Monday, February 26, 2007

Santai & Jawapan 'tagged'....

Salam,

Perghhhh senangnya dalam hati kalau dapat bercuti (sakannnnnnn.....) lega kepala otak... rasa fresh (and white?) je bila masuk opis :)

Balik kampung trip best... sebab boleh relax dan santai sakan...sebab cuma kami (saya dan abang bulat) + 2 orang nak menakan dia + of course MIL je kat umah tu... rutin saya selama 3 hari:

1. Masak sarapan
2. Kemas umah (sapu sampah je....)
3. Masak lunch
4. Tido
5. Masak dinner
6. Main games kat cellphones
7. Tido awal

Ha ha ha....percutian yang sungguh santai. Nak mandi sungai pun tak boleh sebab air keruh (color teh susu cair....) cuaca pun sempoi, hujan malam-malam perghhh memang seronok la.

Balik Khamis petang, Jumaat kami berjalan seharian...ada orang pi beli laptop plak...bleh la tumpang main games mahjung kwang kwang kwang....(sekarang ni musim main games tak kiralah kat cellphone atau komputer....macam addicted je ni....arghhhhh)

Hari ni masuk opis siap-siapkan segala notes untuk kelas rabu dan khamis sebab malam ni saya ke KL, malam esok balik KK la...ada bengkel sehari wah macam orang bisnes juta-juta pi KL balik hari je...kalau tadak kelas nak juga stay semalam lagi bleh jumpa kenkawan ka, shopping ka...(erkkkk )

Oh tidak gue tagged by Achik dan kak Tenah.....ok jap nak ambik napas...innnnnnnnn outtttttttt innnnnnnnn outtttttttt....

Jawapannya di bawah:

6 jenis perangai pelik gue:

  1. Tak boleh layan cite/ lagu Hindi...ntah la memang pantang sungguh bukan la sebab apa cuma tak boleh tahan dengan jalan cerita yang sama je, bukan saja cerita lagu pun tak boleh nak terima...memang pelikkan sebab orang lain punyalah gilakan cerita termasuk pelakon dll kita boleh buat derk je....
  2. Boleh layan cite atau drama Melayu berulang-ulang...tak kiralah sapa pelakon tapi kalau ada kat TV boleh je layan (abang bulat boring ni sebab dia tak boleh nak tengok siaran lain....) ada peluang je memang tak akan miss drama bersiri Melayu, walaupun sesetengah tu bukan la best sangat pun tapi ntah la...patriotik la konon he he he....
  3. Tak akan sukakan penyanyi/ pelakon yang ramai kenkawan suka.... contohnya la masa sekolah dulu-dulu budak pompuan memang minat gila dengan kumpulan GER*SANG dan yang seangkatan... maka dengan itu secara otomatik saya tak akan suka dengan kumpulan macam tu.
  4. Macam tak ada perasaan... atau terlalu 'cool' ke ntah la...contohnya lepas accident hari tu saya boleh relax je tak dak masalah nak memandu lagi dan sebagainya, tak dak pulak terjaga tengah malam sebab terkejut ka, nak mimpi jauh sekali la...kuat semangat or memang tadak perasaan pun ntah la. Hah ada lagi satu kejadian...pernah kenal dengan sorang mamat ni...dan pernah keluar beberapa kali...sampai satu hari tiba-tiba muncul sorang pompuan...dan perkenalkan diri dia 'tunang' mamat tu, saya relax je bersalam-salam dan lepas tu memang terus tak contact lagi 'mamat' tu....tapi yang lawak tu 'tunang' dia pulak yang rajin contact saya ha ha ha....dia pun pelik kenapa saya tak marah-marah dll...uiskkkkk kumbang bukan sekor beb... dan lagi satu susah nak gabra/ ketar/ takut dll... eiii memang tadak perasaan la kan kan kan....
  5. Suka pakai baju/ seluar yang besar-besar....sebab perasan badan besar. Orang lain suka pakai baju kecik sebab nak nampakkan diri kecik saya pulak semua baju termasuk t-shirt lebih banyak saiz XL daripada saiz yang sepatutnya ...
  6. Suka menghias tapi tak pandai nak menghias (erk...ni pelik ni macam mana ni.....) ntah la fikirlah sendiri ke ke ke.....

Kui kui kui sekian adanya...terima kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

~dariBMkeKK~

Friday, February 16, 2007

Hepi CNY...

Salam,

Kat opis pagi Jumaat memang malas...sebab otak ni dah fikir nak bercuti dan berehat je. Mujurlah tadak kelas hari Jumaat kalau tidak kesian budak-budak sure tension sebab yang mengajar pun tak berapa nak bersemangat ke ke ke...

Pagi ni b'fast nasi lemak + teh lemon suam, hmmm manis sungguh air depa buat. Jenuhlah minum air mineral nak hilangkan rasa gula tu. Dah berminggu tak minum air bagus juga aku ni... ini nasihat sorang makcik Filipin* ni, dia kata jangan minum ais dan pakai kasut dalam rumah baik untuk kesihatan dalaman...so far aku memang ikut, agaknya kalau dia kata tak boleh minum air bergula, kena minum air suam je ntah-ntah itu pun aku ikut ha ha ha...

Kena lepak kat opis pagi ni sebab budak jual tudung tu nak mai ambik duit, jangan dia bawa tudung lagi dah la...mau aku ambik sehelai lagi, dan jangan dia perasan aku pakai tudung baru beli dah la ha ha ha kantoiiiiiiiiiiii, tak basuh lagi pun...tapi nampak OK je dan ngam dengan baju hari ni, pakai je la :)

Maid jiran aku nak balik Indon...dah pesan kat dia baju kelawar yang murah-murah... nak bagi 50 ringgit, lepas tu kalau dapat banyak helai nak jual ke ke ke, tapi yang risau tu sat lagi buat gila kuasa aku pakai je semua tu, boleh la letak kat kampung sehelai dua, kalau balik dah tak payah bawa balik baju tido senang idop dan ringan beg.

Apalah rancangan cuti CNY kenkawan? Rasanya banyak sekolah yang ambik cuti ... tapi kalau cuti jalan pun mesti sesak... berhati-hati OK. Sebab tu kami balik naik 'belon' ... jalan kat sini walaupun kurang sesak...tapi kondisi jalan yang kurenggggg selesa. Sapa yang pernah mai KK tau la macam mana kondisinya... yang blom pernah mai... sila la mai sini...macam-macam ada :)

Mungkin setahun dua lagi kampus ini akan jadi kampus dalam bandar bukan kampus pinggir bandar lagi sebab kawasan-kawasan tepi ni dah dibuka... betul-betul sebelah ni ada 1 kompleks membeli dan membelah yang besar... uiskkk bahaya sungguh untuk golongan macam aku ni. Tapi yang kurenggg tu sure jadi tempat lepak students la... kena pi masa depa exam dan cuti semester la...

InsyaAllah kalau panjang umur :) tapi rasanya lambat lagi nak merasa suasana tu sebab kami dah kena hints (or halau???) pi sambung belajar... tensi gue. Banyak lagi benda lain nak diselesaikan tapi depa ni dok hints bagus punya...sabaq saja la.

Oklah...stop sini dulu, jumpa lagi lepas 25022007... lama cuti. Nak masuk keja nanti mesti haru biru sikit...kawan bilik sebelah pun nak apply cuti bila tau aku cuti seminggu...bukan pasai apa...kalau mai opis pun akan melangut je, bila tadak students suasana jadi sunyi dan syahdu (ha ha ha alasan ....)

Opsss dah melalut bye and have a nice weekend :) makanlah limau banyak-banyak bagus untuk kesihatan.

~dariBMkeKK~

Thursday, February 15, 2007

Yeyyyyyyyyyy

Salam,


Yeyyy yeyyy kelas dah habis...ha ha ha...aku plak yang gumbira sakan...rasanya students lagi la gumbira ria...maklumlah minggu depan cuti seminggu, dan ntah apa bagusnya aku tak plak bagi assignment kat depa. Tak pa balik dari bercuti ada la keja menunggu...sabaq ye adik-adik :)


Memang tak ramai pun kat kelas (hari ni dan kelmarin...) tapi malas nak bising-bising dapat cover 1 chapter, lepas tu sambung dengan presentation pukul 3pm dah habis. 2 jam ngam-ngam... lepas tu aku pi mengisi perut sensorang...lapaq weh.


Esok kena pastikan semua nota dah siap print, ada kelas Ahad depan...nak balik kampung lagi, kalau tidak nanti kalut plak. Maklumlah Isnin nak balik kampung sini. Nanti aku upload gambar2 kampung abang bulat...ada sungai, ada bukit, ada hutan pendek kata macam-macam ada... tapi aku blom la pernah mandi sungai tu walaupun depan rumah je, depa mandi berkemban...uiskkk takkan gue nak berkemban kot tak sanggup la...kalau pakai track bottom dengan t-shirt macam pi berkelah plak ha ha ha...main-main air je la kalau sungai tak keruh.


Abang bulat ada kelas sampai pukul 6, hmmm lagi setengah jam ni, ngantuk la sungguh, nak tido pun dah petang sangat tak bagus tido lepas Asar nanti jadi kurang siuman...isk Nauzubillah




Saja je letak gambar ni...cantikkan lukisan kat kapalterbang ni? Awatlah kapalterbang kita tak lukis-lukis batik ka, corak songket ka sure berseri-seri... daripada dok buang duit beli lukisan berjuta-juta ringgit...cat kapalterbang lagi oraitkan?

Aku dan beberapa kawan lain ada plan nak pi piknik hari Ahad ni...insyaAllah kalau jadi nak B-B-Q, kekonon la...silap-silap buat sandwich je...tapi bab bakaq ni abang bulat rajin la juga. Jadi rancangan 'family day' bulan 5 nanti boleh bagi keja dekat dia la...jaga B-B-Q kui kui kui.

Oklah...apa-apa pun esok ada lagi satu N3...lama tak menaip ni banyak cerita tapi bila penat idea pun terbang melayang :) bye all

~dariBMkeKK~


Monday, February 12, 2007

Hari senin...

Salam,

Sejuk hari ni...hujan sepanjang hari :) Alhamdulillah...syukur.

Minggu depan cuti seminggu...kami balik kg abang bulat. Tak tau lagi bila sebab tiket pun blom beli lagi. Sapa suruh last minute baru rancang...tak pe dia nak guna enr*ch points :)

Sunyi kampus, kelas Rabu nanti tak tau la berapa kerat yang nak mai...dah la majoriti budak cha ya nun alif. Tak kisah la tu...asalkan kelas ON, sapa yang ponteng tu nasib le...kalau tak berapa nak boleh menjawab masa xm jangan salahkan kita plak...pandai buat kena la pandai tanggung...


Ngantuk ni...rasa macam nak berbaring-baringan je...dah la sejuk je memang best kalau bleh kroh kroh.


Mana la tak ngantuk...pagi tadi b'fast nasi lemak, lunch nasi goreng + ayam tandoori... isk isk isk. Malam ni tak nak makan la...beli buah je la.

Hmmm sedap plak ingatkan ketam masak cili malam tadi... he he he bukanlah aku masak pun, sabtu malam kami pi dinner kat seafood rest. makan ketam masak cili, sayur kangkung dan ikan masak stim...memang yummy la...lagi best kami dengan selambanya makan dengan tangan... perghhh best oooo.

Hah...malam ni ada Fa*l Sulit AF, jangan la gelak...aku memang suka tengok rancangan merapu macam tu... last week tengok tak insiden gambar Salim* seiras Salom*? eiii masa tu meremang juga la bulu roma...tapi tengok juga la...walaupun sensorang, masa tu abang bulat naik solat Isyak...rupanya dia terus naik tido...uiskkk seriau la juga tapi macho la kekonon ha ha ha...tapi memang pelik la gambar dia tu...boleh la google kalau nak tengok...seram juga la.


Tadi ada student mai jual tudung ... kenalah beli sebab cantik-cantik, macam-macam nama ada, yang paling terkesima tu...ada tudung Dat*k K, dinamakan sempena nama dia sebab ada bulu-bulu kat tudung tu isk...apakah motifnya ??? Mungkin sebab Dat*k K ada bulu kat hidung???Tudung Ina Na*m pun ada juga, lawak sungguh. Dulu tudung Maw*, la ni tudung Ina plak... ke ke ke...sabaq saja la. Tapi biasalah bila dah jual kat sini mana ada yang murah lagi...semua RM30 ++, bila fikirkan dah malas dok tengok tudung yang sama je tu yang membeli tu... tapi kalau dapat beli kat KL or K'tan lagi best la kan...lebih banyak pilihan...boleh tawar-tawar lagi. Ini nak menawar sangat pun kesian plak kat budak tu.

Stop dulu la...nak sambung buat keja sikit...dah hilang sikit ngantuk bila menaip macam ni. Bye bye :)

~dariBMkeKK~

Friday, February 09, 2007

Habis seminggu....

Salam,
Senangnya rasa hati dah hujung minggu...dan kerja semua dah siap...jadinya bolehlah berehat-rehat dengan santai...(kekonon la...) Alhamdulillah...perut pun tak berkeroncong lagi, baru lepas makan nasi lemak, ada student jual kat lobi. Oklah...tapi sambal je sikit sangat...yang lain-lain kira ngam la.

He he he...untuk makluman, tak dapat satu tarikh pun yang sesuai nak pi jenjalan...sama ada naik k'terbang k'jaan atau pun k'terbang swasta. Bila tiket murah, masa tak sesuai...bila masa sesuai tiket dah mahal...iskkkkk sabaq saja la.

Minggu depan tak larat nak makan limau la...biasanya budak2 ni rajin bagi limau mandarin tu. Kalau sorang bagi 2 biji pun cukup la...jenuh la makan, tapi dah orang bagi kita ambik je, rezeki jangan ditolak :)

Minggu ni kami semua kat sini memang pening kepala, dah la nak siapkan soalan xm masa ni la depa nak buat meeting itu ini isk geram sungguh. Dah la kat sini meeting lama, setengah hari tu memang biasalah. Pernah dulu meeting bersambung ke sebelah petang...aiyarkkkkkkkkk memang penat kepala otak...tapi sabaq saja la...bertambah sabaq kalau makanan sedap... kurang sikit marah sebab sambil makan boleh juga update perkembangan terkini ha ha ha... gosip itu ini kwang kwang kwang.

Minggu depan kebanyakan kelas akan berkurangan ahli sebab dah ramai budak yang balik CNY, memang nak marah sangat sebab orang dah set bagus-bagus cuti semester sama dengan CNY depa nak juga ambik cuti awal. Harap-harap tadak la budak Melay* pun tumpang dua kaki balik cuti panjang juga, kalau ada memang nak kena sekeh kepala.
Oklah...stop sini kalau ada berita terkini update petang nanti kalau tadak...sampai sini saja la...ciao :)
~dariBMkeKK~

Monday, February 05, 2007

Sibuk dan pening...

Salam,

Minggu ni bermulalah episod sibuk + pening (hasilnya jadi lemah dan lesu) memang macam Bursa M'sia la kat Pej. Am, semua nak guna printer, copier dll...kami kena submit final xm questions uiskkkk semua muka tensi je... sabaq saja la.

Sabtu dan Ahad memang mai opis la juga...abang bulat outstation...so tak la kalut sangat (cehh macam la kalau dia ada kalut ke ke ke...), Sabtu pagi pi b'fast dengan Su kat Ser* Kening*u, lepas tu berjalan2 ke CP, kebetulan...ada pameran batik plak...eiii bestnya tengok kain-kain batik tu, tengok je ke? Oh tidak... aku sudah sambaq sepasang...(sepasang je...RM nipis dalam purse...) terus senang hati ho ho ho.... petang tu juga hantar kedai jahit (cekap sungguh...)

Lepak opis dapatlah siapkan 1 set soalan... peningnya kepala ni tak tau nak cakap macam mana.

Ahad pagi, lepas b'fast mai opis siap-siap untuk kelas pukul 11am - 2pm, habis kelas tak sanggup nak lepak opis lagi...terus balik, ingat nak tido agaknya penat sangat, mata tak bleh pejam... abang bulat tepon bagitau ada sedara dia (bukan saudara dekat...), ada kat hospital...'kalau rajin' pi la tengok... hmmm memang la tak rajin, penat la beb, tunggu dia balik la pi sama-sama.

Malam, Mja mai rumah...dia tumpang tido, kami pi memakan sayap ayam... hilang pening lepas dapat jenjalan, beli durian yang tak best (isi lembik ..), makan dua tiga ulas...lepas tu geram tengok aku terus masukkan dalam periuk + santan + sagu + garam + gula...hah jadilah pengat @ serawa durian... sedap plak (cehhh puji masakan sendiri ...) balik ni bleh la makan ada lagi dalam petiais nyum nyum.

Hah...budak botak menang lagi? Caya la...tapi awatlah dok fokus InaNa*m je, tolonglah...jgn la dok pakai pelik-pelik...kesian la kat minah tu, awatlah depa bagi dia pakai bunga plak tepi tudung tu. Terus jadi bertambah pelik muka dia. Habis ABP06 ingatkan nak tido...dah ngantuk sangat tapi dok layan citer hantu kat 41(or 42?) pukul 1.30am baru la naik bilik dan kroh kroh....

Pagi ni mujurlah boleh terjaga dengan senang...kalau tidak haru juga. B'fast dengan Sal, kak I, kak M, dan N... hah, lama tak b'fast ramai-ramai macam ni...wah sakan depa berjalan ke HK. Aku teringin tapi abang bulat sudah ingatkan aku plan nak buat Umrah tu...sat lagi dok sakan berjalan sana sini tak cukup plak RM nak ke situ. Insaf la dua tiga hari ke ke ke...ni dok berangan nak berjalan ke Mir* plak masa CNY, rasanya yang ni boleh kot...tengok la camno, kalau tadak tetamu insyaAllah kalau ada punahlah harapan tu...isk isk isk.

Petang ni abang bulat balik, sat lagi 5pm nak cau cin cau la...nak makan serawa yang sedap itu (he he he...jangan muntah sabaq sabaq....)

Bye all :) oh by the way... I am a sunrise :)


You Are Sunrise

You enjoy living a slow, fulfilling life. You enjoy living every moment, no matter how ordinary.You are a person of reflection and meditation. You start and end every day by looking inward. Caring and giving, you enjoy making people happy. You're often cooking for friends or buying them gifts.All in all, you know how to love life for what it is - not for how it should be.


~dariBMkeKK~

Thursday, February 01, 2007

Sibuk ke :)

Salam,

Wah...ada sikit2 sawang kat sini jap nak ambik penyapu nak sapu sikit...

::;;::

::;::

:;:

;:;

:;

;

Congratulations Alinlai, you are 43% not Malaysian.

That means you're as Malaysian as...

Michelle Yeoh!

How Un-Malaysian Are You?

Perghhh setaraf Datuk wa cakap lu... Bond Girl lagi...kui kui kui

Apa lagi kenkawan cuba la...lawak juga soalan-soalan yang ditanya ...

What a hectic week... arghhhhhhhhhhhhh tensi sungguh, sabaq saja la.

Ok chalo betty...

~dariBMkeKK~