Monday, February 20, 2006

Dah hujung bulan...

Salam,

Pejam celik pejam celik dah hujung bulan 2, kejap je...kalau tanya apa pencapaian setakat ni...hmmm ntah la no komen (mcm jawapan Ct Nurhaliza plak....)Weekend ok je...abang bulat tak dak kat rumah so Sabtu aku lepak kat opis sampai petang, pi la tengok penutup sukan kejap, tapi tak habis sebab tak solat Asar siap2 balik solat malas dah nak pi lagi sekali. Malam sabtu buat popia, nak bawa berkelah Ahad pagi... ke ke ke...bertuah sungguh husband outstation aku pi berkelah....tapi aku pi dengan permission dan dengan kawan pompuan la, bawa anak2 dia sekali.

Malam tengok Cerekarama...aku nak marah la dengan pengarah drama kat M'sia ni, watak2 baik mesti mati, cuba la jangan matikan watak Hasan tu...dan biar dia sempat kawin dengan Sahara, eiii malas la mcm ni disebabkan tadak citer yang best aku nganga juga tengok drama 'Dakapan Senja' tu...mujur lagu dia best, lagu Uji Rashid terbayang2 zaman kecik2 dulu...kalau pi jalan2 radio sure pasang lagu Uji Rashid, Hail Amir, DJ Dave...nostalgia. Naik kereta pun berhimpit2...mujur la kami jenis tak berani nak bergaduh dlm kereta, kalau tidak sure pening kepala mak abah. tapi yang aku ingat sangat2...dulu kalau nak pi SP sure kena lalu Jambatan Merdeka, then lalu replika Periuk Nasi sebab Kedah Negeri Jelapang Padi, aku dok tanya mak mana api pasai apa ada periuk saja...macam mana nasi nak masak...ish apa la komannya aku ni itu replika la bukan periuk betoi2...mujur mak jenis tak boring nak explain, yang pasti tiap kali lalu aku sure tanya ke ke ke...dlm cerdik2 aku...ada gak bengapnya... nobody perfect kwang3.

Pagi Ahad, dengan bersemangatnya aku bangkit awai...sebab janji dengan M nak pi 9am, dlm 8.30am dia call nak pi dlm 10am, hmmm sebabnya dia pi main bola baling, arghh ni yang maleh ni...dah tau nak pi piknik jgn la pi main bola lagi...last2 aku pi opis buat soalan xm, dlm 9.30am dia call ok dia dan anak2 dah siap, ok la jumpa la kami kat sana. 2nd time aku pi kawasan TA, 1st time tahun 99 hah! Dah lama tu...tapi ok la buat2 sand castle dengan anak2 dia, makan nasi lemak dan popia, kenyang dan seronok...tapi tak bleh mandi sebab abang bulat dah warning jangan mandi...risau dia dengan wife dia ni, kadang2 bleh terlupa dunia seketika kalau dah seronok ke ke ke, so aku pun tak pi langsung main air laut walaupun siap bawa baju salin, isk isk isk terliur je tengok air laut tu...mujur air surut so tak la ralat sangat. Tak pa la nanti2 pi dengan abang bulat la...pi Sa*ban*ar ka lawa skit pantai situ.

M mentioned pasal dia ada kenal sorang mamat ni...kawan lama, tapi dah ada famili, aku dengar je, mulut ringan je nak minta dia jangan la contact lebih2 kesian famili lelaki tu, bukan apa...fikir kalau kita di tempat wife dia. Tak pa biar la...dah matang pun rasanya dia boleh fikir sendiri.

Balik piknik, aku tidur sampai pukul 2pm, tengok Melodi kejap2...ingat nak pi rumah Kak Yat, tapi hujan plak...malas la, petang lepas siap laundry, pi isi minyak, tapi misteri nusantara la plak...meter tak bergerak plak, isk mcm mana ni? Tak pa maybe sebab cuaca sejuk meter malas nak gerak, malam mkn burger McD je, nak masak malas...sebab hujan (alasan....ke ke ke) tengok TV sambil baring sikit lagi je nak terlelap, tak larat la nak habiskan Smallville, tido 10.30pm sedar2 5.40am, bangun Subuh, sambung lagi sampai 7.15am, pi isi minyak lagi tak naik2 juga meter...hah macam mana ni. Hasilnya 8.30am le sampai opis pagi ni, siap juga soalan xm aku...lega, abang bulat telefon, flight KLIA-BKI 2.30pm, 4.30pm la baru nak jalan.

Tadi pi dengar talk by VC U kat India pasal Islam in India. Ok juga tapi blah awal sebab Sal nak pi ambik anak2 dia, lunch kat YS, hari ni orang bercerita pasal arwah anak VC, kesian plak dah ajal dia. Allah pinjamkan kejap je dekat mak dan bapa dia. Kita ni ntah bila plak masa kita...harap2 cukup bekalan untuk Akhirat...amin!!!

Bila Achik sebut pasal teringat US kalau dengar lagu2 yang berkaitan, aku setuju sebab aku pun selalu terasa rindu sangat dengan kenangan2 kat sana...lagu Melissa Ethridge, Alanis (Jagged Little Pills), U2 (Staring at The Sun), The Wallflowers (One Head Light), Verve Pipe (The Freshmen)...arghhh rindunya...rasa mcm nak pi sana, rindu dengan kawan2 dengan suasana kat NU, suasana kat Midland, suasana kat Meijer, kat rumah Malecki's (aku pernah jadi baby sitter this family for 2 years), semua la kat sana...tapi mungkin masa tu masih study, tadak tanggungjawab sangat so life was so simple, bebas...tapi jangan salah faham, kat tempat kami walaupun ramai yang ber 'couple' tapi tadak le yang duduk serumah...masih ada perasaan malu lagi kot. Aku pernah pi tempat kawan dekat OK, hmmm sempoi je budak lelaki tu keluar dari bilik budak pompuan, muka memang baru bangkit tido la...dan sempoi je diorang dok citer tido sama2...arggg aku mcm biasa la buat relax tapi dlm hati isk isk isk tak malu ka depa ni?

Yang best masa kat US ada je peluang nak berjalan2...walaupun tak semua negeri aku pi kira ok la...sebab ada kawan aku tak pernah keluar dari negeri yang dia belajar sebab sama2 dengan BF dia, kekonon kumpul duit la balik M'sia nak kawin...ntah la jadi ke tidak, kalau tak jadi hmmm aku rasa dia rugi la sebab bukan senang nak pi sana lagi...tambah2 kalau tengok keadaan skrg ni. Rezeki masing2 la...

In conclusion, aku puas hati dengan masa aku kat US tu...aku memang tadak BF maybe sebab aku ni garang sangat so tak terjadi la perkara2 tak berkenaan, aku jaga 5 waktu (Alhamdulillah...), aku khatam Quran 2 kali, aku kerja 1 tahun, aku travel sana sini, aku kenal ramai orang...dan aku dapat banyak pengalaman yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit dan kad kredit...dan aku dapat kawan2 yang sampai sekarang aku contact...walaupun tak sekerap dulu tapi masih tau apa yang jadi dekat depa, dan malam tadi masa sms dgn Nda (ex-roommate) aku sms S juga my best friend yang aku pernah tumpang kereta dari BM ke KL 2,3 kali sampaikan famili aku ingat dia ni BF aku, dan aku memang yakin dari dulu kami memang akan berkawan saja sebab aku tau taste dia macam mana...aku nak intro dia dkt abang bulat tapi nanti2 la kalau pi KL one fine day I will...insyaAllah. Dengan kereta dia la kami rajin pi Chicago sebab nak mkn Beriani...gambar kami punyalah banyak...dan aku rasa lega sebab dia kata dia masih kerja di company yang sama, dia ni rajin sangat tukar kerja sampaikan aku dan kawan2 lain risau...but he's so lucky ada je rezeki dia...kat establish company plak tu...memang he's so lucky and I hope he'll get one nice girl for his wife.

Oklah...aku nak sangat bercerita pasal kenangan di US tapi idea sangkut2...nanti2 la bila aku tadak keja sangat2 aku nak cerita masa tahun 1 - 3 kat sana...insyaAllah. Ok stop sini...nak tengok keja lain plak....ciao :)

~dariBMkeKK~

No comments: