Friday, January 26, 2007

7 Muharam ...


Salam,


:)


:(


(_")


("_)


Uiskkkk...boringnya petang-petang ni, baru balik makan sebenarnya ni...


Weekend ni tadak plan nak ke mana-mana, lepak umah je la nampak gayanya. Isnin - Selasa depan abang bulat cuti, pi main golf sampai pengsan...cuti dia banyak...dulu masa dia ada jawatan pentadbiran memang payah nak bercuti, la ni dia ambik kesempatan habiskan cuti yang ada.


Isnin ni 10 Muharam, insyaAllah kalau teringat nak la posa sunat. Tak ingat dah la macam mana nak buat bubur asyura (sora...) kena calling-calling bonda tercenta la nampak gayanya...sure tensen sebab last year dah bagi resepi, this year tanya lagi isk isk isk apa la anak dia ni :) sabaq saja la.


Kelmarin dah siap 1 midterm xm... minggu depan ada lagi 1, lepas ni sibuk buat final xm questions plak...eiii tak habis-habis la...cepatlah habis semester ni boleh relax sikit. Nak pi jenjalan cari makan ke apa ke malas nak duduk kat opis.




Dok berangan ni...nak pi Guangzho* lepas tu ambik train pi HK, hotel murah sikit... tapi kena discuss dengan abang bulat secara terperinci la...dia jenis yang kena plan...saya ni kadang-kadang impromtu pun jalan je... kos pun tidaklah mahal sangat, lagipun dah check ada banyak muslim rest. kat situ...senang sikit. HK tak boleh nak pi lama sebab barang mahal, kalau kat mainland barang murah lagi...hmmm macam best je kan?

Tak pa tak pa...reserve dulu, bincang masa lepak-lepak depan TV, kalau dia ON saya nak booking tiket je ni ha ha ha...ntah apa-apa la...nak berjalan, tapi bila difikirkan balik bagus juga ada hobi berjalan ni daripada hobi shopping tak tentu hala...tapi bila berjalan of course la shopping hmmm bahaya bahaya...

Apa-apa pun kot-kot jadi alangkah gumbiranya hati ini...tapi rancangan ini akan diusulkan juga, tunggu 31012007...kan ke Malays*aAirlines ada promosi besar-besaran...jom la kita melabur beramai-ramai.

Oklah have a nice weekend everybody, wal taufik wal hidayah, jangan buat kesalahan trafik dan jangan cari susah...ciao :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, January 23, 2007

Sesi terlelap...

Salam,

Hari ini hari selasa... lunch pukul 12pm - 2pm, temankan kawan pi TH, dia hantar borang apa ntah...lupa plak nak bawa buku kalu tidak boleh update tengok berapa juta rupiah ada dalam itu akaun...

Lepas tu terus ke sesi makan tengahari kat MU*S, makan borak makan borak...terus la ke sesi menengok-nengok barang contohnya tudung, kain ela, baju dll...dalam dok tengok-tengok je tu sempat masuk fitting room...try jubah + seluar...yang mana akan menjadi jubah saja sebab labuh ngam-ngam je, seluar tu pakai dengan baju lain...disebabkan rasa macam cantik je bila pakai baju tu (sesi perasan sorang-sorang...) maka menjadi hak milik saya la jubah tu...kwang kwang kwang...

Terus tak cuba-cuba masuk ke kedai lain lagi sebab nanti banyak beg plastik yang kena bawa :)

Sampai opis pukul 2pm...cantik je. Dah ada student menunggu...dok risau pasal khamis ni ada midterm xm...alahai relax la soalan senang je (jawapan mestilah susah...)

Lepas Zohor...terlelap kejap...terkejut sebab ramai bebenor orang mengetuk pintu...bukan masa konsultansi sila la jangan kacau...tapi dah ramai sangat yang tak faham bahasa, buka la juga bila tanya kenapa rupanya cari orang lain, macam la tak nampak nama saya kat depan pintu tu kena marah seround blah la budak-budak tu...isk isk isk sesia letak jadual konsultansi kalau depa bleh terjah je 'sesuka hati'... (macam fesyen Ely*na kat AJL21 plak....)

Petang ni nak balik awal sebab nak makan kek coklat yang kawan saya bawa dari Nilai...nampak yummy sangat, malam tadi sikit lagi nak memotong ala hepi besday tapi ditegah oleh abang bulat sebab dia diet la sekarang ni :(

Kawan saya mai KK, malam tadi baru dapat jumpa itu pun pi lepak kat bilik hotel dia je, lama sungguh tak jumpa...disebabkan kenal dua-dua orang (dia dan suami dia...) lagi la best sembang. Ni kawan masa kat US, sempatlah imbas sikit-sikit citer lama...mujurlah tak banyak kalau tidak pecah rahsia kwang kwang kwang...tapi apa la rahsia sangatnya...saya OK apa kat sana...boipren pun tadak...

Macam panjang je...tadi macam tadak idea tiba-tiba bleh jadi panjang plak N3 ni...magik sungguh. Ok berhenti dulu... bye all.

~dariBMkeKK~

Sunday, January 21, 2007

Ahad...keja ke?

Salam,

Apa citer la posting N3 hari Ahad ni?...ke ke ke...saya ada kelas la hari ni, sementara free ni apa lagi buat la N3 :)

Kelmarin petang ni melawat kawan balik buat Haji, seronoknya dengar dia cerita, dia bawa anak dia yang baru form 2, tapi memang anak dia hebat la...khatam Quran 3 kali kat sana, memang hafal semua doa-doa, tak payah nak buka kitab lagi, so dia dengan husband pun senang la aminkan je bagus sungguh anak dia tu...memang nampak muka berseri-seri la...

La ni saya memang terasa berkobar-kobar nak pi buat Umrah...dan insyaAllah lepas tu buat Haji. Yang syahdunya kawan saya kata, kata sepanjang di sana memang selalu dia teringatkan saya di KK ni, mudah-mudahan ada rezeki ke sana dalam masa terdekat ni. Tapi yang lagi terharu tu ada sorang student saya, dia hantar poskad dari Mekah...hmmm masa dapat poskad tu macam nak nangis je sebab dalam ramai-ramai orang yang dia kenal, kita ni ada gak dalam ingatan dia...isk isk isk...

Malam tadi tengok majalah 3, jelesnya dekat Norzie dengan Aidit muda-muda lagi dah dapat pi buat Haji dan fully sponsored plak tu...isk murah sungguh rezeki depa. Harap-harap lepas ni di lainlah penampilan Norzie...kalau pakai tudung terus pun lagi bagus kan :)

Malam ni ada Juara Lagu, ke ke ke nampak gayanya plan nak keluar jumpa kawan tu akan dikensel dah ditunda ke esok malam...

Malam tadi pi jalan-jalan KK, ingatkan orang tak ramai la rupanya ramai juga manusia...isk kami tersilap jangkaan. Tapi disebabkan tak la nak membeli apa pun...so memang window shopping je, ehhh saya beli jam dinding la...ingatkan murah rupanya mahal juga harga jam dindingkan...dapatlah yang kecik comel harga RM20, harap-harap tahan lama la. Yang rosak tu dibeli tahun 2002, harga RM10, ehhh lama juga jangka hayat jam tu, 4 tahun kiranya setahun RM2.50 berbaloi tu.

Pukul 1 bleh la balik rumah...janji nak pi ambik sambal tumis petai kat umah M, dia buat malam tadi tapi masa dia telefon dah nak sampai KK. Abang bulat nak masak nasi dan buat sup tulang, perghhh dah lapaq ni. Hari ni dia tadak kelas, kelmarin kelas tak dak sebab cuti Maal Hijrah.

Lepas ni nak siapkan nota kuliah untuk minggu ni, dan kalau rajin siapkan abstrak untuk hantar ke Conf. kat Turk* tu...mana tau ada rezeki bleh pi sana jumpa Simah :)

Ehhh Salam Maal Hijrah untuk semua...insyaAllah mudah-mudahan kita akan sentiasa dirahmati Allah Taala amin!!!!!!!!!!

Berhenti sini dulu...jaga diri bye all :)

~dariBMkeKK~

Friday, January 19, 2007

VMY2007

Salam,

Minggu ni tak la sibuk sangat pun, tapi ntah kenapa malas pulak nak update, tapi rasa macam tak best pulak bila pi blog orang lain ada je latest update, cite best pulak tu...nampak sangat la hidup gue yang boring kat sini...tapi layan je la keboringan tu.

Weekend ni ada kawan nak mai, tapi depa duduk hotel mana tak tanya pulak. Harap-harap dapat la pi jumpa depa kat mana-mana. Rasanya depa tak dapat nak pi jalan jauh-jauh sebab tanah runtuh sana sini...nak ke Kunda*sang pun tak boleh sebab tanah runtuh, tapi boleh la usulkan depa pi Kud*t, tapi nak konvoi tak dapek la...kami ada kelas hujung minggu.

Kat bawah ni artikel yang saya petik kat Berita Har*an Online hari ni....baca le...apa-apa pun JOM MELANCONG.... :)

Allah menyuruh kita berjalan atau melancong di atas muka bumi ini agar dapat kita melihat keunikan ciptaan alam. Dengan merenung kehebatan penciptaan alam akan dapat menimbulkan rasa kehambaan manusia kepada Tuhannya. Sebagai contoh keunikan hidupan bawah laut di Pulau Tioman, Pahang. Kejernihan air dan kepelbagaian hidupan lautnya amat menghibur dan menyentuh perasaan manusia yang melihatnya lantas melahirkan rasa kagum kepada Penciptanya.

Melancong juga kaedah terbaik menghilangkan tekanan perasaan dan kerunsingan. Lihat saja bagaimana Allah s.w.t pernah mententeramkan jiwa Rasulullah. Baginda dilanda musibah besar iaitu kematian Khadijah r.a isterinya yang tercinta dan juga meningkatnya tekanan kaum musyrikin terhadap baginda Akhirnya baginda dibawa oleh Malaikat Jibril a.s melancong melalui peristiwa Israk dan Mikraj.

Baginda dibawa dengan kenderaan berkelas tinggi iaitu Buraq dan perjalanannya pula melalui pelbagai suasana dan keadaan. Ada ketikanya baginda dikejutkan dengan suasana kesengsaraan penghuni neraka yang amat mengerikan dan ada ketikanya baginda dihiburkan dengan keriangan dan keseronokan penghuni syurga. Kemudian Baginda dibawa bertemu dengan nabi terdahulu di Masjid al-Aqsa dan sebagai kemuncaknya baginda dibawa bertemu dengan Allah lantas menerima anugerah solat lima waktu.

Pulang daripada perjalanan yang penuh bermakna inilah, baginda s.a.w semakin tabah dan kental dalam mendepani hambatan perjuangan dakwahnya yang semakin mencabar.

Melancong sesuatu yang harus, namun jika disusuli dengan niat yang baik dan tidak terbabit dengan aktiviti yang bercanggah dengan lunas-lunas agama pastinya menjadi suatu ibadat.

Justeru, bagi memastikan aktiviti pelancongan menepati kehendak Islam semua pihak yang terbabit dengannya mestilah memastikan tiada sebarang aktiviti menyanggah syariat berlaku.

Bagi agensi pelancongan, hendaklah sentiasa memastikan tiada sebarang bentuk penipuan dilakukan ke atas pelancong. Iaitu dengan mengenakan bayaran yang tidak sepatutnya, seperti khidmat pengangkutan dan pemandu pelancong. Begitu juga dengan arak, perjudian, hiburan (tidak menepati syarak) hendaklah ditiadakan. Kerana semua ini bukanlah menjadi budaya masyarakat tempatan dan adat ketimuran. Pelancong asing yang bertandang pastinya ingin melihat budaya tempatan dan bukannya budaya mereka sememangnya tidak mengenal erti halal haram.

Melalui pelancongan juga usaha menyebarkan dakwah hendaklah dilaksanakan oleh badan dakwah dengan menyediakan bahan bercetak dalam pelbagai bahasa mengenai Islam untuk diedarkan di pintu masuk ke Malaysia.

Poster dan papan iklan berkaitan dengan keindahan Islam juga seharusnya ditampal di tempat strategik menjadi tumpuan pelancong asing seperti di dalam KLIA Ekspres, komuter, monorel, bas, teksi, hotel dan sebagainya. Yang pastinya hingga kini kita belum pernah terserempak dengan sebarang bahan dakwah disediakan di tempat itu.

Di samping itu sepatutnya tulisan jawi diperluaskan penggunaannya agar masyarakat luar dapat mengenali tulisan asal bagi bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan bagi Malaysia. Namun di dapati di KLIA sebagai contoh, tiada langsung tulisan jawi digunakan bagi bahasa Melayu sebaliknya tulisan asing yang dipromosikan secara meluas.

Hotel sepatutnya memainkan peranan yang selari dalam memastikan industri pelancongan menepati kehendak Islam. Meskipun kebanyakan hotel menyediakan kemudahan arah kiblat di setiap bilik dan surau kecil untuk kemudahan pengunjung namun aktiviti maksiat juga yang diperbesarkan. Biasanya surau ada, pab ada. al-Quran disediakan, khidmat pelacuran (berselindung di sebalik khidmat urut) turut ditawarkan.

Pelancongan jika diteliti semula peranannya seperti yang terkandung di dalam al-Quran tidak akan hanya dipenuhi dengan kalendar hiburan dan pesta. Walaupun hasrat ingin memperkenalkan keunikan budaya dan adat masyarakat setempat adalah baik tetapi selagi ia menyanggah syariat ia tidak sepatutnya disuburkan.

Islam datang bagi memperbetulkan persepsi manusia terhadap kehidupan kerana di sebalik pelaksanaan syariat Islam di dalam segenap aspek kehidupan pastinya akan membawa kebaikan kepada manusia. Begitulah juga dengan industri pelancongan.

Semoga tibanya Tahun Melawat Malaysia 2007 tidak dicemari dengan aktiviti dilarang kerana bimbang mengundang bencana tidak terduga.



Renung-renungkannnnnn dan selamat berhujung minggu.....bye :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, January 17, 2007

Apa-apa aje...

Salam,


You Are a Fortune Cookie
You're a rather normal person, except that you have extraordinary luck in life.People want to be around you (even when they're a little sick of you), in hopes of being lucky too!

What Kind of Cookie Are You?



What Your Bathroom Habits Say About You

You are a giving soul. Way too giving in fact. You often get stuck doing the dirty work that no one else will do.

Your look is put together, classic, and stylish. You always look fashionable without trying.

You are a very outgoing person. You are true to yourself, and you never hold back.

In relationships, you are practical and realistic. You have a romantic side, but you only let it out when it's appropriate.



he he he...macam betul je pasal Bathroom Habits tu, apa-apa pun cuba la seronok juga buat benda merapu macam ni :)

Idea tarak...keja pun banyak, letak benda merapu ni je la bye all.

~dariBMkeKK~

Monday, January 15, 2007

Minggu baru lagi...

Salam,


  1. Ehhh dah 15 hari dalam tahun baru...cepat sungguhkan?
  2. Hujung minggu yang santai...sabtu memang lepak rumah seharian, jimat duit masak siang dan malam...hujan pulak tu sedap je makan bubur jagung perghhh tapi dah habis la.
  3. Ahad pi pasar je, petang ada tetamu dari Semporn*, malam makan kat rumah.
  4. Ehhh itu je aktiviti hujung minggu?
  5. Minggu depan dan minggu seterusnya, dah hilang hujung minggu sebabnya, sabtu 4 - 7pm abang bulat ada kelas, dan ahad 11am-2pm saya ada kelas pulak...kui kui sabar sajalah...tak pe rezeki tu extra income untuk kami :)
  6. Ok itu saja bye :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, January 09, 2007

Hujan lagi...

Salam,

Hujan ooo hujan lekas berhenti...
Hujan ooo hujan usah turun lagi...
Lama sudah ku nanti...

Hmm lagu sapa ntah...tak ingat tapi rasanya pasangan duet...ni lagu jaman kecik-kecik ni.

Sejuk KK la ni, hari ni 25.5 C, kat sini hujan renyai-renyai kat kawasan yang banjir tu sure lebat dan banjir pun tak surut la. Orang Kelate dan Ganu memang dah bersedia...orang negeri lain yang haru sebab kawasan yang tak biasa banjir pun dah banjir macam kat Joh*r hari tu.

Tapi kat M'sia masih perlu bersyukur sebab banjir biasa-biasa je, kat Indon bukan setakat banjir air, banjir lumpur semua cukup... lagi haru biru. Alam sedang memberikan tindakbalas terhadap segala tindakan manusia.

Tengah boring ni, dok baca buku sikit-sikit prepare untuk kelas petang esok...break jap.

Ramai pulak kenkawan dah nak pi sambung belajar...lega juga sebab orang pun kurang menyoal kami yang masih tak pi sambung lagi ni ke ke ke...malas la kalau ramai dok menyoal, kita yang nak study kita tau la bila kita ready...jangan la menjerat diri sendiri, lagipun kalau nak pi study tu kena la prepare mental dan fizikal...tak nak la redah je, menjerat diri namanya tu.

Suka pula dengar lagu baru 'budak botak' tajuk Langit Biru tu... kesimpulannya saya memang minat lagu-lagu dia ke ke ke... biarlah orang nak kutuk apa ka...tapi rasanya as a singer, he's a great singer (for me...) album dia keluar je nak pi cari kat kedai, bagi dia kaya lagi...biar artis lain jeles ha ha ha....(orang jahat musti ketawa....) biarlah dia menang lagi ABP nanti... biar tambah lagi koleksi kereta dia. Tak kisahlah dia tak pandai menari ke, gossip sana sini...apa la salahnya tolak semua benda tu ke tepi kita cuma dengar suara dia saja, dengan artis barat boleh pulak kita tolerate, sedangkan artis barat lagi sakan, ada anak luar nikah, ambik dadah dll orang masih minat, tapi tang artis kita sendiri silap sikit je kena hentam kiri kanan, kesian sungguh.

Ini dimasukkan lirik lagu baru budak botak tu ...

Artis : Mawi

Lagu : Langit Biru

Deru angin yang memburu melujur laluan

Membikin dedaun hati bergetar

Beliung melanda kejam laungkan kepiluan

Naluriku biru warnanya merakam birunya jiwaku

Berdirilah di pentas itu tanpa membisik namaku

Kalau terputus paluan beranilah sambung kembali

Mungkin lebih biru langitmu di sempadan sebelah situ

Mungkin cuma hanya

Sekadar ribut di dalam cangkir cuma

Bukannya aku untuk meramal

Juga dirimu pastikan hari mendatang

Aaaa.......

Berdirilah di pentas itu tanpa kau menyebut namaku

Mungkin lebih biru langitmu di sempadan sebelah situ

Mungkin cuma hanya

Sekadar kalut ribut di cangkir cuma

Mungkin lebih hijau lamanmu di sempadan sebelah sana

Ataupun hanya ribut melanda di dalam cangkir cuma

Siapalah aku untuk meramal juga dirimu untuk pastikan

Lepaskan saja

Deru angin semalam sebuah jeritan

Wajah-wajah jiwa insan yang biasa

Biasa.......


Opsss...dah masuk isu hiburan plak...ha ha ha jangan pelik ini bakat semulajadi ni mengupas isu terkini dunia hiburan tempatan dan antarabangsa...saya pernah ditawarkan jadi wartawan hiburan Utus*n, cuma bukan rezeki kat situ, kalau tidak ntah apa la jadinya dengan saya ni ke ke ke...hmmm.

Ada ramai orang tegur...saya nampak berisi...harap-harap berisi yang ada 'isi' aminnnnnnnnnnn...

Ok stop sini dulu...ada masa terluang saya update lagi perkembangan saya kat sini, insyaAllah KK tak banjir, tapi kalau banjir juga boleh la masukkan gambar, boleh kenkawan berkongsi pengalaman banjir dengan saya....(kalau banjir la...) isk apa merapu ni... bye all

~dariBMkeKK~

Monday, January 08, 2007

Musim ujan @ KK

Salam,

Awal-awal tahun kat KK ni memang sejuk la...boleh dikatakan setiap hari hujan...disertai dengan angin yang sejuk...hari ni cuma 27 C sahaja, sejuk tu...brrrr...

Malam-malam lagi sejuk, tapi malam sejuk oklah, tido pun best je :)

Hari Jumaat, balik opis terus plan nak pi tengok wayang...lepas Maghrib bersungguh-sungguh pi cinema, rupanya tadak banyak show sekarang ni, tapi dapatlah juga masuk tengok Night @ The Museum, seronok... very entertaining. Ingatkan cerita seram...rupanya lawak. Lepas tu ingatkan nak terus balik rumah, abang bulat lapar rupanya...kami pi kedai mamak, makan mee goreng sepinggan kongsi kekonon romantik la, tapi perut ku sudah kenyang mata sudah layu...order kopi 'O', orang lain minum kopi mata tak boleh pejam...aku minum kopi pun boleh tido macam biasa je...isk isk isk

Hujung minggu yang santai, selain daripada mencuci baju dan melipat baju kami merelakskan diri dengan berjalan sana sini, dan mencuci kereta yang baru keluar dari bengkel...Alhamdulillah kereta dah balik rumah legaaaaaaaa sangat-sangat.

Malam, makan kat rumah...seronok pulak cerekarama 'Marobbuka' tu, rasanya pertama kali cerita pasal penguasa penjara, tapi seram juga bila diterangkan proses menggantung banduan tu... boleh tercalon untuk Anuger*h Skr*n tu. Ingatkan nak sambung tengok 6th Sens*, tapi mata dah layu sangat...naik tido lagi bagus.

Ahad pagi lepak rumah je, lepas tu abang bulat pi urut badan... saya pi ronda-ronda...dapat slack 1, beberapa barangan yang dibeli kat Guardi*n...isk isk isk nak habiskan duit cepat je. Lepas lunch balik tido krohhhhhhhhh...seronoknya sebab dah lama tak tido petang. Hujan pulak tu isk memang ngam la...

Isk...boringnya N3 ni kan? Tak pa la kenkawan layan je la...nak bercerita benda lain pun tadak idea sangat tapi kalau tak masukkan N3 baru rasa bersalah plak ke ke ke...

Material untuk kuliah dah siap, nak touch up sikit-sikit lagi je, masukkan bahan sini sikit, sana sikit...oklah tu.

Hujung minggu ni kami ada tetamu...MIL adik ipar nak tumpang rumah jap, anak dia masuk Maktab dan Poli. Depa tadak sedara mara kot kat KK ni, so bila anak depa kawin dengan adik abang bulat kami ni otomatik jadi sedara depa. Tumpang kejap no hal...kalau lama apa hal juga la ke ke ke...

Ok bye all

~dariBMkeKK~

Friday, January 05, 2007

Hujung minggu 1 bulan 1, 2 kosong kosong 7

Salam,

Dah 5 hari dalam tahun baru, kejap je masa bergerak :) pejam celik dah habis bulan 1 erk....

Opis masih lengang lagi...masih ramai yang bercuti. Saya tak nak bercuti lagi...nak kumpul cuti sebab nak balik cuti lama sikit bulan 5 nanti naik kapal bawah ni :)


Abang bulat teringin nak golf kat Semenanjung plak...ni kena plan dengan Achik , biar orang lelaki pi golf kita pi berpoya-poya ok ka rancangan ni?

Hari ni kami ada majlis sambutan Raya Haji, Krismas & Tahun Baru... makan lagi le nampak gayanya Simah jangan sedih tang bab-bab makan ni ok, kalau hang mai sini chek bawa dan jamu hang makan-makan sakan ok? Ataupun kot-kot ada rejeki sampai sana hang bawa la chek pi makan-makan sakan boleh juga tu :)

Malam tadi tengok Amaz*ng Rac* Asia, mula-mula cuak juga sebab masa kat Indi* depa kena makan daging 'oink oink'...isk si Zabrin* tu makan ke, tiba-tiba masa makan dia sebut Jes*s...ok sahih le she's non muslim lega rasanya...kalau tidak tak boleh dibayangkan...tapi kenapalah ada juga part-part makan benda-benda pelik tu bagi la makan capati + dhal + kari yang veggie je, ni siap ada daging segala...

Tapi seronok tengok rancangan tu sebab boleh berangan berjalan ke sana sini, saya ni lemah sikit bab makan angin ni, jari ni cepat je nak klik kat website kapalterbang kat atas tu...berangan nak pi Vietn*m tahun ni...kui kui kui tapi angan-angan je, kalau jadi pun best juga tu.

Ok untuk kenkawan...selamat berhujung minggu di minggu pertama bulan 1, 2 kosong kosong 7 ni...rasanya macam nak check in kat mana-mana resort je, sebab sure tak ramai orang ke ke ke...see kan saya dah kata saya ni suka berjalan (dalam erti kata lain ngabihkan RM....erkkkk).

Bye all :)

~dariBMkeKK~

Thursday, January 04, 2007

2 kosong kosong 7

Salam,


Salam Tahun Baru Masihi...2 minggu lagi kita sambut Tahun Baru Hijrah pulak :)


Semester ni sebenarnya saya memang free...tapi (ada tapi tu...) bukankah dua minggu berturut-turut kita cuti panjang...jadi bila masuk kerja hari Rabu tu memang tak sempat nak taip N3, saya ada kuliah + tutorial Rabu dan Khamis...2 hari ni je sibuk hari-hari lain hooo haaa juga ke ke ke...


Hari Raya Aidil Adha...kali ni beraya dengan abang bulat + SIL, tapi hari raya 1 ramai orang mai rumah sebab saya buat Laksa kali ni guna ikan tuna, sedap (ehhh puji diri sendiri pulak...), rebus nasi impit dan beli kuah kacang (kuah sate segera ...ke ke ke...), memang bisnes laku. Seronok menjamu kenkawan...tak ramai pun yang dijemput, tapi mana yang dijemput semua mai...oklah tu. Malam lepas Maghrib pi rumah Kak J, makan nasi kerabu kaw kaw punya....lepak sampai dekat pukul 10pm, kekonon nak pi sat saja, sembang punya sembang melarat sampai lewat juga. Lepas tu pi hantar SIL balik rumah sewa dia.


Hari Raya ke-2, lepas ambik daging korban, kami bakaq, rebus tulang. Buat nasi hujan panas (tak dak kaler sebab kaler yang dibeli hilang...ke ke ke...), air asam, gulai kepala ikan...makan 5 orang perghhhh nyum nyum la daging baru sembelih. Lepas makan, tetamu pun balik, sempat berehat kejap kami pi rumah abang S, makan pun sikit-sikit je, tapi tetap makan sebab ada bubur kacang durian yang sedap...abang bulat dah dapat ketupat palas dia...ada ke dia sms adik saya kat kampung minta poslaju ketupat...mujurlah mak tak buat kalut suruh depa pos isk isk isk.


Selasa....relax habis. Pi urut kaki, pi minum kopi...malam ingatkan nak lepak kat rumah je, dah siap panaskan kuah laksa, sup dll, tiba-tiba ada jemputan lagi....Alhamdulillah rezeki lagi, pi makan nasi + sup daging + daging bakaq + ayam tandori...memang makan kaw kaw la...alamak kenyangnya...sembang lagi lepas makan, tak sedar diri semuanya sebab esok dah kerja, dan yang lagi best anak-anak depa nak pi sekolah...kami dua tak pa la...tapi kena bangkit awal sebab azam tahun baru nak pastikan punch card kaler biru :)


Iye...banyakkan aktiviti makan-makan...memang lepas ni kena la kurangkan makan daging.


Saya tak la rasa pening ka apa ka...tapi abang bulat ada gak rasa lain macam, harap-harap lepas ni oklah. Lagipun malam-malam dia jarang makan berat, makan buah je.


Malam tadi laksa tu ok lagi...ingat nak panaskan lagi malam ni tapi cadangan saya telah ditolak, kuah laksa tu dah tadak isi pun ada rasa-rasa kuah laksa je...rasanya balik ni kena buang le.


Cadangan awal memang nak balik raya kat kampung abang bulat, tapi lepas eksiden tu dan kereta yang kami sewa ni pun macam tak ok je untuk jalan jauh kami kensel la rancangan. MIL raya dengan 2 orang cucu dia. Anak-anak lain pun tak balik.

Itulah kisah raya dah kisah tahun baru??? Hmmm malam tu letih melayan tetamu tido tak sedar diri, bila bangun tengok banyak gak sms, barulah nak membalas apa yang patut :)
Oklah itulah kejadiannya kisah Raya Aidil Adha dan Tahun Baru...penuh dengan makan-makan ke ke ke...ok ciao.
~dariBMkeKK~