Thursday, November 30, 2006

dari 'airport ke airport'

Salam,

Cepatnya masa berjalan...hari ni dah 30 11 2006, lagi 1 bulan untuk memasuki tahun baru 2007. Hmmm tanda-tanda akhir zaman semua tu. Amalan??? Kenalah sentiasa dipertingkatkan...

Malam tadi lepas ambik abang bulat dari KKIA singgah la 'Resepi Rahsia', ambik hati la sebab saya terlewat pi jemput dia he he he... 5.15pm baru keluar...dia turun kapal 5.10pm...kwang kwang kwang... dah la jalan 'jammed' dekat 6pm baru sampai...sekali sekala lambat... biasanya saya yang tunggu lama kat situ...yang pasti memang ramai sokmo kat situ, untunglah sapa yang bawa masuk francais tu ke sini :)

Tadi hantar abang bulat pi KKIA, sebelum tu singgah makan kat 1 restoren kat kawasan Semb*lan...nak tau sapa saya jumpa? Lisd*wati & tunang dia...(apa nama ntah...). Seperti biasa abang bulat tak cam... jenuh la nak cakap bisik-bisik tak nak la ketara sangat...bila dah dia cam, boleh dia ajak saya duduk meja sebelah meja artis-artis tu...isk isk isk...tapi biasalah tak la pi bersalam ke sebab tak minat ke ke ke...yang pasti tak la cantik sangat, kurus sangat minah tu... memang dia 'mesra kamera' la...dalam TV nampak cantik, kat luar biasa je. Dengarlah depa bersembang nak pi Pasar Filipin*... nak telefon paparazzi pun risau gak, ntah-ntah paparazzi pun tak kenal sapa minah ni kwang kwang kwang...

Ehhh baru je buat peringatan pasal akhir zaman...dah dok kutuk artis pulak...ke ke ke...sorilah, jadi kenkawan janganlah sama-sama mengutuk ye...baca je :) Boringnya kat opis ni...dah la sunyi sepi, nak buat kerja pun malas...isk, silap-silap balik awal ni. Nak pi jalan-jalan malas la pulak. Lepak opis je la...baca blog kenkawan lagi bagus, jimat $ dan tenaga :)

Kesimpulannya...tak sampai 24 jam saya berulang alik ke KKIA, isk isk isk...dan abang bulatku itu...tak sampai 24 jam terbang lagi, mujurlah sekejap je...kalau lama memang pengsan la dalam kapal :) tapi kesian juga, turun nanti...jauh lagi perjalanan dia...dalam kereta lebih kurang 5 jam lagi. Hmmm sabaq saja la no komen sebab ntah kenapa saya boleh tidak terlibat dalam perjalanan yang jauh itu...bukan ngelat tapi dah tersurat saya kena ikut program lain...(kui kui kui...)

Ok...idea sudah hilang kalau ada peluang esok pagi saya update cerita ceriti saya ciao all :)

~dariBMkeKK~

Wednesday, November 29, 2006

Mimpian tak Jadi...

Salam,

Ehhh lama juga tak update N3, bukan malas...cuma tadak ruang nak menaip...banyak sungguh aktiviti bebas luar pejabat dua tiga hari ni :) Minggu ni baru punch card seperti biasalah...merah, sebab pagi tadi pi cuci kereta dulu...baru masuk opis. Maklumlah Isnin - Selasa pi berehat sambil kerja kat Resort cikai, pasai apa cikai...nanti aku story.

Sabtu petang abang bulat pi Kch (tikar baru ku sudah dibeli yesss!!!), Ahad tak pi bersukan sebab our volleyball team sudah kalah... jadi penyelaras sukan kata tak payah turun la (aku suka...ke ke ke...t shirt dan topi dah dapat...)

Disebabkan tak payah pi bersukan...aku pun buat perancangan yang bagus sangat-sangat, kidnap M bawa dia pi KK tengok wayang. Anak-anak dia kalau mami keluar dengan aunty lyn ok je...1.30pm pi KK, 2.25pm kami dah dok nganga tengok The Red Kebay*, aku bagi 4 bintang... cuma 'casting' je yang kurengggg yang lain-lain memang bagus. Malas nak review, pi la tengok sendiri ke ke ke...

Habis wayang perut lapar...masuk pulak restoren 'Resepi Rahsia', mula-mula teringin kek je...tapi bila tengok menu perghhh sedap pulak order lagi 1 meal kongsi 2 orang...sembang punya sembang 5.15pm baru la balik, sampai rumah around 5.35pm...rushing la Maghrib before 6pm. Best....

Malam tu barulah terkial-kial buat notes untuk ceramah Isnin malam, untuk Isnin petang dah siap...pukul 11pm juga masuk tido...lepas tengok citer apa ntah.

Isnin pagi...bermulalah trip ke Resort cikai...aku bawa M + the kids, kami sampai around 11am, anak2 dia terus terjun kolam...mandi manda di tengahari...aku cool lagi sebab sat lagi ada slot ceramah, tak nak la obvious sangat keterujaan aku dengan kolam tu.

Ceramah 2.15pm - 4.15pm, 4.50pm dah dalam kolam dengan kanak-kanak ribena + mak depa...sakan la kami, jenuh bagi arahan sebab budak-budak tu nak terjun kat bahagian yang dalam...hmmm sabaq saja la...dah la lupa google, aku kalau tak pakai google hampeh la...

Anak dia yan sulung plak muntah-muntah...pasai apa ntah, mungkin tertelan air kot, bukan sekali tapi berkali-kali...hmmm risau juga sebab budak tu ada asma, haru haru...alhamdulillah lepas sapu Vicks, bagi dia tido OK ... ehhh lupa pulak nak citer pasai apa aku kata Resort cikai... ntah berapa kali air tadak...isk isk isk jenuh la telefon receptionist, malam tu simpan air 3 botol untuk kanak-kanak ribena tu cuci apa yang patut.

Bangun pagi...isk tadak air lagi, alasan kali ni ada paip pecah, hmmm tak boleh jadi, 8.30am tadak air lagi...kami sapu muka dengan 'baby wipes', lepas tu blah la...mana bleh jadi ini macam, tadak air la pulak... ingatkan nak pi check in kat resort lain...tapi anak dia yang sulung tu dah melepek...(budak ni jenis tak tahan berjalan....) kensel la...balik rumah je la. Untuk makluman...nama resort cikai itu ialah Mimpian Jad*...rasanya eloklah pengurusan tukar je kepada nama baru Mimpian tak Jad* lagi bagus.

Sampai rumah, mandi manda...keluar bayar apa yang patut...ingatkan nak masuk opis la...hmmm siaran TV lebih menarik dan sofa bed memanggil-manggil...tido je la, terjaga sebab abang bulat telefon tanya nak tikar harga yang macam mana...ntah apa la aku jawab sebab mamai-mamai...kwang kwang kwang...yang pasti aku ada tikar baru...yesssss!!!..dan hari ni masuk opis pun tak bersemangat sebab sunyi sepi, ramai yang bercuti-cuti M'sia. Yang pasti...hujung minggu ni aku kat KL dan Penang...ingatkan nak lepak KL je, tapi hmmm Ahad pagi balik Penang sampai Selasa, isk isk isk...tak jadilah plan nak meronda KL. Lain tahun la nampak gayanya :)

Petang ni abang bulat balik, ETA pukul 5 lebih, esok t'hari flight dia ke Sdkn, he he he...busy sungguh dua orang ni kan? Tak pe la...sekali sekala je bukan selalu...dah lama dia tak out station. Bagus juga busy sekali sekala sebab bila jumpa kita jadi lebih mesraaaaaaaaa ... mungkin ada orang yang tak boleh berpisah lama-lama tapi aku OK je, as long as aku tau mana dia pi. Lagipun kalau pasal kerja kita kena redha dan percaya satu sama lain insyaAllah OK je tu.

Wah...panjang pulak cerita aku...selamat membaca :) tak la best sangat pun ke ke ke....ciao all.

~dariBMkeKK~

Friday, November 24, 2006

Majulah sukan untuk negara!

Salam,

Sunyi sepi kat sini...ada yang berkonferensi, ada juga yang menghilangkan diri (erk...) dan ada juga yang menguncikan diri (diam-diam dalam bilik).

Esok ke Mimp*an Jad* Resort...tak tido sana sebab petang abang bulat nak pi Kch. Isnin malam baru nak tido sana sebab slot aku di sebelah malam...bawa M & kids, boleh la dia bagi the kids mandi manda...aku tak la bermandi manda...students ramai weh...tapi kalau jadi ke Karambun*i baru best nak bermandi manda sebab swimming pool situ besar dan cantik sikit...tapi tak tau la jadi ke tidak, baru merancang.

Tadi hujan lebat...kalau esok dan lusa hujan lebat macam tu lagi barulah sakan bersukan...Ahad ni memang kat padang la...kekonon atlit harapan la kui kui kui...dah pi ambik t-shirt + topi tadi, tak pa la tak dapat hadiah pun ok sebab dah dapat t-shirt free yang cantik :)

Malam ni ada semi final JL, tapi Reffles*a kat TV2 pun best juga, aku boleh je layan drama Melayu, kadang-kadang tadak citer menarik S*mbilu Kasih, Janj* Dian*, Gerak Kh*s pun aku layan juga he he he...tapi layan sambil mulut pun dok kutuk la dialog2 jiwang karat tu.

Sebenarnya petang ni ada orang minta turun main badminton, isk tiba-tiba jadi atlit harapan bangsa pulak...tapi tak pa la...esok memang tak boleh turun main, lusa nak main bolatampar, sat lagi clash masa ke payah pulak...macam la hebat sangat nak main itu ini...letak nama untuk satu acara pun dah cukup, boleh masuk CV tu :)

Lagi 2 minggu kakak aku nak kawin (10th Dec.)...malangnya aku tak dapat balik, sebabbbbbb tarikh kenduri sama dengan kenduri adik ipaq aku (huk huk huk...) boleh je kalau nak balik tapi kena la jaga hati abang bulat juga, dah la kenduri kat kampung minggu depan aku tak balik (aku pi KL), so aku janji pi kenduri sebelah lelaki on the 9th Dec. takkan la nak rushing balik Penang kot. Dalam kes ni kos melepas kenduri kakak aku la...mujurlah family aku jenis tak pa...depa pun faham bukan semua event kita boleh attend...banyak benda kena timbang e.g. masa, kos, tenaga dll...sabaq saja la :(

Oklah...selamat berhujung minggu, drive safely and take care all :)

~dariBMkeKK~

Thursday, November 23, 2006

P@k L@h 2 KK

Salam,

Saja la nak bagitau kenkawan...hari ni pi tengok P*k Lah kat Suter* Harbour :) Tak sempat nak pi sembang-sembang sebab lapaq...aku pi cari makanan dulu, sedaq dia dah balik...ke ke ke (cehh macam la dia kenal aku)

Petang ni ada latihan volleyball...tapi tak pi sebab penat berkejar ke sana sini...habis majlis pukul 4.30pm, latihan pukul 4pm - 5pm, sampai opis tadi dekat 5pm...alang-alang lambat tak payah la pi berlatih...sebab kelmarin pun masih boleh serve dan masih boleh ambik bola...kira OK lah untuk tahap-tahap pemain 'bidan terjun' macam aku ni :)

Hari ni balik lepas maghrib, tak payah masak la...malam tadi disebabkan penat volleyball...abang bulat penat golf kami makan malam bersungguh-sungguh...meratah ketam masak serai cili kering dan sayur kacang kelisa belacan.

Sungguh produktif hari ni...siap semua bahan untuk hari Sabtu dan Isnin nanti, kena siapkan sebab Ahad seharian kat sukan staf, malam for sure letih mata pun cepatlah layu....krohhh krohhh la.

Esok ada 1 hari lagi untuk top-up apa-apa yang patut...tapi tak nak la suap sangat, nak buat sesi dialog juga biaq budak2 tu pun bercakap juga. Kalau 2 jam kita bercakap...depa pun boring juga, nak bercakap 1 jam je, 1 jam berikutnya sesi soal jawab dan minta depa bentang barulah best sikit...kalau nak jadi usahawan kenalah berani bercakap, kalau dok malu-malu, tak payah la...buang karan je.

Ini ada satu doa yang baik untuk diri kita dan zuriat kita...ada kawan forward...marilah kita sama-sama mengamalkan doa ni :)

Surah Ali 'Imraan,Ayat : 38

" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kpdku dr sisiMu zuriat keturunan yg baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima) doa permohonan".



Ok...cukup untuk hari ni...esok kita buka cerita lain pulak, ta ta all :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, November 21, 2006

Petang yang ngantuk...

Salam,

Eiii ngantuknya....pasai apa ntah. Nak kata tak cukup tido, macam terlebih. Ntah la kenyang sangat pun tidak la juga. Tapi mungkin sebab penat packing kotak dan penat angkat kotak pi pejabat pos tadi kot...

Biasalah aku semua nak buat sendiri, boleh je pos esok minta tolong abang bulat angkat kotak2 tu...tapi nak juga pos hari ni. Memang perangai aku macam tu, cuba sedaya upaya siapkan kerja sendiri...lepas tu mula la penat...berat juga kotak tadi tu 1 kotak 2.5kg, 1 kotak lagi 5.5 kilo...he he he...ambik kau ulangalik 2 kali dari kereta nak ke pejabat pos tu. Macam nak tertido je ni...

Hari ni balik lepas maghrib la...pagi tadi mai opis dekat jam 9am he he he...malasnya nak bangun.

Bising pulak kat bawah ni...bila nak siap ntah la pejabat am ni, seronoklah kerani-kerani tu nak pindah tempat baru...kami pun seronok juga sebab kalau keluar tak la kena lalu depan pejabat am..yesssss aku suka!!!

Isk isk isk....ngantuknya, nak kunci pintu la nak lelap sepuluh minit (iye ke sepuluh minit????) ngantuk sangat-sangat ni. Malam ni la buat nota untuk Kursus hujung minggu ni, ada gak rezeki aku 1 jam RM150/- dptlah seribu lebih kalau claim nanti....perghhh boleh beli tiket balik kampung, seribu lebih boleh 2,3 kali balik kampung, kalau naik k/terbang bajet murah la...kalau yang bajet mahal, sekali saja le. Apa-apa pun...Alhamdulillah syukur :)

Hari ni tadak lagu ye...tak boleh la nak letak lirik lagu je, nanti orang ingat aku ni keja kat kedai kaset pulak kui kui kui.

Hujung minggu ni abang bulat outstation, pi jadi hakim debat kat Kch. aku dah hints tikar s'wak yang boleh lipat2 tu (hiks...) harap-harap sampailah signal hints aku tu...hujung minggu ni aku nak main volleyball wakil jabatan sempena sukan staf, last main volleyball tahun 2004, skrg dah 2006 isk isk isk...tak tau la macam mana gaya melompat-lompat nanti...

Memanglah malas nak bersukan (melainkan jogging sekali sekala...) tapi kesian la pulak, tadak orang nak wakil gugusan sastera...aku pernah wakil untuk bowling, carom (ha ha ha...), bolajaring kira wakil 'bidan terjun' la. Volleyball belum pernah lagi...main je la, menang kalah tak payah cerita lagi ...

Oklah...ciao cin cau dulu, nak buat keja sikit (sikit jer...) ta ta.

~dariBMkeKK~

Monday, November 20, 2006

Hari-hari terakhir di bulan Syawal

Salam,
I really love this song...dunno why...so, to all my blog readers (cehh macam ramai yang baca), enjoy the song!!! (sila nyanyi sendiri ok ... he he he...)
Aku Bukan Untukmu - Rossa
Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Ta ta all...
~dariBMkeKK~

Friday, November 17, 2006

Hujung minggu weh...

Salam,

Dah Jumaat...kejap je masa bergerak...sabaq saja la.

Pagi mesyuarat gred final xm...Alhamdulillah tadak sapa berani nak komen-komen gred aku...ha ha ha...(nampak sangat brutal....) semua lulus saja...tapi aku pulak yang ada hati menyoal dekan pasal penilaian kursus dia ha ha ha...gelak lagi. Biasalah tak sayang mulut aku ni, sebab tu la pantang jumpa soalan yang dekan akan tanya...bila nak pi sambung belajaq...dia dah boring la tu tengok muka aku....kui kui kui.

Lepas Jumaat...pi open house (lagi????), makan nasi, ikan putih masak sos (besaq sungguh ikan tu....), kari daging, sayur terung...memang yummy :)

Malam ni ada tetamu nak mai (bakal besan MIL), aku akan goreng mee sahaja, nak masak tak sempat dah...abang bulat banyak kerja lagi...isk isk isk...tak pa la biaq la depa sembang aku boleh memasak dengan jayanya...setakat goreng mee 2 kilo tu pejam mata pun boleh. Kita buat mee goreng mamak kaw kaw ...

Esok, ada sorang SIL sampai dari KL yang nak kawin bulan 12 ni, Ahad depa balik Sdkn, Ahad petang aku ada jemputan makan-makan lagi....dan Isnin ada jemputan makan-makan lagi...kesimpulannya rezeki aku memang murah...makan-makan je ... hari ni satu sen pun tak keluar lagi...sebab pagi makan kat mesyuarat...petang kat open house :)

Ok stop sini dulu...N3 pendek dah petang-petang ni malas nak menaip banyak-banyak...hepi weekend to all & take care :)

~dariBMkeKK~

Tuesday, November 14, 2006

Raya 6...

Salam,

Perghh cepat sungguh masa berlari...dah nak setengah bulan 11. Lepas tu dah habis setahun, kejap sungguh tahun 2006 ni. Pencapaian??? Hmmm ada yang tercapai ada yang tak tercapai... tak kisah la tu awal 2007 nanti set lagi apa nak cuba dicapai :)

Hari ni saya dah Raya 6, Alhamdulillah...

Pagi tadi pi breakfast dengan Su, Kam, San ehhh sedap pula nama depa ni bila dirangkai...hilang sikit pening kepala. Since malam tadi, sampai pagi ni rasa pening plak...pasai apa ntah la nak kata tak makan, malam tadi pulun makan (ada jemputan makan-makan....) isk minta-minta la jangan ada masalah apa-apa...

Lepas breakfast, jalan-jalan pi lepak bilik kawan ok sikit la...

Abang bulat cuti...pi 'menebas' kat padang golf. Cuti dia banyak lagi, dapat harga promosi la tu...hujung minggu ni ada tournament kekonon pi berlatih.

Petang ni MIL dengan 2 anak buah dari S'dkn sampai...malam ni mulalah sesi masak-masak... melainkan abang bulat ada plan nak bawa pi makan-makan kat mana-mana. Tapi ikan dah beli kelmarin, memang sesi masak-masak la... best juga lama tak masak-masak, dok makan kat rumah orang je (kui kui kui...)

Hari ni ada dua tiga orang kenkawan interview kenaikan pangkat...ke Pensyarah Kanan (saya ni pensyarah kiri je....), tak pe insyaAllah my turn will come, setahun dua lagi...untuk sementara waktu ni bersyukur dengan rezeki yang ada dan bakal ada :)


Lapaq pulak ni...tapi nak pi makan kat mana pun tak tau, sini masalah sikit nak cari tempat makan...yang terdekat masa-masa ni ada lagi ka lauk pauk, nak keluar jauh sikit tadak kereta plak hari ni... kena tunggu la abang bulat balik 'menebas'... harap-harap dia blom makan... kalau dah minta dia mai ambik la kejap... tadi eksyen tak berjanji dengan sapa-sapa...la ni dah tahap kebulur erk...sabaq saja la.

Teringat biskut raya, tempeyek dan lain-lain benda yang ada kat rumah tu, awatlah tak angkut mai opis sebalang dua, boleh juga alas perut, isk isk isk...

Oklah stop dulu idea sudah lari sebab peut sudah berbunyi ... ciao!!!

~dariBMkeKK~

Monday, November 13, 2006

Open house sakan

Salam,

Sabtu dan Ahad kami penuh dengan jemputan makan-makan besttttttt

Sabtu, pi kenduri aqiqah merangkap open house raya...makan t'hari, kami sampai pun dah lambat, lagi setengah jam tuan rumah nak tutup kedai... siap dijamu dengan air panas lagi lepas tu... lama la melepak. Sembang itu ini...aku biasalah gelak je (sambil menikmati hidangan ke ke ke...) petang tak pi mana lagi sebab dah kenyang sangat... balik relax kejap, temankan abang bulat pi driving range, angin sepoi-sepoi bahasa isk...kalau tido memang best la...

Malam ada open house lagi, tapi tak mau la pi sebab abang bulat tak sure betoi ka ada jemputan isk kot-kot jemputan untuk orang tertentu je malu pulak, so malam tu goreng cempedak je la... nyum nyum nyum my favorite ni.

Ahad, pagi pi Tamu beli sayur...beli nasi lemak dan puyuh goreng... mak aiii kenyang la sangat.

Ehhh ada jiran panggil makan t'hari pulak :) lepas zohor sampai la kami, makan beriani + ayam rendang + acar + kari isk isk isk kenyang lagi...(Alhamdulillah...) lepak 1/2 jam kat rumah no-1.

Pi open house kawan abang bulat pulak...aku makan nasi impit + kuah kacang + spageti + minum air....sembang-sembang tengok TV baca newspaper... ada sorang kawan mai...dia makan kami tolong baby sit anak dia...bagus pulak budak tu duduk diam je...mak dia bersuka ria boleh makan... dekat 2 jam duduk kat rumah no-2.

Lepas tu pi rumah kawan opis, nak tengok rumah orang baru pindah... rumah 2 1/2 tingkat besaq... makan lagi (erk....) kuehteow + nasi apa ntah + biskut raya + air sirap bandung ... sembang makan sembang makan... he he he sembang tak habis-habis sedangkan tiap-tiap hari jumpa kat opis. Asar kat rumah no-3.

Lepas tu pi rumah kawan opis abang bulat pulak...kat area tu juga, rumah depa ni lagi besaq...sambung depan belakang... dapur seluas-luasnya...dan memang dah jadi bentuk lain la dalam rumah tu... perabot Ikea arggghhh bestnya...kami pun berangan-angan la ambik konsep itu ini...makan laksa Johor pulak dah...isk isk isk memang sengkak perut, tapi dah orang jamu kena makan...bukan bagitau pun nak pi saja singgah beraya je...rumah siap ada CCTV lagi kui kui kui...macam tengok AF, (depa dok promote suruh pasang... kos pemasarangan benda alah tu je 7K isk isk isk tak mampu le, yang aku mampu setakat ni ialah pagar rumah dengan ayat Kursi je) Maghrib kat rumah no-4.

+-x/ kami sampai rumah pukul 8pm...eloklah tu keluar pukul 1pm... mak aii kenyangnya... relax ambik nafas...tengok Berita kejap... baru mandi, solat dan sambung marking (kui kui kui....) Alhamdulillah rezeki kami murah hari ni... dan yang lagi best aku dah siap marking dan grading tahniah dekat diri sendiri!!! Habis je CSI NY zzzzzzzzzzzz…abang bulat tak tido lagi sebab dia dok seterika baju keja…(dah 2 minggu dia seterika baju dia + baju aku untuk stok seminggu kui kui kui…tq bebeh)


Kesimpulannya...hari ni aku telah memakan:
  1. Nasi lemak
  2. Puyuh goreng
  3. Nasi beriani + lauk pauk
  4. Betik/ tembikai
  5. Nasi impit kuah kacang
  6. Spageti
  7. Kuehteow goreng
  8. Nasi Bukhari
  9. Biskut raya
  10. Laksa Johor
  11. Air sirap bandung/ oren/ teh/ air suam

[murah sungguh rezeki kami kelmarin ... ]


Hari ni last posa 6, pagi tadi dah bangun ingat nak sahur, tapi malas nak turun aku minum air masak dalam botol je, sambung tido bangun subuh, tido balik bangun seperti biasalah pukul 7.30am sampai opis pun macam biasalah 8.30am…kejap lagi boleh key-in markah dan dengan tu selesaikan kerja semester ni….boleh relax kejap, minggu depan siapkan silibus semester depan pulak…

Stop sini dulu….connection tak bagus…tak tau la pasai apa, mungkin sebab renovation kat bawah ni… ok bye bye all

~dariBMkeKK~

Friday, November 10, 2006

Penghulu segala hari

Salam,

Wah...dah hari Jumaat kejap je. Esok dan lusa cuti...minggu depan lagi terasa sekejap sebab banyak majlis U...jamuan hari raya. anugerah Q dll. yang paling haru biru mesyuarat gred akhir, isk isk isk awal sungguh depa ni nak mesyuarat tak tau ka kami ni terkial-kial nak menanda takkan nak timbang 'kati' kot?

T'hari ni seperti biasalah...ngantuknya. Lepas zohor nanti boleh rehat-rehatkan badan dan minda (perghhh), pagi tadi dah habis kat bilik mesyuarat...tak pe la mesyuarat untuk menambahkan hasil pendapatan Alhamdulillah dapatlah beberapa ratus :) boleh proxy lagi... kat sapa lagi, dekat abang bulat la...bagi dia satu slot ha ha ha...cantekkkkkkkk la.

Sunyi sepi kat level ni...semua orang bertapa dalam opis masing-masing menanda jawapan (ke ke ke...) masa-masa kritikal ni kalau ada yang buat pembentangan ke, mesyuarat bodo-bodo ka memang nak kena sembur la...orang tengah habis tenaga nak menanda depa bleh pulak nak buat mesyuarat, memang cari pasal la tu.

Ada masa 2 minggu je untuk berehat kejap... lepas ni start semester 2 pulak...tak habis-habis...silibus tak update lagi ni arghhhhhhh tolong.

Siasatan kes pembunuhan model Mongol*a masih hangat diperkatakan, hari ni keluar berita itu bukan anak dengan penganalisis politik tapi dengan orang lain... makin hangat ni. Tunggu dan lihat saja perkembangan kes ni.

Berhenti dulu ... selamat berhujung minggu semua dan kalau ada jemputan makan-makan selamat makan-makan lagi, take care all :)

~dariBMkeKK~

Thursday, November 09, 2006

Mari periksa kertas jawapan...

Salam,

Hari ni posa untuk kesekian hari....ada lagi 2 hari. Pagi tadi bangun sahur makan buah + minum Milo + air suam...malas nak masak. Tapi hari ni terasa letih sikit la sebab pagi tadi jaga exam...jalan ke sana sini check apa yang patut (sekali sekala nama naik juga jadi ketua pengawas exam...) lepas zohor sempat beradu kui kui kui...

Tak tau la nak masak apa buka posa ni...tapi bila posa sorang jadi senang sikit, minum apa yang patut dulu, lepas maghrib baru masak. Abang bulat diet tak makan malam....tapi tak tau la kot2 dah masak malam ni dia makan sikit :)

Banyak lagi exam scripts nak kena tanda...iskkkkkkk pening kepala sebab ramai sangat berangan jadi doktor, tulisan depa mak aiiiii cakar ayam pun ok sikit kot. Tapi kena belek la juga mana bleh tolak markah sebab tulisan @ cakar ayam, aku bukan mengajar subjek tulisan. Sabaq saja la...

Esok dah Jumaat...Sabtu dan Ahad dah ada undangan makan-makan bestttt... Sabtu siang dan malam, Ahad siang saja. Seronok juga ramai kenkawan ni....(semua tu kawan abang bulat...aku dijemput secara tak langsung....) ke ke ke...tak kisah la tu dah dijemput kita layannnnnnnn.

Kes pompuan Mongolia tu kesiankan? Iyelah kalau nak hilangkan bukti janganlah dibunuh dan dibom erk...tak boleh imagine bersepai tulang temulang dia. Tak sangka juga si polan bin si polan yang disyaki... biasa tengok dia bagi ulasan politik semasa kat TV masa berita perdana.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat kesudahan kes ni.

Oklah nak sambung menanda jawapan-jawapan ni...ada yang bagus sangat, ada yang OK ada yang hampeh...isk isk isk sabaq sabaq...

Bye all...ciao cin cau

~dariBMkeKK~

Tuesday, November 07, 2006

Open house lagi???

Salam,


Untuk makluman semua saya masih lagi menghadiri open house sana sini, memang makan free memanjang la minggu ni. Disebabkan itu esok, lusa dan tulat nak posa la...kalu dok pi makan saja hmmm bila nak habis posa Syawal ni?

Cadang nak posa hari ni, tapi pagi tadi masa bangun sahur, rasa pening macam nak pitam pun ada...terus kensel...risau gak kalau terjatuh bergolek kat tangga pulak pagi-pagi buta tu, pening tu bersambung masa bangun subuh tadi...Alhamdulillah dah OK :)

Cuaca kat KK skrg ni sejuk je, duduk dalam bilik ni ntah berapa kali menguap pun tatau la...macam nak landing baik je tapi banyak keja, nak marking xm scripts yang bertimbun ni, minggu depan dah nak meeting grade isk isk isk walau bagaimanapun biasanya sempat on time, insyaAllah.

AAsia ada banyak tiket murah-murah...rasa gatal je tangan nak beli satu dua ke mana-mana. Tapi kena la bincang dengan abang bulat dulu, sat lagi main pandai-pandai beli kecik pulak hati orang tu...tak baik kan? Bila belek harga tiket-tiket tu mula berangan nak pi Han*i, nak pi J'karta, nak pi sana nak pi sini...tapi alih-alih duduk diam dalam opis ni juga tak pi mana-mana pun kui kui kui. Biasalah berangan-angan layan blues petang-petang.

Ada plan BM dalam bulan 5 atau 6, nak pi berjalan-jalan. Balik raya tak sempat nak ke mana-mana sebab sama ada orang mai rumah atau kita pi rumah orang. Perghhh best ni...aminnnnnnnnnnn mudah-mudahan plan berhasil dengan jayanya :)

Ok semua stop dulu tadak ide tapi nak menaip juga update kot-kot ada orang jengok N3 yang sama je kesian pulak....ciao all.

~dariBMkeKK~

Friday, November 03, 2006

Jom pi Open House...

Salam,

Makin pelik blogger.com ni kan...penat pulak menaip sakan tadi...alih-alih bila post tak kuar pulak, isk isk isk...sabaq saja la.

Mood raya masih ada lagi, so ada yang nak jemput pi open hse? Jemput la...boleh juga menyibukkan diri kui kui kui...tahun ni kami tak buat open hse besar-besaran lagi... penat weh...simpan fulus dan tenaga untuk kenduri masuk rumah nanti la gamaknya insyaAllah :) bila ntah boleh masuk rumah tu...

Esok dah sabtu, rasanya lepak rumah je sebab ada orang tu dah gian nak 'menebas rumput' kat padang golf... boleh kemas-kemas rumah, sapu sampah, mop lantai dan yang sewaktu dengannya.

Ahad baru nak pi meronda-ronda...urut kaki dan rasanya nak shopping sikit (isk shopping lagi...macam la banyak RM). Apa-apa pun rancang je semua ni...ntah-ntah ada aral melintang duduk je la kat rumah tu layan TV. Tengok drama Melayu hari Sabtu pun orait gak...

Ehhh malam ni ada jemputan makan-makan rupanya lupa pulak...rezeki jangan ditolak, walaupun tak la kenal sangat dengan tuan rumah sebab kawan abang bulat, tapi apa salahnya pi juga...sebab dia jemput suami isteri :)

Oklah...untuk yang dah ada beberapa jemputan tu sila la pi, yang belum ada tu buat la dan jemput kenkawan...seronok buat majlis makan-makan ni, cuma penat sikit la lepas tu. Apa-apa pun selamat berhujung minggu dan selamat beraya lagi :)

Ciao...ta ta

~dariBMkeKK~

Thursday, November 02, 2006

Musim exam dah tiba....

Salam,

Musim xm dah tiba, barulah nampak budak-budak membaca sakan, sambil tunggu bas pun sibuk baca nota itu ini. Baru nak gabra membaca dulu dok relax je...

Kelmarin pagi ada 1 paper aku, kena la menjaga 3 jam kat dewan kuliah yang sejuk tu...mujurlah boleh jalan sana sini, kalau tidak bekulah aku kat situ. Muka budak-budak tu dah lain macam...terkejut gamaknya soalan susah...isk orang dah bagi hints tu baca la...kalau tak boleh jawab juga tak tau la nak cakap lagi. Sepanjang 3 jam, sorang saja yang keluar awal (siapkan dalam masa 2 jam 20 minit), yang lain memang tunggu sampai habis ke ke ke...relax la aku tak la kejam pun...semua lulus la, sama ada cemerlang atau cukup makan kui kui kui.

Pagi ni tadak letrik pulak kat level ni, panas sesangat...aku blah balik rumah tengok tv, kekonon nak masak gulai ikan...dah siap semua bahan, nak masukkan santan je...gas pulak habis isk isk isk...nasi dah masak pun tinggal macam tu je la. Petang ni balik sambung lepas dapat gas. Terus terasa nak beli dapur letrik tu nanti-nanti la kalau dah pindah rumah sendiri, akan dipertimbangkan.

Hujung minggu ni dah dapat beberapa jemputan open hse ke ke ke aku suka...sebab makan free. Minggu depan pun ada lagi...isk isk isk bila la nak habis posa 6 ni. Rasanya tahun ni kami malas nak buat open hse lagi, kalau buat pun kecik-kecik je panggil kawan dekat-dekat je, penat la...yang paling penat nak mengemas la. Masak tak kisah sangat sebab bukan susah pun kalau nak masak itu ini, siap semua bahan cepat je siap. Tapi nak mengemas...isk isk isk, tak tercerita.

Macam-macam cerita raya boleh baca dalam blogland, ada yang suka ada yang kurenggg, apa-apa pun sabaq je la...of course beraya kat kampung sendiri memang happening walaupun sesama sedara kita je, tapi kalau kena beraya kat rumah IL tu sama ada kita ikut rentak depa atau kita cuba tolong apa yang patut, asalkan orang nampak kita membantu serba sikit kira ok la tu :)

Malam tadi bermulalah sesi meronda aku dengan abang bulat, maklumlah sepanjang bulan posa kami tak pi meronda shopping complex malam-malam. Dapat la t-shirt 2 helai...atas alasan tertinggal kat kampung ke ke ke....seronoknya ada baju baru. Lagi bersemangat nak pi meronda-ronda sakan hujung minggu ni :)

Oklah...stop dulu, esok kita cerita benda lain pulak...jaga diri semua ciao cin cau :)

~dariBMkeKK~