ni. Ha ha ha...punyalah sakan bercuti sampaikan ada yang tak berapa nak cam aku kwang kwang kwang... tak cam bukan sebab aku dah gemuk... tapikan aku dah kurus. Iyelah kejutan sungguh... orang lain dapat anak sorang je aku tetiba terus dpt 2... Alhamdulillah. Jimat sebenarnya tak payah nak pi slim world ka, apa ka... sapu je pati halia mustajab ke ke ke...memang mustajab rupanya.

Hari ni kanak2 ni pi childcare... lawak la depa ni, malam tadi tak bangun minum susu, bangun pukul 5am je masa kami nak solat Subuh... excited nak pi 'sekolah' kot. Malam ni dua-dua orang ni mcm penat plak... macam le main-main kat childcare tu.

Ngantuklah pulak... baru lepas makan nasi ni, aku sempat masak sardin + kentang dan goreng telur dadar je. Tapi lapaq punya pasal jadi sedap sungguh layannnnnnnnnn!!! Abang bulat pi futsal, kejap2 lagi baliklah. Dia kekonon diet la ni tapi tadi makan juga, ada nasi goreng angah buat tengahari tadi dia tolong habiskan. Opsss citer pasal abang bulat macamlah dia tak baca blog ni, hmmm oklah tu kan bang, sekali sekala citer pasal abang apa salahnya. Layan je la :)

Sabtu ni ada majlis budak2 program aku... bolehlah pi memeriahkan. Ada makan-makan pi je la...bukan susah pun. Angkut je angah dan budak2 ni... setakat yang depa tahan le. Kalau dah depa buat perangai cau cin cau le .... tak pe nanti letak gambar kat sini insyaAllah.

Oklah... tak menarik langsung dah masuk opis. Esok kena panggil cleaner minta tlg cuci bilik, yang pasti selama ni aku tak tutup plug komputer pun... ke ke ke...mujurlah komputer aku tutup...isk isk isk... 3 bulan weh tinggal opis memang la berhabuk sikit...ha ha ha sikit ke hapa... berhabuk sakan.

Stop dulu nak layan kekanak ni dulu sblm depa tido cau cin cau :)

~dariBMkeKK~

Thursday, January 08, 2009

Hari demi hari...

Salam,


Bam dan MakTok


Bim dan Chu



Alahai dah nak masuk keja dah, malasnya... hmmmm. Tapi kenalah pi keja juga. Hantar childcare juga budak2 ni... harap2 depa ok la. Kejap je nak 3 bulan dah. Alhamdulillah... walaupun lahir awal tapi cepat membesar budak2 ni. Sesapa yang tengok masa baru2 lahir tu mmg terkejut sebab mak aiii dah bam bam sungguh.

Masa dok menaip ni kanak-kanak ni dok merenung kipas, dok merenung TV. Saja je bagi baring dekat-dekat, adik tu tangan dia sikit2 nak tepis kakak... mentang-mentang la dia bam-bam... kakak cool je. Dah tak tido... nak minum je dua orang ni. Rasanya dah 3 bulan lebih kena bagi makan la pulak, macam tak cukup je minum susu.

Syahdunya cuaca kat luar ni... tido best ni. Akan tetapi mimpilah nak tido dengan dua orang dok merengek, dok melalak, nak minum, nak minta angkat... layan je la. Tak pe la... dah biasa pun, tak pening2 dah walaupun tido memang kurang sesangat. Layan je la.

Hari ni tgk KL Menjerit... chokia sungguh muka Lisdawat* masa tu. Macam muka minah siam pun ada gak. Skrg ni vogue skit. Lepas ni tak dpt la nak tgk Laila Majnun lagi, best plak citer ni. Tadi tgk Nabila Huda ni kat Wanita Hari Ini nampak mature plak. Agaknya lepas kahwin dia insaf :)tapi dia memang nampak ayu sangat pagi tadi, dengan pakai baju kurung. Sweet wa cakap lu. Ehhh masuk citer artis plak dah.

OK kakak dok bising2... sama ada tak kenyang, atau nak minta didukung. Boring kot dok baring je kesian kat dia. OK cau cin cau

~dariBMkeKK~

Tuesday, January 06, 2009

Bila mereka senyum...

Salam,

Sekarang ni pagi-pagi dua-dua ni dah pandai nak ajak sembang-sembang. Layan je, yang best tu macam faham je apa yang kita cakap... hmmm minggu depan dah masuk keja, hantar depa pi childcare... dekat je dgn ofis agak tadak keja, angkut je pi lepak ofis kwang kwang kwang

Hi, saya Athirah Hannah :)



Hi, saya Awatif Hannah :)



Seronoknya duduk rumah, boleh tgk drama petang-petang. Tengok Jelita, Laila Majnun, Spa Q ke ke ke... isk apalah aku ni orang sibuk pi keja aku dok sibuk lepak tengok TV kat rumah. Layannnnnnnnnnnn!!!

Sejuk sungguh malam ni, budak-budak ni pun nampak letih je, siang tadi keluar. Kami pun letih, apa lagi budak-budak dua orang ni. Tapi bagus juga, depa akan lena sakan. Yezzarrrrrrr.

Ok nak pi makan cau cin cau.

~dariBMkeKK~

Thursday, January 01, 2009

1.1.2009



Salam,





Cepat sungguh masa bergerak....rasa baru je 2008. Tapi 2008 mmg la rasa cepat, ada dua orang muncul dalam keluarga kami. 35 minggu depa dok dlm perut ni. 2008 ada beberapa fasa dlm hidup aku.... fasa berdua dgn abg bulat, fasa berdua + dua dalam perut dan akhirnya fasa berempat. Alhamdulillah... rezeki :)





Dok menaip ni sambil bg adik minum...dia dok tengok je skrin laptop ni. Teringin nak menaip juga gamaknya.




Abang bulat tadak... dia balik Sdkn, mak mentua sakit. Tapi malam ni baliklah dia... balik hari je pi naik AAsia, balik dengan MAS... kereta kami ada masalah dengan aircond...cuti pun lepak rumah je la. 2 hari adik demam... suhu tinggi gak, 37 - 38 C, Alhamdulillah kakak setakat ni masih OK, harap2 depa ni kembar yang tak le sorang demam sorang lagi demam gak... kalau ada gap seminggu dua tu orait gak.




Mungkin demam tu sebab terkejut kot dok berjalan sana sini... pi 1Borneo la, CityMall la... isk isk isk berjalan sungguh. Aku pandai berjalan-jalan tapi nak masuk opis tak berapa nak pandai ke ke ke...dasar pemalas gayanya. Layannnnnnnnnnn!!!




Kami berempat dah ambik gambar passport, lawak sungguh masa nak ambik gambar budak dua orang ni, nak lena la....pejam mata la... mujurlah skrg ni era digital, kalau tidak jenuh juga. Bulat sungguh muka dua orang ni. Tapi dah best dukung depa sebab dah keras badan ... tapi kalau pangku lama-lama terasa lenguhlah juga. Dah 3 bulan nanti mau 6kg budak-budak ni... layan je la...




Ok selamat menyambut tahun baru Hijrah dan tahun baru Masihi... semoga bertambah rezeki kita semua pada tahun ni aminnnnnnnnn!!!




Cau cin cau




~dariBMkeKK~