Monday, August 27, 2007

Hujung minggu?

Salam,

Ok hujung minggu kenkawan? Hujung minggu aku perghhhh padat dengan aktiviti bebas dan tak bebas...ok ini aktiviti-aktiviti tu:

Sabtu [siang] - Brunch kat Seafood Rest.

Menu:

Udang Mentega 1/2 kilo
Kerapu Stim ala Nyonya
Kailan Bawang Putih
Teh O Limau
Jus Nenas

Harga RM76++

Sabtu [malam]

Pukul 6pm dah pi jumpa budak-budak AJK untuk ceramah yang mula pukul 8pm, susun meja pendaftaran dll... elok siap je, hujan lebat + angin kuat sangat.... basah la meja tu, alih pula ke tengah sikit... lama hujan dekat pukul 10 baru berhenti.

Yang nak mengamuk tu ada ke tadak microphone... technician pi mana ntah... eiiii geram sungguh, mujurlah penceramah tu OK [depan kami le....belakang kami tak tau la], dengan students 1000++ percaya tak... aku + kawan 1 + kawan 2 je yang uruskan majlis, mujurlah ada 7 orang AJK yang dilantik last minute kalau tidak mau pengsan aku kat situ.

Dengan ada budak yang isi borang kehadiran lepas tu buat2 pi tandas... kenalah jerkah sedas dua... macam tatau trick depa...isk isk isk.

Masalah katering plak...yang dijamu kek dan air panas saja... aku janji dengan AJK tu ada makanan berat [e.g. Mee/ Bihun/ apa-apa yang dikira berat]... hujan reda sikit, ajaklah abang bulat teman pi beli Nasi Ayam kat depa tu... kesian pulak. Dari pukul 6pm dah tercongok kat situ, mestilah depa lapaq...suruh depa bawa balik segala air botol dll, muka masing-masing ceria la sikit.

Hmmm malas sungguh la berurusan dengan orang admin ni, kena isi segala borang tempahan, tapi hasilnya sama gak...kita juga yang kena buat keja isk isk isk sabaq saja la.

Ahad [Pagi - Petang]

Pi kenduri kat Membak*t, jauh gak dari KK ni 90++ km. Sampai dalam pukul 1.30pm, pengantin baru lepas bersanding, lepas jumpa dia kami pun pi makan dengan berselera [maklumlah lapaq]. Sejam lepak... siap dibungkuskan kuih lagi [he he he].

Kenduri kat sini makan awal... pukul 9am dah boleh pi makan, biasanya pukul 2pm dah habis majlis... kami sampai kira ngam-ngam la... orang pun dah kurang, nak makan pun selesa. Kalau sampai masa peak hmmm pening gak la.

Balik singgah Zohor kat Bongaw*n, lepas tu singgah makan buah kat tepi jalan nak bawa balik sorilah... abang bulat mana mau kereta bau durian... lupa nak bawa bekas, kalau tidak aku tapau lagi durian tu....sedaplah pulak. Beli manggis dan rambutan je la.

Sampai rumah dah pukul 5pm, lepak tengok TV... malam tu kebanyakannya TV tengok aku, lepas Smallvill* tidolah....ngantuk weh.

Isnin [Pagi]

Malasnya nak bangun datang keja.... pukul 9.30am baru masuk opis.... tak kisahlah... balik lambat sikit :)

Itulah kenkawan cerita hujung minggu... tak la menarik sangat pun... tapi memenatkan la.

Apa-apa pun layannnnnnnnnnnnnnnnnn !!!

~dariBMkeKK~

4 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

kalo tiara kan, hujung minggu kalau ada aktiviti tak kira ar pi kenduri ke apa ke..tiara happys angat ari senin..

ekkeee.. bestkan jalan2

Anonymous said...

kenduri tak pe....tapi bab ada aktiviti layan studnts tu yang tak tahan dik oiiii malam minggu plak tu isk isk isk :(

Mummy Rizq said...

wei.. banyak aktiviti makan makan yer! tp hang tak jugak besor besor!

Anonymous said...

Achik,
ke ke ke...ye la ntah ke mana makanan tu pi, apa bleh buat hobi makan2 :)